Home > Santai, tumbuhan > Macam-macam

Macam-macam

Hari tu sebelum pulang ke kampung, anak teruna tie bawa balik something (mcm ayahnya gak!) Tie kurang senang melihat ketam2 batu ni…Entah nak buat apa, takkan nak bela ? Nak bagi makan apa? Dulu dia bawa balik kura2. Dah pun kami hantar ke ‘resort’ berdekatan.

Jadi ketam2 ni pun kami bawa balik sekali ke kg, biar mereka bahagia di kolam ikan tu.


Memang dah sifat ketam, bila diletakkan atas lantai terus berjalan senget..laju lak tu. Susah nak snap photo.

Di belakang rumah tie (kat kg tu) ada beberapa batang kayu getah, lebih buat kayu api kenduri yang lalu. Dah naik kulat. Ini sebenarnya kulat sisir. Kulat sisir ni boleh dimakan (mentua yang ajar).

Mula2 ia keluar macam buih putih, kemudian warnanya bertukar keperangan.

Beginilah rupanya setelah dipetik. Kulat sisir boleh dimasak dengan telur (buat scramble egg), makan dengan nasi panas…sedap. Rasanya macam mushroom biasa..(very mild taste), dan kadang2 mek masak dengan sayur lemak. Tapi jangan pulak cuba kutip mana cendawan atau kulat kat rumah tu..Tie tak berani nak gerenti , tau!

Lastly, inilah antara makanan kesukaan tie masa kecik2 dulu.(promosi sket!) Selalu suruh mak buatkan. Namanya pulut sambal. Orang Johor mesti kenal kan? Masa tie buat kat klate ni, mek dan ipar serta biras tie makannya buat kali pertama. Dapat thumbs-up laa…Habis licin!!

ooooooooooooooOOOoooooooooooooo

Hadiah dari Kin Hashim

Tie baru terima sejambak bunga ni dari Kin Hashim. Terima kasih lah! Dah bertambah gak bunga kat blog ni..hi hi…cuma kat rumah lak tak ada bunga…malas nak buang sawang2 nya nanti..(memang makcik ni malas bab2 hias nih!) Okay!!..Thanks alot, ye Kin…kak tie tak pernah harapkan apa2 pun…saja suka2 sambil2 hiburkan diri sendiri…Moga ceria selalu semuanya…..

  1. Tirana
    October 28, 2008 at 2:47 am

    Tie…budak2 suka kot dengan binatang..Anak-anak saya pun sangat dengan kura-kura..ikan dan sebagainya tapi dengan lipas dan cicak, takut pulak..hehehe

  2. Suzi
    October 28, 2008 at 3:03 am

    hari ni saya masak cendawan goreng kunyitutk tengahhari…kawan dgn sup tulang + sambal kicap…goreng mcm goreng ikan…sedap. baru je lapas makan….saya pun suka pulut sambal tu….

  3. fAtrinA
    October 28, 2008 at 3:38 am

    kak tie~kalo masak lemak ketam kan best…tp tu ketam batu…huhu…

  4. hashim habeed
    October 28, 2008 at 4:19 am

    Fulamak bestnye ketam macam fAtrinA kat masak lemak. Makan kat kedai tak best sebab malu malu skit kalau kat rumah gune 2 – 2 tangan baru best

  5. nono
    October 28, 2008 at 5:24 am

    hahaha… kiut je ketam2 tu.. anta balik je la kak tie.. nak makan pun kecik๐Ÿ˜› eh, aritu makan seafood, baby crab disalut telur and cheese dedap bangeeeettttt..๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜› oh pulut sambal.. suka gak!

  6. cHeRyNa PiReS
    October 28, 2008 at 5:59 am

    kak tie,sha panggey kulat tuh cendawan kukur..sedap bile buat gulai kan?hmmm…anak2 kak tie boleh geng sha…suke dok tangkap2 ketam….hehehe.. * selamat hari selasa kak tie!:D

  7. Muhammad Sayyid bin A Rahman
    October 28, 2008 at 6:11 am

    pulut sambal kalau kat tempat syd (tmpt lain pown ada kot) pakai smbal ikan..balut dgn daun pisang (kot..?)..sambal ikan tuh macam serbuk je…huhuhu…syd punya peberet kat kampung mak..kola kedah~haha

  8. maza
    October 28, 2008 at 7:07 am

    wahhh…….ketam…..gulai lomak cili api pun sodap……yam yam nyammm……heheheh

  9. Ismail N
    October 28, 2008 at 7:27 am

    ALAMAK, tiap kali datang blog ni terus rasa lapar nak makan…

  10. Tie
    October 28, 2008 at 8:20 am

    Kepada TIRANA, SUZI, FATRINA, HASHIM HABEED, NONO,CHERYNA PIRES, MUHAMMAD SAYYID,MAZA DAN ISMAIL N -Kamu semua ni nampak je ketam tu asyik ingat makan je…ketam tu tak leh makan laa..ketam batu!! Kalau boleh makan dah lama tie masak special tau! Tirana, anak tie tu minat gak kat cicak! Selalu buat tie terjerit2 mcm histeria. Dia pegang je dan tunjukkan pada mama dia..hu hu..rasa nak pengsan!Suzi,Cendawan goreng kunyit tak pernah buat,nanti nak cuba lak! Nono, tak pernah lak dengar ketam disalut cheese..Mesti ketam tu mabuk!Fatrina, Hashim dan Maza …nanti kalau ada ketam laut, tie akan masak lemak, ok??Muhammad sayyid, pulut sambal tu ada gak kat sarawak,dibungkus dgn daun pisang(ada jiran dr sarawak dulu..tu yg dpt info nih!).Ismail N, lain kali makan kenyang2 baru singgah sini, ye! hi hi…

  11. JM
    October 28, 2008 at 8:33 am

    baru nk tnye..ketam ni leh mkn ke dak..hehe..mak aih..anak kak tie ni mmg bani tol..pogang cicak siap nunjuk kt mak lagik..ahahaha… kot kalau saye la kak org hale cicak kt depan mate..mau saye terkejut ke melatah ke.. terus amek cicak tu kot sy picit2.. huhuu…

  12. Mak Su
    October 28, 2008 at 8:58 am

    awatler anak bujang tu bawak balik ketam batu ek? tentu dia ingat boleh dibuat lawak ketam cendawan 3-rasa, ahaks๐Ÿ™‚

  13. Hashim
    October 28, 2008 at 9:21 am

    Tak pe tie tengah hari tadi jugau pergi kedai dekat Bukit Kuang nasib baik malcik tu masak ketam masak lemak ….Slrupp sehingga menyedut kaki letam

  14. Tie
    October 28, 2008 at 9:24 am

    JM- Memang anak lelaki kak tie tu berani..mengkarung pun dia pegang..kak tie asyik terjerit2 je..Mujur yg perempuan tu tak ikut macam dia..*************************************************MAK SU- Budak tu dah jadi tabiat. Suka bawa balik souvenir utk mama dia.

  15. Tie
    October 28, 2008 at 9:26 am

    HASHIM- Hi hi…nak suka baca ‘sedut kaki…ketam’ kah! Kah!

  16. en_me
    October 28, 2008 at 10:25 am

    hi kak ti itteww..

  17. ยฉ Liyana.Sara.Salleh
    October 28, 2008 at 2:10 pm

    kak tie…pulut sambal ni buat mcm mana???sj nak tau…

  18. suara
    October 28, 2008 at 2:21 pm

    Salam kak tie…Su suka sgt makan kulat tu. Masa kecik dulu, su akan pegi kebun getah arwah nenek utk cari kulat tu lah. Skrg ni, bila balik kg, su akan cuba cari dan bawak balik Shah Alam. Kat sini kadang tu ada, tapi mahal sgt…

  19. shafa
    October 28, 2008 at 3:14 pm

    Betul tue Tie, kulat bukan blh ambil sebarangan, hanya yang expert je blh tahu kulat blh & xblh dimakan.

  20. kin hashim
    October 28, 2008 at 3:28 pm

    kak tie berbudi, saya berbahasa…apa salahnya๐Ÿ™‚. apa sgt la dgn bunga tu…saya petik free je pon…heheeh…

  21. kin hashim
    October 28, 2008 at 3:30 pm

    kak tie, pulut sambal tuh…sambal dia yg campur udang kering eh?

  22. Adila
    October 28, 2008 at 5:16 pm

    pulut sambal!! sedap!!pulut sambal yg sy tau, dia balut ngan daun pisangsambal dia sikit je on top hehe

  23. U.Lee
    October 28, 2008 at 9:45 pm

    Hello Tie, ada lagi pulot sambal tu? I had that lonnnngg ago in JB at a friend’s house. Love it.Wow, your rear garden ada old tree trunks. Looks like pokok geta tu.Jaga jaga tadar centipede atau scorpions, or ular Tie.Talking abour pokok getah, here they sell furniture made from Malaysian rubber tree wood.I bought a telephone stand….very nice too, kawan2 saya can’t believe its rubber wood, ha ha.That crab looks cute, but too small to eat, huh? Otherwise buat curry crab.You have a nice day, Tie, best regards, Lee.

  24. Tie
    October 28, 2008 at 10:55 pm

    CHERYNA- Tercicir lak budak ni,…oh baru tahu ada nama lain..cendawan kukur rupanya. Masak apa pun sedap. Kalau nak geng dgn anak kak tie tu boleh je, tapi dok kat luar je..kak tie geli bila mereka tu main cacing dan mengkarung…*************************************************EN_ME- Ya..ni kak tie itew…tapi panggil adek tie pun boleh..tak marah..hihi..*************************************************LIYANA – Nanti kak tie bagi tau cara buatnya,..ok??*************************************************SUARA- Oh..pernah makan, ekk? Kalau kat tmpt lain memang mahal..sebab kulat tu tumbuh semulajadi, tapi tak tahu la kalau boleh kita biakkan. Kulat sisir ni ada musimnya…selalu bila musim,mesti byk dijual di pasar di klate(ganu tak tahu lak)*************************************************SHAFA- Tu laa..tak boleh kutip sembarangan. Tie bukannya pandai sangat. Ada lagi beberapa jenis yang boleh dimakan tapi belum musim lagi.

  25. Tie
    October 28, 2008 at 11:02 pm

    KIN HASHIM- Terima kasih kin..kak tie happy bila kin dan teman2 lain happy.. :)Memang sambal pulut tu campur dgn udang kering.*************************************************ADILA – Oh! Suka pulut sambal, ye…nanti kak tie tulis cara buatnya..*************************************************U.LEE – You pun pernah makan pulut sambal tu?? Memang sedap, kan?? Tie memang sentiasa berjaga2 kat belakang rumah tu..takut pacat lah. Hari tu dia ikut balik, tgk kat kitchen floor dan tergolek kekenyangan. Tak tau bila dia hisap darah tie.. Satu hari tie rasa geli tau!!Itu crab tak boleh makan. Tak sesuai(mungkin rasa pahit). Kena cari ketam laut.Thanks for stopping by.

  26. PENDEKAR
    October 28, 2008 at 11:51 pm

    ya allah kak,buat sayer terkeliur…tue kalau kat kampung sayer panggil cendawan kukur…buat gulai masak kuning….peh …. akak berguling2 kat depan pun sayer buat dekk jer….. he he he

  27. Tie
    October 29, 2008 at 12:03 am

    PEDEKAR – Eh!! Ingat ada buat salah tadi..rupa2nya kes tgk kulat tu, ekk!Tak tau lak kulat tu ramai peminats. Nak cuba guling2 lak nih! He he…..

  28. lady pot pet
    October 29, 2008 at 12:10 am

    Wow..saya mmg suka sgt makan kulat tu masak lemak..uishhh rindu gila nak makan kulat lemak tu. Haritu pesan kat member suruh bwk blk sini tapi dorang tak tau yg maner satu adeiii….ha pulut sambal tu mmg kelaskan..akak pun selalu buat kat sini..dah mmg makanan kegemaran anak2 jantan gue…aper2 pulut mmg suka punyer!

  29. Cat Cat
    October 29, 2008 at 12:29 am

    Kak Tie,Kalau dapat ketam kecik2 banyak, goreng aje… kasi ranggup.. sedap tau… Hehe!

  30. Tie
    October 29, 2008 at 12:43 am

    LADY POTPET- Hah!! Memang kulat tu ramai peminats. Tie baru tahu nih! Tie biasa goreng je..tak pernah masak lemak..nanti nak cuba laa..Pulut sambal tu memang sedap, kan?? Tie pernah buat sekilo pulut kat kg hubby, sampai ada yang masam muka sebab tgk ada org ambil lebih..teruk betul!*************************************************CAT CAT – Memang ketam goreng rangup tu sedap. Suka makan gitu saja. Kat sana mahal tak ketam tu??

  31. Shais
    October 29, 2008 at 1:00 am

    last dapat makan kulat tu 2tahun lepas. sedap betui kaktie, masa tu makan kat kampung member kat Bota Perak.

  32. Intan Rosnitta
    October 29, 2008 at 1:48 am

    Sedap nampak pulut sambal Kak Tie tu… Intan pun x pernah makan๐Ÿ™‚

  33. nono
    October 29, 2008 at 4:33 am

    kelakar la kak tie nie.. ah’ah kan, kita ni asyik cerita pasal makan je.. tak habis2.. heh~ apara..tahu tak kita tengah gelak2 nie kak tie.๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€.. ketam disalut cheese, ketam tu pening.. muahahahahahhaahaha.. lawak bena!!!!anak kak tie main dgn cicak.. waaaaa scarynya! hati2 la kak tie.. nanti ekor cicak tu terputus ewwwww… bahaya tau cicak. rupa je macam cikeding tapi jangan main2.. ekor dia masuk telinga leh pekak tau.. nauzubillah

  34. Tie
    October 29, 2008 at 5:12 am

    SHAIS- Tu laa..makanan kat kg simple je tapi sedap (baru tahu sendiri..hihi.)Tunggu musim kulat pusu lak!***************************************************INTAN ROSNITTA – Pulut sambal tu sedap. Nanti kak tie bagi resepi.. Kalau suka pulut bakar/panggang , gitu la lebihkurangnya.

  35. Tie
    October 29, 2008 at 5:15 am

    NONO- Laaa….jgk kuat sangat gelak tu..kang termasuk cicak lak! Eeee….tu la yg buat kak tie jerit bila tgk budak tu main cicak. Tgk ekornya putus pastu gerak2…naik geli rasanya.Esok2 bila nono dah ada anak sendiri, lelaki lak tu..baik jaga2! Kalau dpt jenis yang adventures mcm anak kak tie ni, tentu kecoh satu rumah!!

  36. Azlin Hashim
    October 29, 2008 at 6:59 am

    kak tie, sekali pandang mcm kala jengking kan? takutnya kalo kena sepit tu, mau pengsan.. cendawan tu kan, masak lemak pedas2 sedap tau…

  37. etomyam
    October 29, 2008 at 8:31 am

    ketam best, tapi og tua2 kate x buleh makan banyak2, nanti susah nak ajar anak….betul ke?

  38. hafizanbukitabal
    October 29, 2008 at 8:55 am

    kulat sisir tu sedap masak lemak.. makan tengahari, buh dalam telur dadar pon sedap!!

  39. hafizanbukitabal
    October 29, 2008 at 8:57 am

    etomyam: hehehe.. rasanya memang tak betul tu..

  40. Tie
    October 29, 2008 at 9:48 am

    AZLIN HASHIM- Ooii!! Sakit gak kena sepit tu! Anak tie terlolong2. Memang patut dia merasa sebab pandai2 bawak balik. Hi hi…Cendawan tu msk apa pun sedap. Suka mkn pedas2 ekk??*************************************************ETOMYAM- Eh!! Tak pernah dgr lak pasal susah nak ajar anak tu..Kot2 saje2 tak bagi kita mkn byk sebab org tua2 tu nak rembat semua!!*************************************************USTAT- Memang mula2 mek ajar makan kulat sisir dengan telur..sedap gak..mkn pun tak tgk mentua!!

  41. kakelle
    October 29, 2008 at 1:00 pm

    tie ketam tu bila berisi bolih lah buat chili crab:)kat sini kita panggil pulut serunding..mmg sedap.

  42. Tie
    October 29, 2008 at 1:34 pm

    KAK ELLE- Ketam tu tak leh makan laa….tu ketam batu. Oh ye..pulut serunding..lupa lak. Hi hi..buat malu je..nasib baik kak elle beritau!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: