Home > herba, Makan, tumbuhan > Menu simple

Menu simple

September 17, 2008 Leave a comment Go to comments
Menu hari ini ialah sup tulang ala siam dan ayam paprik (kena cakap thai lak..Mae aii..)

Sup ni sebenarnya senang je. Rebuskan daging atau tulang dulu, sejukkan..kemudian masuk dlm peti ais..(jangan buang air rebusan tu..) Bila nak masak , buanglah lemak beku tu…kurang laa sikit kolesterolnya..hi hi..nak ngelat laa…

Haa..mula2 ketuk 1 atau 2 ulas bawang putih, ketuk juga sedikit halia dan hiris bawang besar..Tumis kesemuanya sampai wangi..boleh lah bubuh kulit kayu manis dan rempah2 sup tu.. Sikit je laa…nanti kalau byk sangat pening lak baunya…

Bila dah brownish sikit bawang tu, masukkan daging atau tulang bersama air rebusan tu..Didihkan, masukkan garam dan tomato (satu kemestian). Kalau nak, boleh bubuh celery gak..Sedap tu.. Bila nak hidang taburkan sikit bawang goreng dan daun ketumbar. Hmmm…..wanginya..Oh ya..lupa lak…perahkan sikit limau nipis..

Ayam paprik ni lagi lah senang… tie suka masak yang senang2 je.. Mula2 goreng ayam yang dipotong kecil2 dulu separuh masak…jangan garing sangat nanti keras lak.. Lepas tu tumis lah bawang putih yang diketuk jugak ( tie suka main ketuk2 ni..), bawang besar yg dipotong dadu dan sedikit paste lada kering (kalau boleh blender sendiri , buat byk2 simpan dlm peti sejuk).

Bila dah ‘naik minyak’ boleh bubuh tomato sauce, sedikit air, sedikit sos tiram. Masukkan ayam tu, hirisan lada, hirisan baby corn, bunga kobis…ikut lah suka..Kacau rata , rasa ikut selera, bubuh garam dan mungkin sedikit gula… Kalau ada anak kecik tu tak payah laa bubuh lada…Masakan siam ni pedas..tak cukup lada kecil ditambah lak serbuk lada sulah…Sampai berasap mulut daa…

_____________oooooOooooo_____________

Jenjalan keliling rumah

Hari tu tie dah buang tebiat..jalan2 keliling rumah dengan camera ni..sambil2 snap apa2 yang ada…Jangan2 jiran tie mengintai tak?? Ooo …lantak laa…dah boring sangat…Memang biasa tie terperap dlm rumah…Mungkin jiran2 rasa pelik , napa laa dia ni tiba2 pusing2 kat luar tu..hi hi…
Haa…yang kat atas tu pokok ulam raja…biasa je..rasa2 ramai yang ada pokok ni…Tapi ulam raja ni bukan tie yang tanam…Budak bertuah tu laa..Isha…Dia bukan main asyik lagi tabur benih nya…jaga pokok takut di mesin oleh tukang mesin rumput!!

Yang ini cekur manis…entah berapa kali tie tuai…tapi tetap tumbuh yang baru…Sedap di masak lemak bersama keledek..Manisnya… Sesuai dengan namanya…

Pokok pandan ni tie tanam untuk wangikan nasi, atau tika buat syrup. Haaii…lupa lak nak buang daun2 kering tu…Ni lah kalau dah asyik berblogging..kebun sekecil ni pun tak terjaga..he he..

Panjang lagi umur pokok lada ni, kan…Sentiasa berbunga dan berbuah walaupun hidupnya di celah simen…Pedas juga lada ni…hubby makan dengan budu je…Tie tak tahan pedasnya..hu hu..

Akhir sekali, kangkung ni tumbuh meliar…bukan tie punya sebenarnya…jiran sebelah (dah lama pindah, so rumah kosong laa…) Tengok laa…sampai berbunga lak. Boleh juga kutip buat goreng belacan lagik, yek…

___________ooooOoooo___________

AWARD DARI KIN

Tie baru saja terima award ni dari Kin….terima kasih…kena cari tempat nak tepek ni…kang merajuk lak kin ni…Macam menang lumba kuda lak…dapat blue ribbon..he he..Thanks again..kin..

  1. cendawanintim
    September 17, 2008 at 4:08 pm

    sedapnyer nampak masakan tuh…kangkung goreng belacan memang sodap kan..

  2. Shais
    September 17, 2008 at 4:42 pm

    salam,berselera betui tengok lauk kaktie hari ni.seronoknya rumah ada laman…

  3. cHeRyNa PiReS
    September 17, 2008 at 6:03 pm

    kak tie…tinggal kuarters guru ek?:Dsha pon suke tangkap gambo pokok2 keliling umah…lagik2 pokok herba macam tuh…best la resepi kak nieh nieh.bile sha cuti nanti boleh try la bukak pose ngan resepi kak tie.tp tak tau la jadi ke tidak macam kak tie punye sbb sha tak pandai masak:D

  4. Suzi
    September 17, 2008 at 9:21 pm

    teringat masakan mak…cekur manis masak lemak letak ubi steler…dan pucuk2 kayu yg lain…

  5. aeropama dot com
    September 18, 2008 at 12:23 am

    terliur ngk gambar2 makanan tu pagi2 ni… alahai… hari masih panjang lg

  6. Cat Cat
    September 18, 2008 at 12:26 am

    Tie,Cili padi tu Orang Perak cakap Cabai Burung… Memang pedas… Mak Cath makan mentah2 gitu aje… dengan mee maggi… Cath pun tak tahan pedasnya… Sampai berangin… Hehehe.

  7. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    September 18, 2008 at 12:30 am

    best arr ape semua ada kat rumah..saya nak amik semua kat rumah mak..penah tanam tapi dah mmg jenis pemalas nak siram ler..harap hujan je hehe..laa ni lepas dah tiles semua tepi rumah..nak kene letak luar lak semua..lagi malas nak siram sbb jauh…akhirnya jadilah hidup segan mati tak mau…serai sempat pakai sekali je tu pun dpt 2 batang..pandan tak dapat langsung pasal kering tapi hubby ada tanam dlm botol air..kat luar..sentiasa ada air je…bolehlah..ehehe..

  8. Adila
    September 18, 2008 at 12:30 am

    sedap nye!!!alamak~ skrg baru pukul 8pagilambat lagi nak berbuka~mcm mana ni? hikhiktringin la plak tgk ayam paprik tu..makan dgn nasik goreng sedap ni!kangkung tu banyak nye!ye ye kangkung goreng blacan😀

  9. Sya Annur
    September 18, 2008 at 12:33 am

    sya cecita tinggi nak tnm lada, pndan n sebagainya kat blakang rmh, tp tgn pns{nih alasan nih. hehe…

  10. Tie
    September 18, 2008 at 1:28 am

    Cendawanintim-Amboi..paginya dah start blogging ni?? Tak tido ke..kah kah…Kangkung belakang rumah tu memang nak kena..tgk la nanti..hi hi..Shais- ni lagi sorang, pagi2 dah dok dpt skrin ni..bersemangat nampaknya…Ni laman rumah quarters, tanahnya keras sket. Malas gak nak menanam…terlalu luas..buat kebun kecik je..he he..cheryna pires- bukan quarters guru,daa…Rahsia..he he..Masak mudah2 je..kena rajin dok dapor..lama2 mahir laa..Kak tie mmg sejak kecik jadi penunggu dapor..tukang rasa dulu, baru jadi tukang masak..hi hi..Suzi- sayur apa pun kalau masak lemak bubuh ubi stelor mmg ngam, makan dgn sambal belacan..siap tambah nasi lagik..hi hi..aeropama- pagi lagi ni…jamu mata dulu, yek!!cat cat- wah!! ganas betul mak cat tu…garang tak?? biasa org kuat makan pedas, garang orgnya..he he..Dapat bayangkan cat kena heret telinga bila buat salah..hi hi..

  11. mama ranggie
    September 18, 2008 at 1:34 am

    mama suka betul sup tu..terliur ayaq liur dibueknyo…

  12. Tie
    September 18, 2008 at 1:34 am

    nrina- Tie pun malas juga ni..rajin menanam tapi malas nak jaga..Dah penuh naik rumput ni..,Tak tau bila nak start operasi bersih kebun..Tanam dlm botol air?? Jaga2 takut kena tangkap dengan jabatan kesihatan sebab bela nyamuk sekali..hi hi..adila-duduk m’sia lagi ke?? Bila nak ke London (betul ke)..Kalau dok sini lagi, haa..jamu laa..kangkung dan paprik tu cukup2..kat sana mana nak cari, ooi…sya annur- Ni tie bagi petua…sebelum start menanam, rendam dulu tangan tu dalam air sejuk..kalau ada ais lagi bagus..cuba laa..mana tahu menjadi..hi hi..

  13. Tie
    September 18, 2008 at 1:36 am

    mama ranggie- ni sup special…rasa nak hirup lagi lak..hi hi..

  14. Intan Rosnitta
    September 18, 2008 at 1:38 am

    Sup tu mmg mengancam la Kak Tie!!!Boleh try ni..hihi😀

  15. Tie
    September 18, 2008 at 1:45 am

    intan rosnitta- Ia nampak mengamcam sebab pakai ‘makeup’ sikit. Kalau togel je tentu tak berselera.. Hiasan tu penting..macam kita juga, kan..kan…

  16. kin hashim
    September 18, 2008 at 2:33 am

    kak tie..masak simple apa nya… beria la tu…!bes kan nengok hasil tanaman sendiri…🙂.

  17. Zareda Norman
    September 18, 2008 at 3:09 am

    tengok sup tulang tu besnyer.. ada idea ni nak masak sup tulang jugaklah wiken ni..

  18. kamar hati
    September 18, 2008 at 5:36 am

    uiksss…sedapnya….nak sikit bleh????kat sebelah utara, kitorg panggil pokok cekur manis tu…pokok asin-asin @ pokok pucuk manis….mmg sedap masak ngan ubi keledek…takpun letak dlm bubur nasi(moi) baby….

  19. ahmoi
    September 18, 2008 at 6:48 am

    salam akak..wah..menu yg menyelerakan jerrr..hahahah…akak..rajin nanam pokok gak ek..sure jiran dok heran per lah kak tie ni buat.hehe

  20. Mak Su
    September 18, 2008 at 7:01 am

    maksu suka sup tulang…. wah, rajin ek, berbakti kepada tanah

  21. Tie
    September 18, 2008 at 7:47 am

    Kin hashim- Masak sambil nyanyi..kira simple la tuh..hi hi..zareda norman- sup tu memang senang je..masakan org malas..he he..kamar- napa pulak jadi pokok asin-asin…tak masin lak..he he..jangan marah..nanti kena jual..ahmoi- akak memang perasan..org intai akak terbongkok2 kat luar tuh..biar kan laa…bila lagi nak jadi glamour ni..mak su- kita pun sama…senang dimasak senang dimakan….

  22. debikdebuk
    September 18, 2008 at 8:59 am

    ..ko ni kejam la letak gambo lauk pauk.. Apa? Ko ingat aku slrupp..slrupp terliur sangat… ala.. setakat slruppp..slrup.. gambar macam tu, puasa aku slrupp..slrupp.. tak ternoda slrupp.. pun..

  23. Tie
    September 18, 2008 at 9:16 am

    debikdebuk- sabor2..lagi 2 jam je..hi hi..eh..bunyi apa tu?? slrupp..slrupp..

  24. Akak
    September 18, 2008 at 9:24 am

    Salam Tie…Luas & lapang kawasan rumah Tie, bestnya, kangkung, pucuk manis, cili padi semua segar bugar, senang kan bila nak masak petik jerr..

  25. Kirana
    September 18, 2008 at 9:27 am

    emmm.. sodapnya.. terliur pulak..Kak Tie, Nak cikit!

  26. Neeza Shahril
    September 18, 2008 at 10:11 am

    heheh.. dapat idea nak masak apa.. baru tadi cakap dengan abang.. apa nak makan hari ni.. buntu sungguh.. tulang ada tu.. nak buat tyle kak Tie lah hehee..ayam tu nampak menarik juga.. boleh tiru jugeeeee.. hehee.. okay, nak gi keluarkan ayam ngan tulang jap.. :)oh ya.. sedapnya ulan raja tu.. sedap juga cekur manis.. balik nanti nak mintak mak mertua masak cekur manis la.. dia pandai masak.. dan neeza memang suka ulam2 ni.. pucuk betik pun neeza makan tau kak Tie🙂

  27. Al-BIMA SAKTI
    September 18, 2008 at 6:29 pm

    macam-macam ada yer…?

  28. Musliyana and family
    September 18, 2008 at 9:30 pm

    wah…bestntye…bnyk pokok2 ulam…and sayur2..senang nk masak kan nnt

  29. March 12, 2014 at 1:51 am

    This excellent website truly has all of the information I
    wanted concerning this subject and didn’t know who to ask.

  30. March 12, 2014 at 2:32 pm

    Wonderful article! This is the kind of info that are supposed to be
    shared around the net. Shame on Google for now not positioning this post upper!
    Come on over and consult with my website .
    Thanks =)

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: