Home > buah, Kampung, tumbuhan > Kembali lagi

Kembali lagi

Ni baru balik..Adoi..jalan lak jam dari pasir puteh nak sampai ganu ni macam merangkak je..dashyat betul…selalu tak pulak kena gini…dari perjalanan biasa 2jam setengah jadi tambah lagi sejam…Ramai betul org beraya, yek…

Raya dah lepas, so malas lak nak cerita pasal raya…Ni tie intai pokok dokong mek…tengok macam anggur lak..banyak buahnya tak termakan.

Sebenarnya tie tak boleh makan duku ni banyak sangat…nanti batuk..so tengok aje la…Mek bagi tie ambil. Takut kecik hati lak orang tua tu…Nak suruh budak2 tu bawa ke sekolah tapi mereka tak mau..Tunggu je la…mana tau kot2 ada yang dtg beraya boleh hidangkan duku nih..

Hmmm…tengok la…entah berapa besen dapat hasilnya…ada dua batang pokok..boleh la sedekah kat tetamu dan jiran2 tu..

Hubby lak punya la suka boleh berkubang dalam baruh(sawah) tu..gi cari ikan untuk dibiak dalam kolam depan rumah ni..Ni ikan haruan..campak dalam kolam berasingan…kalau tak habis di makannya anak2 ikan puyu tu..

Ni ikan puyu…banyak juga..kira beratus laa…dia dapat…semuanya dicampak dalam kolam tu…Siapa2 tak kenal ikan puyu tengok la ni…Biasa orang kampung goreng dengan kunyit hidup…sedap makan tika garing lagi…hmmm macam keropok lak..Tapi bab menyiangnya yang siksa…sirip dan sisiknya tajam betul..suruh hubby yang tersayang siangkan..he he…

Ni kolam ikan nya….Anak lelaki tu siap mengail lak…Dah kena marah cepat2 dicampakkan semula tangkapannya.. Kami saja bela ikan ni…sapa2 nak makan boleh ambil..tugas menjaga kolam ni diserahkan pada abang sulung hubby (yg paling rajin).

Kolam ikan ni depan rumah je…sebenarnya rezab taliair… dari dok penuh dengan semak, hubby buat kolam dan tanam pokok2 rambutan dan lain2…Nanti bila besar pokok2 buah tu teduh la sikit rumah ni..Buah2nya pun kami hajat nak sedekah aje kat sesiapa yang lalu ni..hi hi ..berangan besar lak..

Last sekali..ini la hidangan raya tie…gambar kuih2 tak sempat nak ambil…letih sangat la…rasa nak tercabut lutut ni…Masak simple je…tak cukup tangan…itu pun hubby tolong kacau rendang tu..hi hi..

  1. Zareda Norman
    October 5, 2008 at 5:27 am

    ambui meriahnya hidangan tapi ketupat palas tu juga menjadi pilihan hati..

  2. cendawanintim
    October 5, 2008 at 5:51 am

    rindunyer tengok ikan puyu tuh, ikan puyu, haruan, keli adalah feberet, bak kata abg saya yang sulung…’the best in the world’!meriahnyer raya…selamat hari raya…jaga diri yer..

  3. zino
    October 5, 2008 at 7:15 am

    banyak nya ikan puyu nak sikit boleh hehe

  4. smaelz
    October 5, 2008 at 8:05 am

    Wah wah.. lama x mkn ikan haruan… mahal betul skang nih

  5. Tie
    October 5, 2008 at 8:16 am

    Zareda Norman- Kat sini tupat palas tu dah biasa la…Tak raya pun memang ada dijual di pasar..Tapi kalau kat Johor mmg semua org minat.cendawanintim- ye ke suka ikan darat ni?? Tie suka ikan puyu je..yg lain2 tu mcm hanyir laa..Kat hulu ganu ni ikan baung byk..hubby nak ambil benihnya nak bubuh dlm kolam nanti.zino- Memang banyak dlm kolam tu..tunggu besar boleh ambik , ye..smaelz-ikan haruan susah nak cari kalau dok bandar. Org buat niaga utk pesakit lepas operate..

  6. U.Lee
    October 5, 2008 at 12:34 pm

    Hello Tie, saya suka betul bacha your ‘short cut’ Bahasa, ha ha….habis langsong apa apa saya da belajar Bahasa dulu 1950’s, rosak betul, ha ha. So different to what I learned,…Wow, ‘Ganu’ for Trengganu? And oh ya, saya da lama ta’dengar this words, “dashyat betul”, ha ha….my Malay friends used to say that.My Bahasa now improving bacha yours and others, but betul buat saya lintang pukang, kelang kabote try to figure out your Bahasa short cuts, ha ha.Lagi bila da start these short cuts?Anyway, I’ve been away 21 years, ha ha.Wow! I love the house, and the pond…the haruan and ikan puyu. I used to fish for them at Malacca sawah, Kedah, Butterworth, Kuala Selangor….but ha ha, I give to friends as I don’t eat fresh water fish.Tie, your makana betul delicious, boleh dapat the rempah scent, aroma disini pun, ha ha.Ta’nampak ketupat?Mana sambal belachan tu? Waaaa, Tie betul gourmet cook. Boleh kasi tuition kepada isteri saya? Ha ha.I love the way you tulis your Bahasa, ha ha…You have a great weekand have fun, best regards, Lee.

  7. Kirana
    October 5, 2008 at 3:47 pm

    akak..wuginye kite x sempat singgah umah akak.. tengok hidangan tu macham menyelerakan tekak ni dan juga peyot ni..kak tie, duit raya untuk kite xde ke?hehe.. =)

  8. Al-BIMA SAKTI
    October 5, 2008 at 5:44 pm

    salam,woi… sedapnya buah dokong.beraya ganu katne weih..?

  9. akirasuri
    October 5, 2008 at 6:55 pm

    Wooo..Gambar yang mengujakan! Terliur tengok buah tu.. Huhu..Selamat Hari Raya..Maaf zahir batin..🙂

  10. Adila
    October 5, 2008 at 7:44 pm

    sedap nya dokong tu~nape anak2 kak tie tanak bawak pegi skolah pulak?kalau tak boleh buat kenduri dokong.. best!!!sedapnya hidangan raya kak tie!!rugi tak pegi rumah kak tie!!ketupat tu sgt menggoda!masak merah (ye ke?) tu mcm memanggil2 je suruh makan hikhik

  11. Shais
    October 5, 2008 at 10:53 pm

    sedap-sedap belaka hidangan kaktie, tahun ni tak jumpa lagi ketupat palas…kaktie nak order…boleh..:)

  12. Tie
    October 5, 2008 at 11:49 pm

    U.lee- Amboi…pjg lebar komennya kali ini..he he..tie ni sejak jadi blogger dah pandai potong2 bahasa tu..kalau cikgu dulu tahu mesti marah..So sekarang bahasa uncle jadi lintang pukang,ye..hehe…bagus la tu..lagi meriah…Memang tie suka rumah tu tapi tak dapat duduk situ lagi..kalau nak tunggu hubby pencen tentu tak larat nak angkat cangkul lak..Gini la kalau dah jadi kuli org…terpaksa turut je kat mana org campak,kat situ la tmpt cari makan.Masakan tie biasa je..rasa2nya ramai lagi pakar memasak ni..tie ni masak ikut mood..yang ada tu ketupat daun palas..ketupat nasi tak ada,tie tak pandai anyam..dah banyak kali belajar sampai terbelit kat tangan..he he..Terima kasih kerana sudi singgah sini ,uncle..

  13. Tie
    October 5, 2008 at 11:50 pm

    Kirana- He he..tu laa…napa tak dtg..kak tie masak rendang special tau..Duit raya ada lagi..sorang seringgit je..tak leh bagi banyak2..nanti gi beli mercun lak..he he..

  14. Tie
    October 5, 2008 at 11:51 pm

    albima sakti-Ni buah dokong klate..kat alorhijau,selising..banyak lagi atas pokok tu..tie ambil sikit je bawa balik..Manis gak..

  15. Tie
    October 5, 2008 at 11:53 pm

    akisuri- wah lama tak dgr cerita..meriah ke raya tahun ni?? Buah dokong tu Mek (mentua)punya..kita rembat je..he he..

  16. Tie
    October 5, 2008 at 11:55 pm

    Adila- Napa pula ketawa macam pokcik Mersik tu..ni mesti dah jangkit dia..he he..Rindu kat tupat ke?? Ciannya..Tu ayam masak merah (stail johor) Tapi org klate ni kurang gemar..mereka suka ayam masak pedas..Tapi rendang tu mmg mereka suka..

  17. Tie
    October 5, 2008 at 11:57 pm

    shais- Kat sini tak yah tunggu raya..ganu ni pun sentiasa ada jual kat pasar…Tupat daun palas tu kak tie order gak..malas nak bungkus..murah je..RM 40 utk 100 biji..dpt diskaun..jadi RM30 je..he he.

  18. Ibnurashidi
    October 6, 2008 at 1:21 am

    Salam..selamat hari raya aidilfitri..hurm nampak sedap rendang tu..ada open house lgi tak?:)haa..kalau penah dtg blog saya..silakanlah amik kad raya..rasanya mcm penah gi kan?:)

  19. Cat Cat
    October 6, 2008 at 2:56 am

    Kak Tie,Tu duku kasi FedEx sini mari… Rugi-nya tak dimakan… Meh, nanti Cath kasi address ya.. Hehehe.

  20. Tie
    October 6, 2008 at 3:35 am

    ibnurashidi- Laa..kak tie dah tak buat openhouse lagi..alat2 dah tinggal kat rumah atap biru tu..tahun depan je laa..he he..cat cat- he he …itu duku ada banyak semut laa…nanti kena kuarantin kat immigration. (jgn marah spelling tuh!!)Sayang laa..cath jauh sangat..kalau tak boleh kak tie bagi sebesen..

  21. cHeRyNa PiReS
    October 6, 2008 at 3:50 am

    waaa…kak tie…terase betul macam kat kampung…lenkali kalo kak tie taknak haruan tuh bg kat sha…sha suke ikan haruan:D

  22. GregChai a.k.a. tukang kupi
    October 6, 2008 at 4:01 am

    Hello, wah sini pun banyak makanan yang sedap-sedap nih, we have similar fish what you guys call haruan we call them ‘ikan Jalak’ normally taken if one just undergone surgery it helps to heal wounds fast. The other one – puyu, we call it ‘ikan karuk’.Thanks for visiting me will add u in my favorite link, and will definitely come back for updates

  23. PENDEKAR
    October 6, 2008 at 4:02 am

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهsalam aidilfitri pada semua

  24. Tie
    October 6, 2008 at 4:06 am

    cheryna pires- minat haruan ke?? Kak tie first time makan masa lepas bersalin anak sulong..hubby kata baik utk luka2 dalaman..Nanti kak tie biak dlm kolam tuh..bila dah banyak datang ambil,yek..gregchai a.k.a.tukang kupi- Hi greg, tak sangka nama ikan pun berbeza kat sana..tapi kegunaannya sama je..Terima kasih kerna singgah sini.. nanti tie pun nak add link.

  25. Tie
    October 6, 2008 at 4:09 am

    pendekar- selamat datang dan selamat hari raya..

  26. Intan Rosnitta
    October 6, 2008 at 7:31 am

    Kak Tie,Byknya juadah. Semua Kak Tie masak ke?Tabik springggggg!!!:D

  27. Tie
    October 6, 2008 at 7:41 am

    Intan rosnitta- Oh..dah balik ke?? Siapa lagi kalau tak kak tie..Cuma tupat palas tu je order ..Tu pun tak buat acar..kang tak tidor lak malam raya..he he..

  28. blog BeliBuy
    October 6, 2008 at 11:24 am

    dulu selalu la jugak g tangkap haruan…besa la time kecik2… ikan puyu kurang suke coz sirip n sisiknyatajam…malas nk siang…duku plk.. just tgk je..nk makan xlrt..byk plk tue sekali die berbuah…

  29. Muhammad Sayyid bin A Rahman
    October 6, 2008 at 3:50 pm

    kak tie…syd dah balik padang….tapi dah start rindu dekat ketupat, rendang, lemang, kuih raya kat rumah…huhohoo….neway, teringin nak rasa masakan kak tie..amboih…penuh semeja…hehehehttp://muhammadsayyid.blogspot.com

  30. umie@kakyong
    October 6, 2008 at 4:21 pm

    Salam Tie,tenguk ikan2 puyu tu, umie teringat masa budak2 dulu… selalu masuk parit kat depan umah dok tangkap ikan guna jaring… hihihi seronok. org kata ikan puyu boleh jadi penjaga rumah… betul ke?? Ikan haruan dpt sekor je ke?? Rajin tie masak berbagai2 resepi…

  31. lady pot pet
    October 6, 2008 at 8:02 pm

    Mang aiiiii bestnyer buah dokong..kalau tak larat makan meh post kat akak…ishhh…lamanye tak makan..okay Tie jaga pokok buah2an Tie tu elok2, nanti bila akak balik ke tanah air and lalu kat depan umah Tie tu jangan lupa jamu tau!!! Aduhs…buah2an Malaysia jugak the best!!!

  32. Tie
    October 7, 2008 at 12:10 am

    blog belibuy- Memang betul,ikan puyu tu tajam sisik dan siripnya..Kak tie dah serik nak siang,kena mintak ehsan hubby :)muhammad sayyid – Laa…tak apa la..niat utk menuntut ilmu dan berjuang utk bangsa..he he..takkan tak angkut sekali kuih2 raya tu?? Kak tie masak simple je..tak larat tul..Tu pun first time buat open house kat kg..umie@kakyong – wah..ganas gak umie ni masa kecik..kak tie pun gitu, pernah panjat pokok lagi..he he..Kata orang ikan puyu tak tidur mlm..entahlah..jadi org tak leh pukau nak masuk rumah..Ikan haruan tu susah nak dpt..ada 2,3 ekor dlm kolam tu..lady potpet- Wah..tak tau lak kak potpet suka dokong..Tie baru habiskan semalam…Balik malaysia nanti dtglah kg alorhijau musim dokong..boleh makan bawah pokok tuh!! Pokok rambutan kena tunggu 2 tahun baru boleh merasa buahnya..hehe…

  33. Kak Elle
    October 7, 2008 at 2:52 am

    tie ikan puyu tu selalu di amsak apa ye?oh byk ny lauk raya tu dan saya teringin hanya ketupat palsa tu.

  34. Tie
    October 7, 2008 at 3:12 am

    Kak elle- ikan puyu tu biasa goreng kunyit atau bakar je..org kampung masak simple je, kak. Tie sejak kahwin dgn org klate ni baru rasa tupat palas tu..kalau tak tupat nasi je..Tapi tupat dari utara lagi best, ada kacang dan kdg2 ada inti sambal daging..

  35. Nek Cun
    October 7, 2008 at 3:35 am

    Salam Tie, eemmm… rajin sungguh tie ni memasak! Nekcun takat buat rendang dengan ketupat ajer dah letih bagai nak rak!… Kat Johor tak buat lontong atau pun laksa Johor ker? Nekcun suka sangat laksa Johor. Boleh bagi resipi tak?… selamat hari raya… ingat jangan dapat ‘cholesterol free’ ya!…hehehe…

  36. bozzobattousai
    October 7, 2008 at 4:58 am

    salam kaktie,ikan puyu tuh klu dpt goreng atau masak tauchu… pergh….sedap tak hengat

  37. Aleeya
    October 7, 2008 at 5:54 am

    buah duku tu kan..hidangan raya kemain mengancammmm, letakle gambo kty behari raya , nak tengok plezzzzzzzz

  38. Tie
    October 7, 2008 at 9:12 am

    nekcun- Tie raya kat klate..so tak buat lontong..org klate tak gemar..Kalau kat johor mesti buat ketupat dan kuah lodeh..Laksa johor mmg best..tunggu balik kota tinggi baru buat..makan ngan mak lagi selera..Tie makan tak ingat cholesterol..ingat sedap je..bozzobattousai- oh..boleh masak tauchu ke?? Tak pernah lak buat..nanti boleh cuba..tunggu puyu tu besar dulu :)aleeya – alaa…kak tie memang tak sedia lagi nak tunjuk muka..entahlah teringin tu ada tapi takut la..ada la sebab2 tertentu..tgk gambar kiddie je laa…ok?? Senyum sikit!!

  39. Akak
    October 7, 2008 at 11:34 pm

    Salam Tie…Ketupat tu sama mcm kat umah akak ni ha..

  40. kamar hati
    October 8, 2008 at 12:11 am

    wahhhhh…padat gak aktiviti akak yer…bestkan dok kat kampung….banyaknyer makanan….nak skit????(“,)

  41. ahmoi
    October 8, 2008 at 2:32 am

    waaa…bestnyer umah kak tie nih..nak pergi cuti sana lah skali boleh?hehee…ikan puyu best kalau ngail..moi suka ngail puyu..tapi bila nyianglak habis lerrr kulit tangan moi cz asyik kn durinya n sisiknya yg tajam tu…hehehe

  42. ku tak sempurna
    October 8, 2008 at 6:07 am

    nak buah dokong tu… sedapnye …

  43. Mak Su
    October 8, 2008 at 7:27 am

    rumah Tie ker tu? syahdunya…. minat ler, ada kolam ikan plaks tu

  44. suara
    October 8, 2008 at 8:01 am

    Ish… kalau dekat-dekat mahu je su singgah. ikan darat dan dokong mmg kegemaran su tu.

  45. U.Lee
    October 8, 2008 at 3:26 pm

    Hello Tie, terima kaseh your above warm reply.Tie ada senang datang ke pondok saya, ha ha. Lee.

  46. SlumbeRaja
    October 8, 2008 at 4:37 pm
  47. hashim habeed
    October 9, 2008 at 1:21 am

    Kalu g pasir puteh ada can make buah free.. Bole bawak guni ni wak alik ke gannu.

  48. ~mardihah~
    October 9, 2008 at 3:14 am

    wah..meriahnyer makanan dan hari raya….berayo sakan nampaknya tapi tetap bersederhana..tapi ikan tu kalo gorang cili api atau buat sambal garing2 isssshhh….sedapnyer…..

  49. Tie
    October 9, 2008 at 4:03 am

    akak-Ya ke?? sama la kita ye..Raya sekitar johor je ke??kamar- kak tie ni mmg sibuk sentiasa..tak de kerja gi kat sawah tu klik sana sini..pastu kena pacat lari lintang pukang terpekik terlolong..hi hi..tak de lak hero dtg rescue..ahmoi- Kak tie kalau dah dok sana mmg ada hasrat nak buat chalet kat sawah tu..tanah panjang sampai seberang sungai..Jadi boleh buat package bercuti sambil ngail ikan puyu,sepat dan haruan..dan macam2 aktiviti kat kg..Nanti ahmoi boleh honeymoon kat sana,yek!!ku tak sempurna- sekarang ni musim buah..durian pun ada kat klate..tapi kak tie dah balik ganu ni..maksu- rumah tie la ni..dah berangan nak duduk situ..entah bila tak tau lagi..hubby belum jumpa kabel besar..he he..suara- eh..kalau jauh pun boleh singgah rumah kak tie ni..tapi rumah sempit, boleh lah tido kat wakaf tuh yek..hi hi..nanti kak tie cari kelambu..u.lee- rajin betul uncle blog hop ni..tie dah singgah pondok uncle tu..he he…slumberaja- Separuh dari nya tie komen sendiri laa…ni mls nak update…gi blog hop sana sini je…hashim habeed- Boleh..mai la dtg bila tie ada kat rumah tu..tie balik sekali atau 2 kali je sebulan..nak sapu sawang2 tu…mardihah-wah..minat juga kat ikan2 tu ye. Nanti besar boleh dtg ambil!!

  50. lochoe
    October 13, 2008 at 11:49 am

    wah gambar kak tie ni pior2 kampung.. macam2 ada.. gila ah.. best gila.. bagus2 teruskan amik gambar2.. tuh semua.. simpan buat kenangan.. nanti x lama lagi.. pupusla kampung2 melayu ni..

  51. Tie
    October 13, 2008 at 12:14 pm

    lochoe-Kak tie ni asal dari bandar so bila balik kg hubby memang teruja laa…asyik snap sana sini mcm tourist lak. Mentua dan adik2 ipar tu pun dah lali..hi hi..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: