Home > Santai > Bragging??

Bragging??

Tempoh hari tie ada baca posting dari blog Amiene Rev tentang bragging(harap2 budak ni tak saman makcik nih!)..Suka pulak baca entry dia tu.(kena puji sket!) So tie nak cuba la bragging nih! (mungkin pernah ‘terbrag’ sebelum ni). Tapi nak brag pasal apa , yek?? Kalau pasal rupa tie ni rasa memang tak layak nak brag…hi hi.. Dan suara tie pun tak semerdu , sebab bila tie nyanyi budak2 tu ketawakan lah!

Siapa2 yang sensitive tu, maaf lah. Tie saja2 nak try bragging ni sebab tengah tension la (tension pun nak heboh!) Mungkin tie pernah brag tanpa sedari, tapi tak pernah lak saja2 nak cakap besar. Tie tahu hukumnya tapi gurau sikit boleh kan?? Tie tak boleh serius sangat, so hari ni tie nak buang tebiat sikit!!

Hmmm…susah pulak nak brag ni..nampak macam senang je budak Amiene tu buat. Perangai tie pulak, hmmm…..tak de pula orang dok hurung tie sebab minat ataupun suka, ….oh!! macam mana dengan masakan tie?? Hush!! Tak boleh jugak!! Sebab ramai yang jauh lebih pandai bersilat kat dapur tu! Tie pulak main campak2 je!….Hmmm tak boleh lah…tak jadi nak brag nih! Adoi!! Tetiba rasa pening lah. Nampaknya budak Amiene Rev memang betul2 handal bab2 bragging ni…Kak tie ngaku kalah!! Hu hu….

Kena tukar cerita lah!…………………………
>
>
Hari tu tie ada kata nak buat percik. Sorry lah mak su………..Puas tie cari katak tu tapi dia menyorok lak……….So tie gantikan dengan kepak ayam ni, ye…Sila jamu mata lah mak su oooiii!! (ada 5 ketul, sorang satu termasuk mama dan ayah…budak2 tu kata mama kedekut lak!!)


Tie buat percik ni ikut cara yang diajar oleh mek (mentua). Mula2 rebus separuh masak ayam tu dengan sedikit halia , bawang putih , serbuk kunyit dan garam. Halia dan bawang putih tu diketuk je…nak hilangkan bau ayam dan menambahkan sedikit rasa.

Kuah percik lak ikut style tie sendiri. Tie tumis bawang2 dgn serai yang diketuk. (masih suka main ketuk2!) Tambah dengan paste lada kering (blender sendiri laa…toksah beli yang dah siap tu…tak bagus utk kesihatan!) dan sedikit kunyit (jenis serbuk je..tie malas nak guna kunyit hidup), kemudian tumis sampai wangi baunya. Tambahkan santan pekat dan masaklah ikut rasa…selain dari garam, bubuh sikit gula melaka(nisan, atau gula kabung) Biasa orang klate buat percik putih (guna lada hitam)tapi tie suka jenis merah ni…macam percik ganu. Oh! jangan lupa bubuh asam keping (sikit je…kalau tak masam lak nanti)

Panggangkan ayam tu sambil siram atau celupnya dlm kuah percik. Bila dah siap boleh lah makan dengan nasi panas2!!

Ini tomyam udang dan cendawan. Tie suka bubuh cendawan tiram ni . Buat seperiuk habis licin! Caranya mudah je. Beli sepaket dlm bentuk paste. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih yang diketuk. Masukkan air secukupnya, serai yang diketuk, paste tomyam tadi dan biarlah ia mendidih.

Kemudian baru bubuh air limau nipis…, udang dan cendawan serta daun limau purut. Bila masak (jgn terlalu lama) terus angkat dan makan. Oh! lupa lak nak bubuh tomato. Dan tabur sikit daun ketumbar. Jemputlah makan!!

Ni resepi pulut sambal…sapa2 nak cuba, boleh lah, ekk!
  1. Masak pulut macam biasa (jgn lembik lak!).
  2. Bawang kecil, bawang putih, serai, lengkuas ,lada kering, kunyit dan sedikit udang kering, ditumbuk atau diblender.
  3. Tumis bahan di atas sampai harum baunya, dan masukkan kelapa parut.
  4. Kacau rata, masukkan garam dan gula. Kena pandai rasa. Goreng sampai sambal tu hampir2 kering. Jangan terlalu basah atau terlalu kering..sederhana laa………
  5. Bila pulut dah masak, guna ice cream scoop, celup dlm air dulu (kalau tak pulut tu lekat laa), kemudian scoop pulut tu, masukkan dlm sambal kelapa dan gaul perlahan.
  6. Bila dah jadi macam dlm foto tu..dah boleh makan!
  7. Tie tak dapat bagi sukatan…main agak2 je..cuba buat sikit dulu, ye!!
Categories: Santai
  1. hashim habeed
    October 29, 2008 at 2:45 pm

    fulamak best nye.mesti hubby tie syg kat tie pasal beri dia makan best best….

  2. fAtrinA
    October 29, 2008 at 3:19 pm

    kak tie~bragging??akak rasa blog sy camtu x?baru tpk…kdg2 ada gak kot…huhuhu…tp nk puji masakan akak lagi best dr ckp pasal bragging tuh…best la tgk tomyam tu…peberet nih…slurrrpppppppppp

  3. kin hashim
    October 29, 2008 at 4:07 pm

    mmmm….cam bes dan senang nak buat…bole cuba ni!

  4. maza
    October 29, 2008 at 5:25 pm

    erkkkk………alhamdulilah…..dah kenyang…..hehhehehe

  5. Tirana
    October 29, 2008 at 6:45 pm

    Yum..yum..sedapnya.. Kalau dekat, boleh bawak pinggan mangkuk pi tadah macam orang minta sedekah..hehehe

  6. Tie
    October 29, 2008 at 10:02 pm

    HASHIM HABEEB- Laa..kak tie masak biasa je..kalau malas goreng ikan pastu buat potong bwg,lada bubuh kicap dan perah limau. Dia makan dgn penuh selera gak!*************************************************FATRINA- Kadang2 kak tie terbrag sekali sekala..tak mengapa kan?? Masakan kat atas tu nampak je sedap, rasa belum tau lagi..*************************************************KIN HASHIM- Memang senang sebenarnya. Buat sikit dulu, pastu boleh alter sana sini….*************************************************MAZA – Alhamdulilah…baguslah dah kenyang…he he…*************************************************TIRANA – Bawak periuk pun tak pe..kita boleh masak sama2! Tie suka main masak2 nih, lagi best bila ada kawan🙂

  7. Shais
    October 30, 2008 at 12:46 am

    Kaktie nie mesti masak yg sedap-sedap….itu yg asyik terliur jer.

  8. kakchik
    October 30, 2008 at 1:18 am

    sedapnya tomyam kak tie, saya ni memang suka sangat tomyam udang cendawan, selalu pun buat gitu juga.skrg sibuk dgn assignment & pindah rumah, tak sempat masak dah minggu ni…alamat makan nasi kat rumah mak lagi le hari ni

  9. INTAN
    October 30, 2008 at 1:38 am

    sedappppnya….semua sedap2 belaka

  10. Suzi
    October 30, 2008 at 1:43 am

    salam kak tie…masak campak2 tu cara masak org profesional…dah pro tak yah sukat2…agak2 je dah menjadi…hihihi…

  11. Tie
    October 30, 2008 at 2:15 am

    SHAIS – Eh!..Jangan kata begitu! Nanti kecik ati sapa2 yang memang terer memasak nih! Belum rasa lagi..tgk je gambar tu belum tentu sedap.(tapi best gak ada org puji2 nih! Hi hi…)*************************************************KAKCHIK- OH! Nak pindah rumah?? Rumah baru/sendiri ke?? Tapi, sibuk2 dpt juga mkn kat rumah mak. Tie ni kalau terlalu sibuk (entah apa2 je..), buat muka sedih kat hubby,nanti dptlah mkn mee mamak ke..atau roti tempayan!!*************************************************INTAN – Meh! Dtg sini…baru boleh komen sedap atau tidak! Kot2 pengsan lepas makan baru tau!! Hi hi..*************************************************SUZI – He he…kelakar bunyi pro tuh! Kadang2 tak menjadi, gak. Masih amature lagi laa…Mungkin suzi boleh jadi cikgu kak tie..hi hi..

  12. ahmoi
    October 30, 2008 at 2:25 am

    salam akak…i’m back now.hehehee…hamboiii akak masak sedap tuuuu..hanto ke sungai siput cikit kak..hehee

  13. Intan Rosnitta
    October 30, 2008 at 2:49 am

    Resipi pulut sambal pun nak. Resipi ayam percik pun nak. Dasar tamak haloba. Nak buat ntah bila.. huhu..

  14. Nek Cun
    October 30, 2008 at 4:53 am

    Salam Tie… nekcun kalo singgah sini mesti lapar jer… terlior plak tengok pulut sambal tuh!…

  15. Tie
    October 30, 2008 at 5:01 am

    AHMOI- Welcome back!! Ingat dah lupa pada kak tie nih! He he…kak tie tak tahu gak sungai siput tu kat mana. Macam tempat Sammy tu, je..*************************************************INTAN ROSNITTA – Ambik resepi tak pe, byk2 lagi baik, cuma bab makan tak leh tamak..hihi..nanti kembung perut lak!!*************************************************NEKCUN – Nekcun mesti handal bab2 masak ni. Org dah byk pengalaman..tak gitu nek??

  16. Ezza Aziz
    October 30, 2008 at 5:08 am

    tie,akak teruja la dengan kuzi kambing tu..ni nak tanya,pakai biri biri ke kambing biasa tu? macam mana nak ilang kan bau hamis dia tu…orang kata kambing kite jer yang berbau..yang kat obersea tu tak bau ..yer ker????

  17. Tie
    October 30, 2008 at 5:59 am

    EZZA AZIZ- Kalau biri2 kurang hamisnya. Biasa kalau sembelih sendiri, mereka ni cuci daging tu dengan tepung gandum. Tie tak pasti la nak hilangkan bau hamis tu. Tie tgk mentua guna daun pisang kalau nak hilang bau hanyir ikan sungai. (tukar topik lak). Tapi kalau kambing atau lembu, guna gandum tu lah. Mungkin kambing oversea tu dah hilang bau sebab lama beku. Susah2 beli yang import dr Aussie tu. Tapi tie rasa masih ada hamisnya , cuma tak kuat.

  18. Ismail N
    October 30, 2008 at 7:45 am

    Wow, nampak sedap. Tak ada cadangan ke nak bukak kedai makan?. Ada talent sayang kalau tak dipraktiskan sepenuhnya. Kawan2 blogger pun ramai boleh dtg penuhkan kedai.

  19. cHeRyNa PiReS
    October 30, 2008 at 7:46 am

    kak tie…nak bodek bolah?boleh tak kak tie kirimkan resepi ayam percik klate kat sha…sha sukeee….:D

  20. Zareda Norman
    October 30, 2008 at 9:39 am

    ohhhh sedapnya ayam percik..pulut gentel tu pun sedap tapi sekarang kena pantang pulut

  21. Tie
    October 30, 2008 at 10:06 am

    ISMAIL N- Eh! Tie masak utk keluarga je..tak terfikir nak bukak kedai..kelakar bunyinya..Dah banyak pun kedai2 makan. Bagi peluang kat mereka laa..*************************************************CHERYNA PIRES- Laa..Dah tulis kan kat situ..Lagipun dlm ternet ni berlambak..Kak tie tak pandai nak bagi sukat2 ni! Sha pun sibuk dgn kerja. Mana ada masa nak bakar2 ni..hi hi.. Nanti kak tie carikan link ayam percik utk sha..*************************************************ZAREDA NORMAN- Ha ha….pulut gentel!! Baru dengar nih!! Glamour gak namanya! Zar tak leh makan pulut, ye…takpelah sabar laa, ekk.

  22. naz ilyn
    October 30, 2008 at 10:44 am

    Salam..isyh..sedap-sedap ler masakan kat sini..macam2 resepi ada..P/s: ni boleh buat tempat rujukan ni..cayalah sis.

  23. © Liyana.Sara.Salleh
    October 30, 2008 at 12:43 pm

    wah kak tie dah letak resepi pulut sambal…nnt cuti ni nak try la…

  24. Tie
    October 30, 2008 at 3:04 pm

    NAZ ILYN- he he…boleh buat rujukan, tapi tak seberapa laa..saja boring2 tak tau nak cerita pasal apa..Tapi kalau nak tahu pasal resepi ni ada blog Jun, Noreen dll di bloglist ni..cubalah tgk, ekk!*************************************************LIYANA- Cubalah buat. Senang je. Kalau liyana pernah makan, tentu pandai adjust rasanya. Selamat Mencuba!!🙂

  25. akirasuri
    October 30, 2008 at 4:48 pm

    Hehe.. Saya tak ada keberanian.. Takut orang kata riak.. (=_=)”

  26. Adila
    October 30, 2008 at 7:08 pm

    sedapnya!!teringin nak makan tom yam la pulak heheesok nak buat ayam panggang la. terliur tgk ayam percik kak tie ni hehemacam leceh pulak nak buat pulut sambal tu…kak tie postkan sikit~ hehe

  27. chekdenoor
    October 30, 2008 at 11:07 pm

    Salam,hmmm….rupa makanan yang disediakan cam kalah sheft hotel 5 bintang …… terliur juga teringin nak rasa ……. sure best

  28. Tie
    October 31, 2008 at 12:01 am

    AKIRASURI- Ya laa..tak mau dikatakan riak, ini gurauan je..Cuba2 nak cari apa keistimewaan diri sendiri..Tapi rupa2nya tak ada pun………*************************************************ADILA- Buatlah..tika rajin tu..Murtabak tu dah pun lulus!! Memang adila ada tokoh laa…hi hi…*************************************************CHEKDENOOR – salam kenal. eh1! jangan gitu. Tie masak utk family je. Kat hotel tu lain…Cara potong bawang pun ada style!!

  29. Wexeeda
    November 1, 2008 at 12:34 am

    salam, waaa sedap nye tgk pulut tue… nnt wex nak ajak ummi wex try laaa wat pulut tue laaaa…teringat bila raya ayh wex slalu amek pulut ketupat tue palas tue, pastu potong bagi kecik2, pastu gaul/salut ngn seronding ikan… amek garfu, cucuk, mkan… sedap….ada satu resepi tomyam kawan wex, dia letak susu cair dalam tomyam… uish mmg pelik, tapi menjadi… sedap… hihi

  30. Tie
    November 1, 2008 at 2:34 am

    Wexeeda- Bab2 makan ni memang menarik kan?? he he..tapi pasal tomyam tu pelik je bubuh susu cair..mungkin resepi thai ada guna santan …pernah kak tie tgk dlm tv, mereka guna santan dlm tomyam tu…

  31. July 22, 2010 at 5:43 pm

    Terima kasih byk2 kak Tie…lama dah sy crik resepi inti sambal pulut nie.mekasih sekali lg..syg kak tie!

    • Tie
      July 22, 2010 at 7:02 pm

      Sama-sama kasih, hehehe…..

      Rasa tu penting, kena ada rasa manis dan masin sikit, ya. Selamat mencuba !

  32. August 31, 2014 at 3:49 am

    Wow that was odd. Ijust wrote an incredibly ong comment but after I
    clicked submit my comment didn’t appear. Grrrr…
    well I’m not writing all that overr again. Anyways,
    just wanted to say excellent blog!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: