Home > Terkenang > Ayah dan Mak

Ayah dan Mak

September 19, 2008 Leave a comment Go to comments

Hari ini tie ingin buat entry khas buat mak dan ayah yang telah membesarkan tie hingga menjadi seorang yang bertanggung jawab terhadap keluarga, bertimbang rasa terhadap org2 sekeliling(naik lift kejap) dan pandai mengambil hati hubby dan mentua (kira bodek laa tu..hi hi..)

Gambar perkahwinan mereka ini diambil kira2 44 tahun yang lepas… Agak2 tie dilahirkan selepas berapa tahun , yek? Jeng jeng jeng…. Tak boleh bagi tahu…rahsia..hi hi… Kalau sekali pandang macam tie dengan hubby lak.. Mak pun kata gitu…Kelakarnya….

Ini ayah tengah action duduk atas vespa, tak pandai bawak pun, vespa tu abang dia punya…Ayah seorang guru, masa tu menjadi seorang guru adalah sesuatu yang membanggakan…sekarang tak tau laa yek.

Ini la mak tie…tapi tu kek birthday tie…napa laa bagi adik potong lak?? Mak kata ramai nak potong kek tie tu…habis lunyai dibuatnya…tie dah potong dulu…gambarnya hilang laa..Sedih betul…Kek tu dibuat khas oleh arwah mak long tie…Dia baru meninggal dunia beberapa bulan yang lepas…Malah baju birthday tie pun dia buatkan.

Wajah mak macam Chinese kan.. Mak pernah cerita, masa ayah nak ngorat mak, dia selalu belikan mak biskut sultana. Pastu bawak mak gi jalan2 kat Singapore, naik bas. Bila balik, habis kena marah ….he he…Dating jugak mak ni….

Ini kereta pertama ayah. Masa mula2 baru beli , bergilir la ayah angkut adikberadik dan saudara mara dia gi jalan pusing2. Maklum la masa tu kira mewah la bila ada kereta. Adik beradik ayah lak 8 orang. Mak kata kecoh sekali. Tu kat pantai lido, Johor Bahru.

Ini pulak kereta kedua…volvo..nampak bengkak je kan..Tie masih ingat lagi…bunyi dia macam keretapi lak. Ayah selalu bertukar2 kereta. Tu gambar tie. Nampak teruk kan..Entah apa fashion baju tie tu. Dah la pakai spec tebal .

Tie tak ingat nak angkut gambar2 mak dan ayah masa balik kota hari itu. Nyesal pulak. Mak dan ayah memang pasangan yang ideal. Ayah memang tak gemar makan kat luar. Kalau dia pergi mana2 sekali pun mesti makan kat rumah, masakan mak. Mak pulak seorang yang amat penyabar.

Walaupun masa tu mak tak ada elaun macam tie, tie tak pernah dengar rungutan dia. Nak beli kelapa parut harga 30sen pun kena minta ayah. Mungkin itu cara orang dulu, duit semua ayah yang pegang. Tapi mak kini mewah. Setiap bulan anak2 kirim duit walaupun mak tak minta. Mak pula jadi macam orang bergaji, belanja barang dapur dgn duit sendiri.

Ayah pula walaupun telah pencen , tak duduk diam pun. Mungkin dia dah biasa kerja. Lepas subuh terus pergi pasar, lepas tu godek2 PC dia, baca akhbar , godek2 lak barang tukang dia dan macam2lah.. Dia dulu hobinya mengail, bertukang, photography dan berburu. Sibuk2 jadi ahli jawatankuasa masjid, dulu pernah jadi bendahari tapi terpaksa undurkan diri kerana tak tahan dengan kerenah ahli2 lain… Tie tak sangka org sanggup guna duit masjid untuk kepentingan diri sendiri. Takut pulak dengar cerita ayah.

Ayah kelihatan letih masa tie balik kota sebelum puasa ni, rasa sedih lak. Dia selalu gak hantar sms, bertanyakan masakan berbuka, hal cucu2 dia dan bercerita tentang masakan mak. Masa tie balik hari tu, dia bagi beberapa barangnya pada anak lelaki tie. Tie rasa amat terharu. Umurnya 71 tahun. Tie sentiasa harap dan berdoa agar ayah dan mak panjang umur, sentiasa bahagia dan selamat, di dunia dan akhirat.

______________ooooOoooo______________

AWARD DARI CENDAWANINTIM

Masa tie gi jalan2 ke blog cendawanintim..tiba2 dapatlah award untuk blogger paling cun..Hmm ..kembang kempis hidung ni….mula laa berangan naik stage dgn baju blink2 dan kasut tumit tinggi tuh.. Mekasihlah cendawanintim, walaupun tak antar surat notice..kita dengan muka tak malunya gi ambik jugak..

Categories: Terkenang
  1. zareda
    September 19, 2008 at 3:28 am

    oitt gambar tie pun itam putih gak.. tahun bila tu?? macam 60an jer..

  2. cendawanintim
    September 19, 2008 at 4:40 am

    ske kan kalu belek gambo2 lama…very the nostalgik maaaa…!!!

  3. Shais
    September 19, 2008 at 4:41 am

    wedding orang dulu-dulu mesti pakai gaun dan kot.kereta antik volvo tu …menarik.

  4. KAKTINY
    September 19, 2008 at 5:01 am

    nampak sgt gambar nostalgia.. hitam putih.. dan gambar wedding org2 veteran.. sama mcm mak ayah tiny gak.. pakai gaun, berkot berspek hitam bagai.. hihihi… vespa tu kira hebat mantop gilers tuh.. kan kak tie kan.. ayah tiny pun bangger gilers dgn vespa dia.. posing teruna macho tuh.. hihihi

  5. Mak Su
    September 19, 2008 at 6:41 am

    indahnyer kenangan….

  6. Akak
    September 19, 2008 at 8:39 am

    Salam Tie….Tgk gambaribu & ayah Tie teringat pulak kat award emak & abah akak..Tahniah dapat award..

  7. Kak Zue
    September 19, 2008 at 8:57 am

    Tie–> lebih kurang ler sama dgn gambar wedding mak dgn arwah abah zue. Lagipun mmg zaman 60s mmg gitula kan? ehehhehe.

  8. Neeza Shahril
    September 19, 2008 at 12:51 pm

    sedih dan syadu baca tentang mak ayah Kak Tie.. Kak Tie orang Kota Tinggi ye.. kawin orang kelantan.. jauh tu tapi dah jodoh kan :)ayah neeza pun suka ambik gambar.. gambar2 dia yang lama2 banyak sangat.. dengan spek hitam la.. macam2.. nanti la.. kalau neeza rajin, balik raya ni neeza songlap sikit gambar dia hehee..

  9. ~Cinta Milo Ais~
    September 19, 2008 at 2:59 pm

    teringat kat mak dan ayah..ishk sihk ishk..( tak sabar nak balik kg nih hehe)

  10. Jumat7
    September 19, 2008 at 3:09 pm

    Salam buat Tie…. tentu berbahagia coz bukan jer dapat menatap zaman silam dari gambar kenangan tapi juga masih dapat merasai belai tangan ibubapa tersayang. Berbuat baik selagi terpandang…Bila pergi tidak terkilan!!!!

  11. zino
    September 19, 2008 at 4:21 pm

    nostalgia sungguh gambar gambar tu.. terutama yg duduk atas vespa tu.. hehe.. macam cerita p ramlee je.. hehe

  12. atehlaila
    September 19, 2008 at 11:19 pm

    Heh..heh..cam sama gambar dlm album mertua jer..ada gambar naik vespa, ada gambar wolkswagen..sampai skang wolkswagen tu ada lagi, cantik giler…tapi, hubby tak berani bawak,jadi apa2 payah cari spare part..

  13. Cat Cat
    September 20, 2008 at 12:44 am

    Kak Tie,Mak & Ayah Cath pun selalu gak gi Kota Singa berdating… Naik bas gi tengok wayang pulak tu. Balik kena marah kat atok Cath.. hehe.Kereta Beetles tu memang klasik, Kak Tie.. 🙂

  14. hafizanbukitabal
    September 20, 2008 at 5:22 pm

    cantik gambar2 tu.. jaga betul2, sekali tengok macam tengah nonton citer P.Ramli, hehehe

  15. kin hashim
    September 21, 2008 at 10:28 am

    owh…nostalgianya…

  16. Adila
    September 23, 2008 at 4:08 am

    .. mana gambar kawin kak tie pulak?😛

  17. Tie
    September 23, 2008 at 4:31 am

    adila-kak tie malu laa…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: