Home > Bincang > Sifat Tersembunyi

Sifat Tersembunyi

Video ni tie nak tujukan khas buat Tirana dan teman2 yang rajin dtg ke sini…. Kami suka tengok haiwan2 yang cantik dan menarik. Biasalah orang perempuan ni…Tengoklah betapa comelnya dan sweet je orchid praying mantis tu tapi rupa2 sedikit ganas. Mantis (mentadak) ialah serangga pemangsa (kat sekolah kan ada belajar tu!).
Walaupun kelihatan lebih comel dari kaum kerabatnya (yg macam ranting atau daun tu!), sifat semulajadinya tetap tak berubah. Bila diberi peluang, ia akan makan dengan lahapnya.(lapar agaknya) Ada suatu yang menarik tentang mantis ni. Setelah mantis memadu kasih, mantis betina akan makan kepala pasangannya (romantik tak??)
Tak tahu lah kenapa tapi mungkin protein dari mantis jantan dapat membantu pembentukan telur. Ganas kan?? Nasib baik manusia tak gitu. Praying mantis mempunyai daya penglihatan yang tajam. Mereka2 ni boleh melihat sehingga sejauh 18 meter! Jeles lak! So….ada siapa2 nak jadi mantis tak??
Hmmm….macam itu lah jika dibandingkan dengan sifat seseorang. Contohnya, macam Tie la ni. Sifat luaran Tie bukanlah kecoh seperti berblogging ni. Mungkin Tie ni membosankan . Memang tak siapa pun sangka makcik ni very open minded (kisah rindu dan cinta pun nak heboh2, kan??).
Kenapa tie begitu terbuka, ye…saja2 nak rasa sedikit kelainan. Orang pun tak kenal tie ni…(ada tak yang kenal ni??) so tak payah nak control …nak bebaskan minda kejap. Tak larat wei.., nak protocol 24 jam ni.., sebab bila keluar rumah je terpaksa buat gitu..(bukan pura2, memang terpaksa! dan jangan tanya kenapa lak!) , nak ketawa pun tak leh terover…kena control cun…mcm bunyi kih! kih!…gitu.. (mcm plastik je…..)

Tapi kalau ada yang nak kritik pun tie terima, mungkin dapat ubah cara pemikiran tie kepada yang lebih baik. Berbeza dengan perangai tie dulu, tak boleh tegur sikit, mudah benar kecik ati dan merajuk . Sejak bergelar makcik ni , walaupun hati semakin sensitive, pemikiran dah semakin matang. Boleh lah terima kritikan org.. walaupun ada hadnya, ekk.

Orang lain pun begitulah agaknya. Kadang2 nampak je garang dan menakutkan, tetapi sebenarnya seorang yang penyayang dan murah hati. Tie pernah jumpa orang sebegitu. Siapa, ekk?? Hi hi…Shhh…rahsia!! Tapi pada sesiapa yang sedia comel atau pun hensem (ehem!!), jangan pulak ambik ati. Ada ramai yang memang cantik di luar dan di dalam (memang jeles tuh!)
Jadi , sebelum kita mengambil keputusan untuk menaruh kepercayaan kepada seseorang itu, samada sebagai seorang sahabat karib ataupun pasangan hidup, kenalilah dirinya dan diri sendiri (boleh ngam tak??). Berhati2lah memilih kawan (tie dah kena laa…) dan harap2 jangan pilih yang macam mantis di atas tu, ye….(kang hilang kepala lak!) bukan nak buruk sangka tapi berhati2 sebelum kena! (kena hurai lak, kot2 ada org salah faham)


Categories: Bincang
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: