Home > Terkenang > Asal

Asal

Rasa2nya ramai yang tahu Tie berasal dari Johor (mcm famous je..) manakala hubby pula orang Klate. Oleh kerana over excited untuk menarik perhatian hubby, percubaan pertama ialah dengan memasak masakan kegemaran dia.


Hubby sukakan masakan singgang (ikan atau singgang tulang), gulai (kari bagi org Johor), lemak kuning, kerabu dan banyak lagi. Tie tidak hadapi masalah tentang itu kerana suka sangat mencuba benda2 yang baru.(memang minat buat experiment, nih!) Lagipun hubby rajin komen dan dapatlah perbaikinya hinggalah dia puas hati.


Akan tetapi dalam sibuk2 melayani selera dia, Tie langsung lupa makanan kegemaran sendiri(kecuali rendang), masakan yang mak ajar, termasuk budaya orang Johor..(teruk betul laa…..) Kami tinggal di Johor ketika mula2 berkahwin, kira2 8 tahun . Masa tu bahasa Johor masih lagi lekat pada Tie tapi anak2 sudah mula berbahasa campur sikit2 Klate (dari ayah mereka tu…)


Tapi kini Tie rasa kesal kerana tidak mempraktikkan beberapa perkara yang mak telah tekankan pada Tie dulu.(mungkin ada persamaan dengan negeri lain) Antaranya…ungkapan ‘buang air’ (biasa cakap direct je….), ‘kurang periksa’ (tidak tahu), perkataan2 seperti camca (sudu- anak Tie terpinga2 bila toknya suruh ambil camca!), gebar (selimut) dan sepatu (kasut) ..Mak Tie ni orang dulu2….banyak lagi bahasa dan perkataan antik, tapi Tie dah tak ingat…nanti balik nak tanya.


Bila kami pindah ke Terengganu, baru lah Tie sedar, anak2 pula mula tukar dialek (macam ada suis je….) dan Tie mula teringin (bukan mengidam tau!) nak makan makanan johor(padan muka sendiri). Mula lah calling2 kat mak…tanya resepi…ha ha ….bil tel pun melompat lah.


Sejak dari itu Tie mula masak apa yang mak ajar dulu, hubby pulak dah pandai rasa…..bila dah dok jauh dari Johor, baru tahu masakan Johor tu sedap (memang pun, hi hi…). Dah ketagih asam pedas ni (mentua pun sama), sampai hirup lagi, dia lak langsung lupa tentang singgang ikan dia tu. Dan kini kalau Tie masak singgang ikan, dia perli….lauk ni je ke?? Sedangkan masa dulu lauk itulah yang famous bagi dia!! Kah! Kah! Dia dah mula pandai makan lontong, soto (dan begedil tu), laksa Johor, tahu sumbat dan lain2.


Okeylah…bab makanan tu dah settled tapi bab bahasa dan budaya tu susahlah….Anak2 dah terbiasa ( Tie bukan anti budaya klate nih!, tapi tentu tak salah kalau tambah sikit lagi), susah gak nak suruh mereka gunakan perkataan ‘buang air’ bila perlu. Tapi setelah disoal selidik (memang suka buat gitu kat mereka nih!), rupanya bila di sekolah atau depan org lain, mereka pandai pulak tukar ‘channel’…, guna perkataan tandas (bukan b-r-k, atau k-nc-ng). Lega rasanya

.

Sekarang, bila kami balik Johor, Tie pesan kat mereka tu… Belajarlah sesuatu yang baru di sana, hormatilah tok ayah dan tok mak tu … dan jangan ketawa bila terdengar perkataan yang bunyinya aneh! Memang budak2 tu jenis tak kisah, tok mereka dibuat macam kawan. Kadang2 hairan kat mak dan ayah. Ayah dengan secara rasminya menjadikan anak lelaki Tie tu, kroni dia. Dan mak pula manjakan cucu2nya. Kenapa la masa Tie dulu tak macam ni. Mak dan ayah garang semacam , tak aci sungguh!!


Jadi…apa yang dapat kita belajar dari entry ni??


Walau di mana kita berada, dengan siapa dan sampai bila2 pun… janganlah kita lupa akan asal usul kita….he he…jangan jadi macam tie!! Malu laa….nasib baik mak tak kutuk. Tie tahu, dia perasan yang tuturkata dan gaya tie telah berubah tapi dalam diri Tie ini, Tie tetap Tie yang dulu………, anak mak yang penakut, pemalu dan comel….hi hi hi………


Categories: Terkenang
  1. Suzi
    October 22, 2008 at 3:38 am

    salam kak tie…dari segi masakan memang saya byk terpengaruh dgn keluarga hubby coz nak ikut selera dia …t/jawab isteri masak yg hubby dia suka …kan? saya pun kurang pandai dah nak masak mskan trg ni…tapi dr segi bahasa ok lagi…bila duk dgn org TRG secara tak sedar tukar dialek…hihihi…

  2. smaelz
    October 22, 2008 at 3:58 am

    Ohh.. saya ni berazam.. walaupon dpt kawen dengan bukan org Jawa. SAya akan terus didik anak2 saya bercakap dan beradap mcm org Jawa.. Sbb byk adik-beradik, sedara, dan kengkwan Jawa saya telah ilang keJawaan mereka.. sayang rasanya.. sbb.. budaya ni asal usul kita..

  3. Tie
    October 22, 2008 at 4:29 am

    Suzi- biasa gitu lah bagi kita org perempuan yang berkahwin…Suzi pun ada suis boleh tukar2 dialek nih! Kak tie tak ada laa…hihi..smaelz- Wah! Org Jawa rupanya!Malang sekali kak tie bukan orang jawa..he he..Kak tie respect org jawa ni..(org jawa biasanya rajin tau!)Memang patut rasa bangga dan kekalkan kejawaan smaelz tuh!🙂

  4. zareda
    October 22, 2008 at 4:37 am

    Zar ni anak banjar tapi dah lama jadi anak banjar yang derhaka.. hehehe sepatah ayat pun tak faham.. Tak apela asalkan jati diri tak hilang..

  5. Muhammad Sayyid bin A Rahman
    October 22, 2008 at 4:48 am

    huhu…berangan nak gi duduk oversea…tapi anak2 tetap nak suruh jadi org kedah sejati…kalau tak boleh cakap melayu standard pown tak pa asal boleh cakap kedah kaw2…hahahaha…p/s: syd pown boley cakap bahasa kelantan sbb mak keturun pattani..huu..senior2 kat sni pown byk org kelantan…so kira dwi bahasa jugak laa..hehehe

  6. Tie
    October 22, 2008 at 4:50 am

    zareda- Eh! Terkejut gak baca tang derhaka tu…dasat!! Tie ada pak sedara banjar..org handsome gak..hehe.. tapi tak tau lah adat2 banjar ni. Tak pernah tanya mak zar ke??

  7. Tie
    October 22, 2008 at 4:52 am

    muhammad sayyid- Wah!..Keturunan pattani..macam mentua Kak tie la. Jadi macam kamus la gitu…sayyid dwi-bahasa…haha…

  8. maza
    October 22, 2008 at 4:59 am

    ahaks……eden org Johor gak.tapi tu la…dah duduk KL nie, campur lak dgn org N9, Kalante, Pahang dah jadi mcm kacang marba lah pulak..Tapi nasib baik den sompeklah gak menukilkan beberapa rakaman ttg org Johor nie di dlm entry yg sudah.http://mazaaida.blog.friendster.com/2007/09/orang-johor/selamat membaca…..hehheehhe

  9. Neeza Shahril
    October 22, 2008 at 5:06 am

    Anak-anak Neeza menggunakan bahasa melayu biasa. Formal sangat pun tak lah sebab Neeza dan suami guna bahasa melayu yang takde dialek. Bila duduk arab saudi ni, ada sikit2 diorang campur bahasa arab sebab terpengaruh dengan kawan-kawan sekolah…bab makan tu, neeza akui, sejak kawin, neeza jadi suka dengan masakan mak mertua.. tapi, neeza masih gemar nasi kerabu tu.. yang tu memang tak lupa…😉

  10. Ismail N
    October 22, 2008 at 6:01 am

    It’s a small world. Senegeri lak kita ni.Sama-sama merantau kat tempat orang. Saya tak tahulah org lain, tapi kalau balik negeri memang cari mee bandung dan rojak petis dulu. Lain2 boleh tunggu.

  11. ku tak sempurna
    October 22, 2008 at 6:22 am

    masuk kandang kambing… mengembekmasuk kandang rimau…. mengucap le bebanyak ihihihihihi

  12. zino
    October 22, 2008 at 6:43 am

    balik kampong kena tukar slang cepat2 hehe bila tempat orang pandai2 lah adjust.. hehe

  13. Kak Elle
    October 22, 2008 at 7:49 am

    tie kita kena ikut macam anak2 bolih tukar switch:)

  14. suara
    October 22, 2008 at 8:06 am

    Org kata… masuk kandang kambing mengembekmasuk kandang harimau mengaummasuk kandang lembu mengembohhehe…

  15. Tie
    October 22, 2008 at 8:28 am

    maza- Tu laa…memang mulanya ingat maza ni org N9..pandai lak menyamar,yek!Nanti tie baca entry tu..tadi nak bukak tak boleh lak.**********************************neeza- Eloklah guna BM biasa, senang nak sekolah nanti. Tapi, macam mana pulak bunyinya bila campur dgn arab ni? Boleh bagi kursus tak?? he he…**********************************ismail n- Oh! ye ke? Alaaahai!! Dah mula terbayang mee bandung dan rojak petis tu!…dan juga mee rebus johor…Hmmm …masih boleh ingat rasanya…nak kena buat lak nih!!**********************************ku tak sempurna- Memanglah bagus bila tahu mengembek, tapi takut gak kandang rimau tuh!!…kang terus bisu laks!**********************************zino- Oooo…pandai lak adjust2 ni..macam tukar siaran radio, ye..hi hi..**********************************kak elle- memang kena ada switch..tapi switch tie dah rosak,kot!..Asyik tersasul kecek klate je..campur ganu lak tuh!**********************************Suara- Kadang2 tersalah masuk kandang(kes rabun nih!) dan bunyinya tak serupa laa…he he…

  16. Mak Su
    October 22, 2008 at 8:46 am

    saya pun banyak berkari-kari (laki dari utara), dan masakan nogori sendiri saya tak berapa pandai pulak dah…😦

  17. hashim habeed
    October 22, 2008 at 8:49 am

    Moral of the story :Jangan kahwin dua benua nanti lupe masakan benua sendiri ….Har har har…….

  18. Tie
    October 22, 2008 at 8:55 am

    mak su- nanti balik kampung mak su ambik kursus semula dari mak tuh!! Kalau tak nanti anak2 langsung tak kenal …he he..Suka gak masak lomak cilipadi!!!***********************************hashim habeed- Napa tak cakap awal2??? Ni dah terlajak tak boleh patah balik laa….he he..

  19. Kujie
    October 22, 2008 at 10:26 am

    Anak anak yang membesar kat ibukota kuala lumput lebih terdedah dgn berbagai bahasa daerah..yelah..tempat berkumpulnya ramai rakyat dr seluruh negara.Kak Jie cakap Kedah, suami setia dgn ngomong jowonya…anak2….ada yg dia org tau sikit2

  20. Adila
    October 22, 2008 at 10:31 am

    hehehe sy cakap kedah bila sembang2 dgn sisbila dgn kwn2.. trus tukar ckp KL hahakengkadang tak jugak (psl tersilap slang la tu hehe)tp slang kedah mmg best! hehe

  21. izman
    October 22, 2008 at 11:28 am

    biarlah anak2 belajar bahasa2 yg dia suka. kita bimbing je, jgn belajar yg tak senonoh.nice blog.

  22. nono
    October 22, 2008 at 11:37 am

    Biasa la tu Kak Tie.. Nenek and Atuk mesti kamceng dgn cucu-cucu nie.. Saya pun macam tu gak.. Manja-manja sikit, tentu dapat apa yang dikehendak.😛😛😛 Lebih2 lagi dengan arwah Atuk.. Nenek best gak, tapi kuat membebel tu la yang payah sikit tu..Tambah lagi cucu first. Hai.. memang kena sayang sangat la..😛

  23. Tie
    October 22, 2008 at 12:38 pm

    adila- ha ha …sampai tersasul lak ye..tu la bila dah campur2 ni cakap pun tak betul..hihi..***********************************izman- budak2 tu tak payak ajar pun..otomatik mereka tukar channel bila jumpa kengkawan sekolah (ganu) dan tukar klate lak bila balik kg hubby. ***********************************nono- tu laa..memang seronok jadi cucu ni..tapi kak tie tak merasa kerana kedua atok dah tak ada masa kak tie besar anak2 ni..tu yang jeles tgk mereka ni ambil kesempatan dgn tok2 mereka tu!

  24. Muhammad Sayyid bin A Rahman
    October 22, 2008 at 2:08 pm

    kat padang ni syd cakap kedah..sampai member2 local pun terikut-ikut…penangan bahasa kedah..hahaha

  25. Nek Cun
    October 22, 2008 at 2:56 pm

    Cerita pasal asal usul ni… atok selalu perli nekcun bila nak pergi holiday… dia kata nak balik kampong emak ke kampong ayah? Mula-mula dulu nekcun hairan juga bila dia tanya begitu sedangkan kami nak pergi bercuti… rupanya dia perli nekcun sebab ayah nekcun orang jawa dan asal dari Jakarta, manakala emak nekcun orang Cina asal dari Beijing. Sampaikan anak-anak nekcun pun kekadang turut mengata nak balik kampong atok ke kampong nekwan bila planning nak pergi bercuti….

  26. Intan Rosnitta
    October 22, 2008 at 3:10 pm

    Kak Tie,Thanks Kak Tie. Intan dah ok sikit, cuma sakit2 badan…Bab makanan, intan mmg masak masakan yg biasa2. Anak2 & hb x berapa suka makanan Kelate kecuali nasi kerabu. Intan pun x pandai masak masakan kelate, kalau teringin beli utk diri sendiri je.Bahasa pula, kami guna bahasa formal. Tapi intan campur2 kelate 10%. Rugi anak2 kalau x reti. Bhs perak hb mmg x guna langsung… hihi.

  27. ctnik
    October 22, 2008 at 6:01 pm

    tie,bab tuk lyn cucu kaw2 itu,biasa la dgr,ad ajuga tuk lyn cucu mcm anak.i mean,still ada garang.tp hakikatnya tahp kegarangan tu makin luntur bila berusia.nanti kitapun begitu jua.sb kita muda dan terlalu byk menda nk pikir,bila berusia,kita relax dan rasa nk di manjai dan memanjakan org.

  28. ~mardihah~
    October 23, 2008 at 12:03 am

    hidup masjid tanah!!!! yihaaaaaada asam pedas melaka…best2, nak rasa, mai umah dihah..nyum2

  29. Tie
    October 23, 2008 at 12:31 am

    muhammad sayyid- Oooo..kuat promo bahasa kedah ye…Mesti pekat nih!! ***********************************nekcun- Wah! Kira mixed blood la nekcun ni! Mesti pandai masak macam2 resepi…masakan jawa campur cina…best gitu!! Teringin gak nak ke Beijing….(selalu kena sindir dgn hubby dan anak2 tu,…kira kita senasib laa…hihi…)***********************************Intan rosnitta- Eh! Dah ok ke?? Eloklah rehat dulu…kak tie dapat bayangkan trauma intan ni…tak boleh nak tolong . Kalau kak tie ada kat situ memang dah kena pelangkung budak tuh!! Geram betul laa.Oh! Napa pulak family tak suka masakan klate?? Takkan percik pun tak suka? Keluarga kak tie di johor boleh terima lak..malah excited semacam.Elok juga ajar anak2 serba sikit bahasa asal mereka..kurang2 mereka faham. Bahasa perak tu tie tak berapa kenal..jarang dengar kot.***********************************ctnik- Eh! Tak sangka ct boleh dtg sini. Tie harap ct tak rasa terpaksa, ye..Tie faham ct sibuk urus anak2 tu. Mesti excited dengan yang sulong tu bila pertama kali ke sekolah. Bila sebut pasal tua ni kan..baru tie perasan…tie pun dah tak segarang masa muda2 dulu. Anak2 tie tu boleh gurau dan buat tie macam kawan…rasa dah malas nak garang2 lagi. Cuma bagi ceramah sekali sekala agar mereka tak bosan!! Hihi …***********************************mardihah- Oh! Baru teringat..masjid tanah tu kat melaka rupanya…Sorrylah kak tie ni selalu blur je…hihi.. Kalau ada tu pos je ke sini…Kak tie ni manja sikit. Nak ke mana2 kena ada drebar(hubby). Hihi………

  30. Shais
    October 23, 2008 at 12:55 am

    salam kaktie…dalam keluarga saya bahasa pertuturan yg menjagi kalakarnya, suami orang perlis tetap mentain loghat utara saya dari perak tetap dgn loghat perak walaupun dah lama tinggal di KL, yang kesiannya anak-anak ..pening lalat la sekejap…mujur la faham.

  31. azlin hashim
    October 23, 2008 at 5:59 am

    Salam kak tie, sy pun kg kat johor gak, belah mak & ayah.. kat labis. tau tak kat ne? hehe..Johor kan glamor dgn asam pedas dia. nak2 lg kalo jumpa mee bandung muar yg pekat dan pedas tuh, perghh, sedapnya..

  32. cHeRyNa PiReS
    October 23, 2008 at 6:45 am

    sowi kak tie! sha lambat letak komen kali nieh…sha setuju ngan kak tie…sbb budak2 sekarang tak brape paham sangat style org2 tua melenkan diorg dah biase ngan org2 tua nieh…* kak tie…johor kat ne? sha suke sangat pergi muar:D

  33. Tie
    October 23, 2008 at 6:47 am

    shais- wah! kedua2nya tak nak kalah..hi hi…tentu anak2 cakap pun campur2…tapi bagus gak..lagi banyak bahasa yang kita tahu lagi baik dan senang nak bergaul nanti.*********************************azlin- oh orang labis..kak tie ada kawan (course mate ) dari sana tapi dah lost contact la. Toksah sebut mee bandung tu..nanti kempunan lak kak tie nih!

  34. Tie
    October 23, 2008 at 6:50 am

    cheryna pires- Lo..budak ni memang selalu tercicir…dah nak buat entry baru lak ni!!…he he ..kak tie tak marahlah…saja gurau ni. kak tie asal dari kg melayu, JB. Tapi parents dah menetap di kota tinggi. Kak tie suka gak gi muar tu…tempat makan2!!(asyik ingat makan je..hi hi…)

  35. PENDEKAR
    October 23, 2008 at 7:49 am

    saya baru berbasikal ramai2 ke pekan muar…… heh ikan bakar die dengan cekodok tepung memang best takkan jumper kat maner2…. heh

  36. naz ilyn
    October 23, 2008 at 8:29 am

    Salam..jangan lupa gerobok, epok-epok dlp/s: bila jauh di negeri orang baru perasan bahawa kita rindukan suasana di tempat kita..tak gitu Tie

  37. Tie
    October 23, 2008 at 9:27 am

    Pendekar- wah..best la gi cycling2 pastu makan2…jelesnya!!***********************************nas ilyn- salam kenal…wah org Jb ke? Bab gerobok tu buat tie senyum je…memang mak selalu guna perkataan gerobok ni termasuklah gerobok air batu (fridge),glamour lak bunyinya! Dan…memang tie rindukan masa2 dulu ngan mak dan ayah(walaupun selalu kena marah kerana rajin sgt buat salah!!)

  38. ubey
    October 25, 2008 at 3:20 am

    salam kak. hubby klantan ek. kne mkn bdu le ni. hehe

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: