Home > Pengetahuan > Pulau Aneh

Pulau Aneh

Dalam sibuk2 menggodek internet ni Tie stumbled across pulau aneh ni. Namanya Pulau Socotra (soqotra dlm Arabic) adalah kepunyaan Republic of Yemen. Mungkin ada yang tahu kisah pulau ini. Apakah sebenarnya yang menarik minat Tie, ye? Hmmm…..Cuba tengok pokok (Dracaena cinnabari) di bawah tu.

Dragon’s blood tree (Dracaena cinnabari), yang kelihatan menyerupai payung atau iras2 flying saucer memang betul2 aneh, kan? Resin merahnya digunakan utk perubatan dan dye.

Dari pandangan atas pokok dracaena ni kelihatan seperti mushroom . Tengoklah dahan2 nya , sungguh cantik tersusun! Betapa indahnya ciptaan Tuhan!! Terpegun Tie melihatnya. Kalaulah dapat ke sana, tentu lemas pokok2 ni tie belek!

Satu lagi tumbuhan yang kelihatan menarik ialah Dorstenia gigas atau dikenali sebagai desert rose. Macam rupa tumbuhan2 dlm laut je.. Bunga2 nya menawan sekali.


Batang pokok tu nampak bengkak je . Bagaimanapun Dorstenia gigas ini tidak memerlukan sebarang tanah dan akarnya menembusi batu2 di situ. Tapi macam mana ia boleh membesar dengan begitu subur, ekk?

Penghuni2 di Pulau Socorta ini berasal dari Indian, Arabian dan Somali. Mereka ini adalah Muslim, berbahasa Sogotri dan biasanya hidup sebagai nelayan, menternak dan menanam pokok kurma. Hanya baru2 ini perlancongan membantu mereka dalam menambahkan pendapatan.

Biasanya kepulauan ini hanya boleh dihubungi dari June hingga Sept. kerana cuaca monsoon. Tetapi, sejak July 1999, dengan pembinaan sebuah airport , Pulau Socotra kini terbuka kepada pengunjung2nya sepanjang tahun.

Penduduk Socotra kebanyakannya menggunakan generator diesel. Di sini tiada public transport mahupun teksi, tapi kereta untuk disewa disediakan. Keadaan di sini sungguh aman, tetapi kiranya teman2 ingin ke sana, maaflah..sebab terpaksa lupakan hotel ataupun restaurants. Pulau ini menjalani eco-tourism dan mengekalkan cara hidup penduduk asal.

Ada tak sesiapa berminat untuk ke sana?? Tie rasa ingin sangat nak pergi, tapi tak mungkin laa..mesti hubby kata ,”Nak buat apa kat sana?? Takkan nak duduk bawah pokok dracaena tu!” Hu hu…. kena focus kuat2, untung2 dapat pergi dlm mimpi!!

Boleh baca selanjutnya pada Link ini.

Categories: Pengetahuan
  1. chekdenoor
    October 31, 2008 at 9:35 am

    Salam,hmmm…..pokok dan rumah mereka cam nampak pelek jer ….. kalu chekdee ….rasanyer tak naklah bercuti kat situ …… heheheheh…..chekdee lebih suka bercuti ditempat yang maju…. boleh g shopping……..

  2. en_me
    October 31, 2008 at 9:46 am

    me mcm pasan ada kuar kat jejak rasul tv3.. btw, akak taip sumer tewww kerrr.. ammvoiii rajinnyerr..

  3. maza
    October 31, 2008 at 10:08 am

    BErkenaan pulau dan cerita di sebaliknya ada di rekodkan di dlm siri Jejak Rasul yg lalu.Pihak Tie boleh membuat rujukan lebih mendalam dengan menghubungi http://www.astro.com.my atau http://www.tv3.com.my... namun pihak tie dilarang sama sekali untuk menghubungi Marzidol juga Azlina Ridzuan sebaik dapat mengintai peluang di tv3 itu. Ini kerana mereka itu tidak tahu ttg episode Jejak Rasul (sbb dia org buat citer lain, sorg pengacara 360, sorg lagi pembaca berita….hehehhehe)

  4. Nek Cun
    October 31, 2008 at 10:43 am

    Salam… heh teringin gak nak ajak atok pi holiday kat pulau tuh… boleh shopping ke kat situ? Ada apa yek?… hehehe…

  5. Tie
    October 31, 2008 at 12:38 pm

    chekdenoor- Oh! ye ke..kalau gitu kena gi hongkong laa..kat situ boleh shopping sakan! (mcmlah pernah pergi)*************************************************en_me – He he…lucu lah baca komen nih! Ammvooii…..!!*************************************************Maza – Ye lah! Tie ketinggalan tgk jejak rasul hari tu..tak ingat dok buat apa, ekk? Tie godek2 lalu terjumpa..hihi..rupa2nya ramai pun dah tahu.. Selalu je ketinggalan makcik nih!!Tak leh laa…masuk TV3 tu..nanti ada lak org yang tak leh cari makan..hi hi..*************************************************NekCun- Eh! Mana nak gi shopping kat situ nek! Yang ada batu2, pantai dan pokok2 aneh tu..Luculah nek ni..

  6. Tie
    October 31, 2008 at 12:40 pm

    Kepada semua yang telah komen sebelum ni, tie mintak maaf laa..tak tau tetiba hilang lak intense debate tu..Ada laa..makcik ni tersalah buat..entah apa2 lah ni..Perasan pandai sangat!! Nanti next post tie cuba guna intense debate tuh! Jangan serik lak nak komen, ye!! SORRY!!

  7. U.Lee
    October 31, 2008 at 1:02 pm

    Hello Tie, saya ta’pernah tengok pokok2 begitu, macham payong.2nd pic macham hati jantong in health magazines, ha ha. Tapi chantek dan unusual.Tetapi, saya suka pokok kelapa tepi laut, ha ha.Very nice posting dan gambars Tie…Oh ya, sebelum saya pangil teksi, bila Tie masak fish head curry, hantar telegram kepada saya, dan siap kan tiga pingan nasi, ha ha.Jangan lupa Tie punya secret recipie sambal belachan…Okay, you have a great weekend and keep well, Best regards, Lee.

  8. Tie
    October 31, 2008 at 2:23 pm

    Uncle- Tie pun suka gak pokok kelapa di tepi laut tu..tapi jaga2 laa..kot2 jatuh buahnya terus tak bangun lak! Hi hi…Kalau naik teksi sampai bila2 pun tak sampai sini, uncle ooii!!..Kena naik flight laa…nanti tie tunggu kat airport ganu nih!

  9. Neeza Shahril
    October 31, 2008 at 7:42 pm

    bestnya tengok pokok2 yang menarik tu.. neeza ni pantang tengok pokok.. memang suka tengok dan amati…thanks kak Tie.. memang bagus info ni.. first time ni tahu pasal pulau Socotra ni… nak harap neeza mencari sendiri, takde lah jawabnyeeee hehee..

  10. Adila
    October 31, 2008 at 11:56 pm

    komen hilang ek? ehehe~jom kak tie kita pegi sana!!!

  11. Tie
    November 1, 2008 at 12:28 am

    Neeza – Hi hi..samalah kita..suka belek2 benda yang menarik minat. Rasa happy bila neeza pun suka baca kisah pulau ni..Adila…he he…komen dah lesap! Eh! Betul ke nak pergi?? Ok..pack your bags!!

  12. kin hashim
    November 1, 2008 at 3:02 am

    jumpa plak kak tie ngan tempat yg pelik nih!!

  13. Tie
    November 1, 2008 at 10:34 am

    Kin…pandai tak kak tie cari..hi hi..saje suka2..

  14. razifembi
    November 28, 2008 at 10:59 am

    nama pulau pun dah pelik … ada org tak suka p tempat tandus macm tu . . .aku suka plak pi tempat2 mcm tuh … adventure …aneh2 pokok kat pulau tuh …

  15. Tie
    December 4, 2008 at 10:29 am

    Laa…baru jumpa ke… Dah lama entry ni..hi hi..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: