Home > Adat dan budaya > Adat atau Budaya

Adat atau Budaya

September 23, 2008 Leave a comment Go to comments
Bangsa Melayu kita ni memang kaya dengan adat dan budaya, tetapi ianya berbeza (mungkin tak banyak) dari satu2 tempat atau negeri. Tie perasan setelah berkahwin dengan hubby yang berasal dari Kelantan.
Apa yang tie tulis ni mungkin ada silapnya tetapi itulah tie alami selama tie kenal kehidupan kampung di kelantan. Jika ada sesuatu yang tidak benar harap ada yang sudi perbetulkan, ya.
  • Mula2 nak kahwin, keluarga sebelah hubby, sibuk mencari tarikh yang sesuai untuk hari nikah. Begitu juga ayah dan emak tie. So kami bersepakat tentang tarikhnya..tiada masaalah pun.
  • Tapi bila tiba majlis kenduri, hubby beriya2 nak bayar kos makan rombongan sebelah kelantan. Tie rasa pelik…Menurut hubby, memang sudah menjadi adat kiranya pihak pengantin perempuan mengadakan kenduri kahwin, org yang datang dari pihak lelaki mesti bayar (dulu RM5 sekepala, skrg RM10 sekepala)dan pihak lelaki akan mengutip wang dari mereka dan bayar pada pihak perempuan.
  • Pihak perempuan pula mesti menyediakan makanan khas untuk rombongan itu. Perkara ini juga berlaku sebaliknya bila pihak pengantin lelaki buat kenduri . Tapi kalau pihak pengantin mampu atau suka, mereka takkan kutip wang dari rombongan mereka. Kami org johor tak pulak buat begitu…sesiapa pun boleh dtg, pemberian wang kepada mak pengantin pun tak dimestikan.

  • Masa kenduri di kelantan, keluarga hubby buat majlis khatam quran sekali…rasa2 semua orang buat begitu. Tapi kenduri tu adalah kenduri arwah ayah hubby. Tetamu yang hadir tetap memberi wang (sebagai sedekah ) dan kami pula dapat hadiah sebagai ganti.. untung juga , kan….
  • Sesi bertandang ke rumah – Keesokkannya mula lah kami berdua pergi ke rumah2 saudara dan jiran hubby…Ramai betul…tak larat sampai naik kembong perut minum air… malam baru dapat rehat. Itu pun puas tie pujuk abang nak rest dulu. Esoknya sambung lagi. Rasanya satu kampung kami keluar masuk rumah org, tunjuk muka seposen….Kadang2 tie kena dera disuruh buat air kat dapur mereka, di suruh menanak nasi (time ni hubby interframe…katanya banyak lagi rumah nak gi nih!!….sayang hubby)
  • Walaupun penat, hasilnya lumayan, tau…Hampir 30 helai kain batik, beberapa helai tuala dan kain pasang tie angkut…he he …Ada lagi beberapa helai dan tie masih guna lagi…Oh ya…setiap kali tie balik, mek mesti tanya dapat apa…kadang2 tie keliru yang mana satu tuannya bagi…Tujuan mek tanya ni supaya dia boleh balas benda yang sama bila tiba masanya nanti…
  • Orang kelantan ni murah hati, tau…Kalau melawat org sakit, melawat org bersalin(bab ni memang ramai tetamu dtg melawat), atau melihat anak kecil, mesti dihulurkan duit…(org negeri lain pun gitu ke??) Anak2 tie tu mewah dgn duit…kalau balik kampung ada aje org bagi duit kat mereka…(mama mereka tukang kutip) Sekarang ni dah besar, tak ada lagi laa….
  • Mek pulak ada beberapa petua…Kalau nak perah santan kena perah 3x (sekarang ni guna santan dah siap, lagi senang), begitu juga tika basuh beras. Tie buat ikut suka saja (tika dia tak nampak, hi hi ) Nak start masak pun kena tanak nasi dulu…lepas tu baru proceed yang lain2 tu..Tie pulak buat terbalik…dah siap masak lauk baru nak tanak nasi…teruk betul, kan…Mek tak marah tapi nampak la reaksi kurang senang dia tu..Sebabnya..mana tau kot2 ada org dtg, sekurang2 nasi dah masak..
  • Oh ya…org kelate (org kampung) ni makan tak banyak lauk..Tapi nasi mesti banyak..Kalau ada budu dengan ikan kering pun mereka boleh makan dengan seleranya..Bagus laa tak memilih sangat..Jadi kalau sedara2 hubby dtg rumah tie tak gelabah sangat…apa2 yang ada dlm fridge tu tie hidangkan..Janji nasi kena tanak lebih sikit. Berbeza dgn keluarga tie…(tak tahu lak org johor yg lain), lauk kena sedap, sekurang2nya ada ayam kalau nak hidang untuk tamu..
  • Kat kelate biasa makan nasi berlauk sebagai sarapan. Mula2 tie tak biasa. Mungkin kerana orang kampung kerja keras, ramai yang mengerjakan sawah, menoreh dan menanam…Tie pulak biasa makan roti dan kuih2. Masa mek tinggal di rumah tie , tie cuma hidangkan roti bakar sebagai breakfast…(bertuah punya menantu!!) lalu mek pergi goreng nasi sendiri…kesian dia…lapar agaknya..Sekarang ni dah tahu, so pagi2 masak nasi lemak atau goreng bee hoon (kalau dia ada kat rumah tie).
  • Kalau pergi rumah org kat kelate ni mesti dipelawa makan nasi…tak kira la pukul berapa…So tie kena buat gitu bila sedara hubby datang rumah…Dtg pukul 3 ptg pun kena nanak nasi laa…hu hu…Kalau tak kita dikatakan sombong..tak nak gitu…
  • Keluarga hubby suka lauk singgang, terutama tulang masak singgang…Selama ini Tie ingat tulang hanya boleh dibuat sup aje…Dapat la resepi baru…sedap gak . Ketumbar(mereka panggil rempah) dan lengkuas bahan utamanya……Singgang terengganu mungkin lain sikit… tak pernah lak rasa…(ada sesiapa nak sponsor??) Lain2 masakan kelantan ialah solok lada (tie suka nih), percik, nasi dagang (nasinya guna beras merah), nasi kerabu (pun sedap) dan macam2 jenis kerabu.
Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan budaya keluarga hubby dan tie…letih lak memikirnya..Nanti sambung lagi laa…
____________oooOooo_____________

AWARD DARI MAK SU


Award ni tie terima dari Mak su….tie ambil satu je, ye…tak larat nak pikul puasa2 nih…Terima kasih mak su kerana ingat pada tie di sini… Walaupun dah ada tapi tie ambil dan tepek nama Mak su, ye… Terima kasih sekali lagi….

_______________oooOooo______________

KAD RAYA DARI AKAK


Ini kad raya dari Akak…dah lama dapat tapi baru sekarang nak buat announcement ni..maaf lah akak…bulan puasa ni selalu pening2 sikit..(alasan manja)…


Duit raya ni pun Akak yang bagi…tie akan simpan buat kenangan…Terima kasih banyak2 la Akak.

______________oooOooo______________

HADIAH DARI SEJENAK BERSAMAKU

Ketupat dan duit euro tu dari Kin Hashim…Jauh tu…. Terima kasih Kin….Susah payah kin bagi kak tie ni…belum raya lagi dah dapat ketupat, ye… Sekali lagi, terima kasih untuk semua.

______________oooOooo______________

Kad raya dan award ni adalah dari Suzi…jauh juga…Semoga Suzi berbahagia di hari raya ini bersama keluarga tersayang….Terima kasih, ye…..

Categories: Adat dan budaya Tags: , ,
  1. Tirana
    September 23, 2008 at 4:19 am

    Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembik…hehehe.. Lain tempat lain budayanya…yang mana baik, boleh la ikut.. Kalau gamak-gamak tak baik, elok la tinggalkan

  2. Intan Rosnitta
    September 23, 2008 at 5:06 am

    Intan yg x keje kuat pun mesti nak makan berat waktu pagi. Dari kecik dah diajar mcm tu. Tiba2 rindu kat nasi berlauk… huhu:P

  3. Suzi
    September 23, 2008 at 5:20 am

    samalah kita kak tie…saya org trg kahwin org ipoh…byk juga beza. saya ok je… tapi hubby tu payah sikit terutama bab dialek…sampai sekarang dia tak berapa faham kalau org cakap trg cepat2…bercakap lagilah…

  4. Zareda Norman
    September 23, 2008 at 6:44 am

    lain padang lain belalang.. tu lah untung kawin ngan orang jauh.. boleh belajar adat dan budaya. Kak zar orang Perak.. orang Perak ni kuat pegang adat jugak.

  5. Tie
    September 23, 2008 at 7:33 am

    tirana- hi hi gitu la rasanya..Tu ‘gamak2’ bunyinya macam ganu je…intan rosnitta- dulu nasi berlauk RM1 je sekarang dah jadi RM1.20…beras dan ayam dah mahal laa..suzi- kalau kecek ganu biasa kak tie boleh faham tapi kalau yang hulu ganu tu, dok nganga je laa..hi hi..masa baru pindah dok hulu ni rasa lucu bila dgr makcik2 kat pasar tu bercakap…Hubby siap warning lagi..zareda norman- Ho..orang perak kuat adat gak…Kak tie pernah pergi ke majlis perkahwinan kawan di ipoh. Masa tu singgle lagi….kena paksa makan sireh pengantin..hu hu..pahit dan kelat betul…kononnya supaya cepat org dtg meminang..hihi..Tapi suka tgk bunga telur,diperbuat dari wajik dibungkus seperti bunga ros(creative betul)

  6. ku tak sempurna
    September 23, 2008 at 7:36 am

    raya ni balik mana… johor ke kelate..

  7. cendawanintim
    September 23, 2008 at 7:52 am

    teganu pon lebih kurang gitu gak, tak banyak beza pon…yang sonot tuh sesi bertandang pas kawin, ni ler time yang buat badan naik semacam, ye la memasing buat menu khas tuk pengantin baru…kenangan betul kan..singgang teganu memang syiok bila makan ngan budu…tapi sayang asben tak ske..tu yang tak masak tuh..

  8. Jumat7
    September 23, 2008 at 8:09 am

    Jumat dapat jodoh jarak sepelaung jer… tapi kerjaya membawa kami merata…. Kat Perelis nie bagi rakyat kebanyakkan, majlis khatan dak lelaki sama meriah cam majlis perkahwinan…. siap kad jemputan, khemah dan tumbang lembu gak.Sok lepas raya kalo gi bando Muo… time pepagi lagi diaorang sarapan sate. Tempat lain tak jumpa cam tuh….. hehehehe

  9. Akak
    September 23, 2008 at 9:10 am

    Salam tie…Tgk kad raya banyak2 nie rasa sedh pulak, Ramadhan dah kian hampir meninggalkan kita..

  10. Tie
    September 23, 2008 at 9:16 am

    ku tak sempurna- Raya ni balik klate..tahun lepas raya johor..kena la bergilir..cendawanintim-kita dapat hidangan teh o dgn sekut tawar je..maklum laa..kat kpg hubby ramai petani je..Untung la dapat layanan khas..Kat klate menantu baru kena dera lak..disuruh masuk dapur buat apa2 yang patut..dah la tak berapa faham dialek klate, pertama kali disuruh buah milo o…Kak tie biasa buat milo bubuh susu..rasa pelik lak…jumat7- Oh ye ke? Mesti kena budget kalau nak buat majlis tuh..sampai bagi kad lagik..Kat ganu ada juga jual sate di pasar pagi2 ni.. Klate lak nasi impit dgn kuah kacang (tak sama dgn kuah sate johor)

  11. Tie
    September 23, 2008 at 9:18 am

    Akak- ye laa..tinggal beberapa hari lagi. Amalan belum cukup..Harap2 tahun depan dpt jumpa Ramadhan lagi..

  12. Mak Su
    September 23, 2008 at 9:37 am

    maksu kawin ngan org utara, dpt komen sikit2 aje lah ya. makan nasi, mmg kat kg dia tu makanan ruji every time, nasik.maksu rasa tak biasa masa baru2 kawin dulu, tapi sekarang, layanzzz

  13. cHeRyNa PiReS
    September 23, 2008 at 10:48 am

    macam2 adat yg sha belajar dr kak tie arinieh…yg sha tau part nasik ngan lauk tuh jek…sbb housemate sha org pantai timur…waahh..kak tie dpt RM100 ke? gaji sha tka kuar lagi nieh…kak tie taknak sedekah ke?hehehhee…gurau je…

  14. Neeza Shahril
    September 23, 2008 at 11:34 am

    Ma Neeza orang Perak, kahwin dengan Ayah, orang Kelantan. Masa mula2 kahwin, memang kekok. Selalu kena bok bek dengam mertua. Dah lah mertua ada 2 3 (Tok chik neeza ada 3 isteri😉. Sekarang ni Ma neeza dah tahu adat2 kelantan. Bab makan tu memang diberatkan. Walau orang sampai rumah pukul 3 pagi pun, still kena masak nasik. Surprisingly, memang diorang makannnnn… Hari tu sedara hubby datang (kat malaysia), Sampai dalam pukul 2 pagi kot. Neeza kedapur buat air.. Diorang macam terkejut sebab tengah2 pagi buta kan.. Tapi, diorang ingat tau Kak Tie.. membuatkan kita rasa happy.. :)masa baru kawin dulu, balik kelantan, memang neeza buat collection kain batik, towel, kain pasang.. hehee.. hubby pun sama.. kain pelikat la.. neeza suka adat dia.. tapi bab lelaki kelantan suka kawin ramai tu, neeza tak suka..🙂

  15. bozzobattousai
    September 23, 2008 at 12:28 pm

    salam akak,menarik jugak adat kawin org kelate. ayang saya org ganu ntah camanalah adat sana nanti…

  16. Ibnurashidi
    September 23, 2008 at 12:34 pm

    Banyak betul ya adat kahwin..entahlah macammana nanti..huhu

  17. hafizanbukitabal
    September 23, 2008 at 4:43 pm

    saya yang tak kawin lagi ni macamne la nanti…

  18. Tie
    September 23, 2008 at 11:45 pm

    Mak su- org utara pun kaya dgn budaya,kan.Tie ada seorang kawan dari kedah,pernah gi rumahnya.Mak dia susah payah buat kuih utk tie sarapan pagi.cheryni pires- Laa..ambil la RM100 tuh..kak tie malas nak buat announcement kat bloggers ni..takut menyusahkan sbb skrg dah sibuk sikit..jgn malu2..tak de org nampak punya..hi hi..neeza sharil- mertua mak neeza ada 3?? Ooii..boleh pengsan kak tie …kira mak neeza tu penyabar orgnya..Mmg laa…tetamu dtg subuh pun kena tanak nasi..dan memang mereka makan pun..hi hi…Dulu mmg lelaki klate suka kahwin lebih satu,malah mudah sgt cerai dan kahwin lain..Skrg dah kurang kot..Org klate suka gi dok kat kedai kopi..bab ni kak tie tak suka sebab buang masa je..hubby kata saja nak bermesra dgn org2 kg sbb jrg balik..(boleh terima alasan tu)

  19. Tie
    September 23, 2008 at 11:50 pm

    bozzobattousai-adat org ganu hampir sama kot..Nanti boleh la buat koleksi kain pelikat,yek..hi hi..(bila tu??)ibnurashidi-Ada adat yang boleh diterima, tapi ada juga budaya yang seharusnya ditinggalkan..Kena pandai2 la memilih…Ustat- Dah ada calon ke?? Kak tie excited nih. Nanti beritau org mana yek!!

  20. eTomyam
    September 24, 2008 at 3:56 am

    lain padang lain belalang…tapi bukan padang balang kat gombak ye..kekadang perbezaan adat n budaya dilihat dari positif perspektif dan terkadang dalam bentuk negatif…tengok lah kecenderungan kita….balik kpd hati yg ikhlas

  21. aeropama dot com
    September 24, 2008 at 4:21 am

    keluarga saya berasal dari johor. kami memang di ajar bersaraoan dengan makanan yang berat-berat. lagi-lagi bila balik kerumah nenek. tak pernahnya makan kuih. tak nasik, mee atau bihun jd hidangan…

  22. lochoe
    September 24, 2008 at 8:40 am

    haha, selama ni aku pun tak tahu adat2 semua tuh walaupun aku orang trg pure…ttp rasanya family aku dh kurang semua ni..cuma bab bayar lepas makan kenduri itu biasala, RM5 masa salam nak balik..jgn bagi org nampak.. kalau kawan pengantin boleh naik rumah untuk bagi hadiah.. ikan singgang best, terbaik.. heheebagaimanapun, lauk2 di kelantan mmg berbeza.. banyak sgt berbeza, cth ayam golek, nasi dagang, ketupat, kelantan banyak pada manis2… trg pulak mcm jenis rasa berkari dan pedas.. tapi x sepedas orang kedah atau perak.. (hang semua ni mmg jenis makan lada)

  23. Tie
    September 24, 2008 at 9:05 am

    etomyam-Tu laa…banyak juga yang kak tie pelajari..ambil yang baik2 aje la. Yang tak elok kues2 la ke tepi..aeropama dot com- Ooo kira rajin gak buat makanan berat2. Kak tie sebenarnya tak lalu makan pagi2 ni..tapi bila balik kg hubby tiba2 jadi berselera lak makan nasi berlauk utk sarapan..hi hi..lonchoe- adat org ganu lebih kurang aje dgn org klate..betul ke tak tahu..napa la teruk sangat nih..kalau suka ikang singgang bagus laa..masakan paling mudah..takyah tumbuk bawang..hiris semuanya je..Tapi kak tie suka gula ayam kampung ganu..pedas sikit tapi sedap. Gulai klate cepat muak..Selalu bodek hubby suruh beli kat manir tu..memang best..makan dgn roti arab..he he ..lapar lak ni..

  24. Kak Elle
    September 24, 2008 at 12:03 pm

    panjang nya entry kali ni…penat membaca…hehemmg lah budaya kita kan banyak dgn adat2…

  25. Tie
    September 25, 2008 at 12:50 am

    kak elle- saja kasi info sikit…ada lagi tau..tapi kita org johor dan singapore simple2 je,kan..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: