Home > Makan > Jamu mata

Jamu mata

September 24, 2008 Leave a comment Go to comments
Kuih lapis ni tie dah lama tak buat…berapa tahun , yek..tak ingat la..

Petai ni jiran bagi, so tie buat sedikit sambal tumis petai dan udang…

Tie lebih suka sambal ikan bilis, tapi dah habis lak..terpaksa guna udang yang ada tu..Macam ini la rupa sambal tumis petai kak tie, Cat….Kak tie makan sorang je..hubby tak makan sebab bila puasa seleranya lain sikit…Saja tak buang kaki udang tu…supaya rasanya lebih manis.

Hubby gi Marang, beli pari ni khas utk Tie…Memang susah nak cari pari, biasa ikan tuka (anak pari) yang banyak…Tie terus masak asam pedas ala johor…Sedap tau….

Dah jadi blog masakan lak ni..tak pe laa…dah tak de cerita ni.. Cili crab ni menu 2 hari lepas…Ia kelihatan kurang merah kerana tie masukkan sebiji telur yg dipukul..Selain dari beri rasa ummph!!, ia juga dpt memekatkan sikit kuahnya. Rasanya tak pedas pun..budak2 kecil boleh makan laa….So lepas ni siapa2 yang tak ada idea nak masak ni , boleh cuba laa….

______________oooOooo______________

Award dari Ahmoi

Tie terima award ni dari Ahmoi…..Kak tie ambil satu je…letih la posa2 ni…..Mata pun macam nampak kelabu je……Terima kasih la ahmoi, ye…Selamat Hari Raya..

______________oooOooo______________

Kad Raya dari Fatrina

Baru dapat kad raya dari Fatrina ni…Mekasih dek ooiii….Selamat Hari Raya…makan la kuih2 tu dan hidangan hari raya..tak yah diet2…bila dah macam kak tie ni..badan dah XXL terpaksa la fikir 2, 3 kali…takut tak muat la baju raya tu….

______________oooOooo______________

Kad Raya dari Kin Hashim

Adoi..malunya…hari tu dalam sibuk2 dan kecoh2 sampai tercicir kad raya nih..Maaf la Kin……Sejak jadi makcik ni selalu je terlupa dan tercicir barang…hi hi… Nanti kak tie tepek ye..Selamat Hari Raya….

Categories: Makan
  1. cHeRyNa PiReS
    September 24, 2008 at 8:53 pm

    sumenye makanan perberet sha…lagi2 yg kaler ijau bermate2 tuh kak tie:Dlapo plak sha rase pagi2 buta nieh:D

  2. Muhammad Sayyid bin A Rahman
    September 25, 2008 at 12:16 am

    hehe..kak tie..cuba try test tegk buat pari masak keng som…macam asam pedas siam..kalau cuba mesti hari2 nak buat lagi…tapi resepi syd takdak la…huhu…jgn lupa buh daun kesom dan pudina…

  3. Tie
    September 25, 2008 at 12:48 am

    cheryna pires- Oo ye ke? Ada lagi petai ni..mai la ambil..tapi masak sendiri yek…muhammad sayyid – Kak tie pernah mkn kengsom tu..nasib baik la tak pitam..pedasnya sampai berasap telinga..dah la ada lada kecik..dibubuh lak lada hitam..Ooooo…

  4. Intan Rosnitta
    September 25, 2008 at 1:47 am

    Ketam tu mcm memanggil2 je…ish..ish..K.Tie raya kelate / Johor tahun ni?:)

  5. Suzi
    September 25, 2008 at 1:51 am

    saya suka asam pedas johor…bapa mertua saya pandai masak ni…rindunyaaa.petai…kegemaran saya…lagi2 petai jeruk hehehehe

  6. cendawanintim
    September 25, 2008 at 3:07 am

    wahhhhhhh, sumer makanan tu sodap2 belaka..

  7. goooooood girl
    September 25, 2008 at 3:24 am

    i like……

  8. Neeza Shahril
    September 25, 2008 at 4:07 am

    nak sikit semua tu!!! hehee.. bukanlah sikit kan.. tu namanya melantak tak ingat tuan!! hehee..tak kira… kalau gi rumah Kak Tie, Neeza nak Kak Tie masak semua tu.. hehehe.. memang tak malu langsung kan..😉

  9. Ed
    September 25, 2008 at 4:11 am

    wah teringin nak makan kuih lapis.. nampak sedap. kat singapore ni susah nak jumpe.. balik2 karipap, bingka bagaii..cili crab tu apa resepinyer? heh heh..

  10. Adila
    September 25, 2008 at 4:13 am

    ketam tu!!! sgt menggoda!! hikhikkakak sy ada buat masak camtu jugak.. tapi guna ikan :Dsedap gaksambal petai.. waahhh!!!! terliur!! tetiba cam boleh terasa camne sedapnya sambal petai tu.. heheheKUIH LAPIS!!! sy nyer feveret!!!suka sgt!!sy ingat cam nak try buat..tapi camne nak kukus hehehehari tu sy tnya mak kalau guna oven tak boleh kewakakakaka

  11. Tie
    September 25, 2008 at 4:30 am

    intan-Kak tie raya kat klate..ikut giliran..tapi raya kat rumah sendiri..dtglah nanti..nanti kak tie tunjuk rumah. Kak tie dgr gak ketam tu panggil intan..napa tak jawab?? Hi hi..dah merapu la nih..suzi- wah suka , ye..Mmg sesetengah lelaki pandai masak..lebih dari kita pompuan lagi..Kat johor ni, dan klate juga..tukang masak kenduri org lelaki..cendawamintim- dah tak de idea ni..so bubuh je gambar2 ni buat meriah sikit..gooooooogirl- ni apa lak minah salleh buat kat sini..sesat kot..Thanks for dropping by, nice knowing you.. (kecek omputeh jap)

  12. Tie
    September 25, 2008 at 4:39 am

    Neeza- nanti balik malaysia tu boleh la balas dendam makan tu..pastu balik saudi semula ke?? Tapi jgn mkn byk sangat..takut kapalterbang tak leh nak naik nanti..hi hi..marah ke??ed- suka nama ni..senang nak taip..Org singapore pandai masak, kan..Agaknya kuih ni dah outdated kot..tak de siapa2 yg minat lagi… Cili crab tu macam masak pedas je..cuma tambah telur bagi pekat..pandai2 la adjust rasanya..adila- boleh kukus dlm kuali mcm gambar buat caramel puding tu..kak tie buat gitu je..Periuk kukus tinggal kat kampung, so guna je kuali ni. kalau nak guna oven kena rendam dlm air bekas tu..kalau tak hangus nanti..

  13. aeropama dot com
    September 25, 2008 at 6:13 am

    kak tie… hati saya telah bergegar ni. bergegar tgk gambar lauk pauk tu. lapo.ps: kak jie kejam… sj je cuba menggoda pelawat di sini

  14. Tie
    September 25, 2008 at 7:29 am

    aeropama dot com- Eh,kejam ke?? Saja nak promo kat sini..Sabo2..laa..

  15. lochoe
    September 25, 2008 at 8:10 am

    aku sependapatan aeropama.. kejam.. tunjuk lauk2 yang melampau best.. waktu siang2 ni.. isk.. isk..x tahan betul tgk udang petai dengan ikan pari tuh.. aahahaha.. nak menangis aku.. duduk bujang ni, mana la nak cari lauk2 mcm tuh.. beli nasi tomato je hari2…aeropama tuh mmg sejenis ikan.. kak tie.. kalau ada masa, cuba buat satu menu guna ikan aeropama.. orang kata sedap masak tempoyak. cuba la.. hehehe

  16. umie@kakyong
    September 25, 2008 at 8:11 am

    Salam tie…sabo je la tgk masakan tie untuk berbuka pose tu… terliur je nenguk…. sambal udang petai tu mengancam sungguh…tie… ada kad raya buat tie dri umie…. dtg blog umie ye…Untuk Tie…selamat menyambut Aidilfitri maaf zahir batin…t/care ya..

  17. ku tak sempurna
    September 25, 2008 at 8:51 am

    mmmmmmm… dah terpikat ngan kuih lapis tu la…. cantiknya…. hrp2 rasanya secantik rupanya ya :Pagar2 ke puding ke atau mmg kuih lapis… ihihihihi… bab msk memasak ni aku fail…

  18. Tie
    September 25, 2008 at 9:07 am

    lonchoe- Tu laa..siapa suruh jadi org bujang..cepat2 la cari calon tu..boleh hantar kursus SRT kat rumah kak tie ni..bagi discount sket. Gerenti..mcm2 kak tie ajar..selain dari memasak,mencuci,mengosok baju,lipat kain,cuci longkang,kemas rumah..(boleh goyang kaki nih!)..Nanti dah pandai boleh ambik dia balik..Mesti tinggal tulang..hi hi..Pasal ikan tu..rasa2nya pernah tgk kat giant JB, besar..dragon fish ke? Eh boleh makan ke?Dengar kata ikan tu makan monyet..ia lompat laa..Eh tak lalu la nak makan..Kak tie tak berapa minat masak tempoyak..baunya semacam..hi hi..

  19. Tie
    September 25, 2008 at 9:12 am

    umie@kak yong- Eh lama tak dgr cerita..tie pun dah lama tak gi jengok,kan..Terima kasih laa kad raya tu..dah gi ambik tapi belum tepek lagi..Hari ni kak tie off dari memasak..Ada org nak belanja makan..hi hi..ku tak sempurna- kuih lapis laa..rasanya kurang manis sikit..kak tie ni malas nak guna sukat2..main hemtam je..Masak puding paling senang,tau..cuba la belajar..

  20. lochoe
    September 25, 2008 at 2:31 pm

    kak tie kak tie.. hidup bujang la best.. pasal bab makann tu xpela.. restoran byk sbnrnya… hehe…gurau2 je pasal adik kak tie.. x serious pun.. tapi kalau kak tie nak kenalkan.. saya takkan salahkan kaktie..haha, owh ikan aeropama tuh, yang jenis makan monyet ke?? erm.. teringat sejenis ikan kat tasik kenyir yang mmg makan monyet… lupa namanya…dah tuh, ganaih jugak syam ni, suka ikan2 mcm tuh.. saya ingat ke ikan aeropama tu, macam ikan sekila je.. hehe.. ganaih jugak ikan tuh.. tapi takpe.. ganas yang cute… mcm kak tie la.. huhuhu

  21. hashim habeed
    September 25, 2008 at 2:52 pm

    Bulan Pose in banyak sangat blog yang menyajikan gambar makanan… termasuk blog yang Heavy Metal dan yang brutal pun bole taruk entri pasal makanan

  22. Akak
    September 26, 2008 at 8:30 am

    Salam Tie..Akak ingin mengambil kesempatan nie utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & ingin mohon maaf andai ada salah & silap samada yg akak sedari maupun tidak…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: