Home > Terkenang > Kisah Pencuri Periuk

Kisah Pencuri Periuk

September 13, 2008 Leave a comment Go to comments

Masa kecil, tie amat rapat dengan adik tie ni, ateh…Sebenarnya arwah tok bah panggil dia atan,gelaran manja, tapi tie ni pelat, lalu lekat laa nama ateh sampai sekarang.

Oleh kerana jarak usia yang dekat, tie lahir okt 1st, ateh lahir Dec 17th tahun berikutnya…jadi kami tubuhkan Geng Senyap Sunyi..hi hi…Kami ni tak lah bising macam anak2 tie sekarang, cakap dekat2 pun pekik macam jauh sebatu…Mak kata kami ni tak pernah bergaduh. Main baik2 je…ke hulu dan ke hilir bersama…masa tu dok kat Masai , Johor..(Lepas tu baru pindah ke rumah tok bah)… Ayah lak mengajar kat sekolah Tamil di sana…pandai laa dia cakap tamil sikit2..he he..

Masa dok Masai, Johor, tie baru berumur 2 tahun lebih, ateh pula baru pandai berjalan…Oleh kerana tinggal di rumah teres, dapor pun sebelah menyebelah(rumah tak berpagar)…kami pun seronok main kat belakang sama2.

Satu hari, tie tak ingat sebenarnya…mak yang cerita….kami berdua jalan2 ke dapor sebelah sambil berpimpin tangan..he he.. (adik baru pandai berjalan, kena jaga takut rebah) Kami ternampak periuk berisi beras,tuannya nak masak nasi laa kot…Periuk tu molek sangat ada telinga jadi tie berpakat nak bawa balik bagi kat mak…punyalah baik..hi hi..

(minat sgt kat periuk tu, ada 2,3 biji kat dapor ni, he he)

So, tie suruh adik pegang sebelah telinganya, tie pun pegang sebelah…Berjalanlah kami dua beradik sambil bawa habuan pulang..hi hi..Mak punyalah terkejut…terus terpekik!..Kami pun terkejut jugak! Cepat2 mak rampas periuk tu (cian kami ) dan pulangkan ke jiran sebelahnya..

Dalam masa yang sama jiran mak tu dah terpinga2 mencari periuk nasinya yang hilang…Kesian juga kat dia…Ye lah..masa tu zaman susah…bukan senang nak beli periuk sebiji walaupun harga murah.

Gambar di atas masa kat pantai Lido, Johor Bahru…Masa tu pantainya bersih, boleh mandi lagi. Ayah selalu bawa kami picnic kat situ, mak masak nasi lemak dan kami pun mandi, dan makan bersama2..Gembira betul masa tu.

Sekarang ni tak boleh mandi kat situ lagi kecuali kalau nak dapat penyakit..hu hu..Air dah kotor..segala sisa dihumbankan ke situ oleh pihak jiran dan tuan rumah juga.. Dulu ayah rajin juga mengail kat situ..Ada macam2 ikan..Sekarang ni hanya ada sampah kot..sayang sungguh kan..

***************************************************

TAG DARI DIYANA DAN SITI KHUZAIMAH

Tag ni tie baru terima dari Diyana….terima kasih laa yek…Walaupun kak tie sudah terima dari bloggers lain, yang penting ingatan dari Diyana terhadap kak tie ni…terharu sangat2. Terima kasih sekali lagi…

Tie juga baru terima tag ni jauh dari Siti Khuzaimah…terima kasih daun keladi..kalau ada apa2 lagi jangan segan2 bagi lagi..hi hi…memang muka tak malu..

__________________ooooOoooo__________________

AWARD DARI NRINA

Award ni tie terima dari nrina….terima kasih banyak2…sebenarnya rasa malu lak sebab tak pernah bagi nrina apa2 sebelum ini…(tau lak rasa malu..hi hi..) Ni tengah senyum sampai ke telinga laa…he he…Memang patut pun dpt award ni…untuk muka yang asyik tersengih ni..he he..mekasih laa nrina!!!

Categories: Terkenang Tags: , ,
  1. Suzi
    September 13, 2008 at 4:03 am

    Salam kak tie,kak tie ni kira kakak yg baik kot…rajin dan pandai jaga adik. kes curi periuk tu kelakar juga…mesti muka kak tie mcm muka tak bersalah je masa mak kak tie terkejut tu…hehehehep/s: kat sini rempah ratus dan brg mkn…bhn organik ni susah nak lepas.

  2. kin hashim
    September 13, 2008 at 4:16 am

    klaka la cite ni kak tie…hehhehe… bagus yek..ada niat yg baik…cuma tak tau menilai je masa tuh… hehhee..

  3. Tirana
    September 13, 2008 at 7:12 am

    Hehehe..curi periuk..rumah dekat2 macam tu la jadinya.. Kecik-kecik..mana tau ape kan?

  4. ku tak sempurna
    September 13, 2008 at 7:35 am

    skrng curi periuk katne???ihihihihi

  5. Tie
    September 13, 2008 at 8:27 am

    suzi-mmg kakak yang baik,hi hi..ajar adik buat kerja tak senonoh…Tu la..tapi kalau betul2 nak ada dlm internet tentang benih2 tu..tapi mahal kot..tak berbaloi lak..kin hashim- Entah..tak sangka kak tie sanggup rembat periuk org..he he..tirana-masa kecik ingat semuanya senang …mana tau fikir kan..ku tak sempurna- skrg dah tobat tak curi periuk lagi…curi resepi ada laa…hi hi…tapi bukan utk keuntungan..utk sendiri makan..he he..

  6. Neeza Shahril
    September 13, 2008 at 9:02 am

    wah kak Tie.. siap curi periuk tu.. hehee.. tapi kelakar kan..neeza pun ingat lagi masa kecik2.. jumpa pokok bayam kat tadika. Terus cabut bawak balik rumah. SEbenarnya tak lah pasti bayam ke tidak.. tapi punyalah excited nak suruh arwah nenek neeza masak hehee..

  7. cemut
    September 13, 2008 at 9:24 am

    ala kiut miut nye time kecik..mcm anak cina pun ade.hahaha lawak la cite pencurik periuk tu..so sampai ke besar la ske kat periuk bertelinga tu ek :))

  8. Zareda Norman
    September 13, 2008 at 5:02 pm

    salammohon untuk link..yerlah nampaknya kita boleh join group masak campak campak.. hehhehe. Kangkong belacan tu pun feberet zar

  9. Tie
    September 13, 2008 at 11:23 pm

    neeza sharil- Haa..masa tu niat nak berbuat baik , konon..hi hi..cemut- mmg mcm cina..sampaikan kat sekolah pun org cakap cina dgn kak tie..he he..zareda norman- thanks for dropping by…kak tie pun dah add link..msk campak2 mmg sedap!!

  10. Cat Cat
    September 14, 2008 at 12:07 am

    Tie,Sekarang ni rapat lagi ke dengan adik Tie..??? Memasing dah berumahtangga, tentu busy kan..?? Cute gambar Tie masa kekecik.. Hehe.

  11. Tie
    September 14, 2008 at 12:41 am

    cat cat- Dia kerja kat oversea skrg..baru je pergi, sebelum ni di KL. Lama tak berjumpa..biasa hari raya baru boleh jumpa..nampaknya raya ni dia tak balik m’sia.Biasa tie contact melalui email je..Sedih gak..

  12. Laracroft74
    September 14, 2008 at 9:06 am

    comelnya Tie masa kecik….macam nak cubit jer pipi…kat Pantai Lido tu sekarang mmg kotor sangatkan..tempat tu sekarang panggil Danga Bay kan…lama dah i tak jalan JB.. sampai Kluang je balik umah parents..

  13. U.Lee
    September 14, 2008 at 1:09 pm

    Hello Tie, love the pics…so cute. That boy looks tough too, ha ha. I like the way he poses second pic.You have a great week, Lee.

  14. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    September 14, 2008 at 2:23 pm

    hehehe…yg g amik piuk jiran tu pasal ape hehehe..dah name pun budak2 masa tu kan…

  15. Al-BIMA SAKTI
    September 14, 2008 at 4:07 pm

    mujur awak berdua yg culik periuk tu. tak ke risau kalu awak berdua yg kena culik dek hantu periuk lak..?

  16. Shais
    September 14, 2008 at 11:27 pm

    salam KakTie,comel betui dua beradik ni.Kaktie pakai bow ribbon, adik pakai necktie…suka sgt tengok baju kanak-kanak dulu-dulu:)

  17. Tie
    September 15, 2008 at 2:20 am

    laracrof74- Kak tie pun dah lama tak ke sana..hubby mls nak bawa sebab traffic jam, selalu pusing2 kat kota dan gi jusco,giant atau carefour..hu hu..ingin gak nak tgk tmpt lama…u.lee-adik jenis tak byk cakap tapi bijak..dia tu straight As student,semua adik2 gitu..tie sorang straight Cs..hu hu..nrina- kecik2 mmg suka bawa balik benda2 utk mak…tak kira sapa yang punya..he he…al-bima sakti- hantu periuk?? Oooo …takutnya..tapi ayah pernah cerita hantu tet…(cencored laa..)shais- mmg baju dulu2 comel..skrg ni baju huru hara ada laa…warna pun lebam je…tak padan dengan harga..

  18. lee lin
    September 15, 2008 at 2:32 am

    hahaha cerita kelakor! pencurik periuk rupanya…

  19. Intan Rosnitta
    September 15, 2008 at 3:59 am

    Cutenya Kak Tie masa kecik2 dulu. Citer curi periuk tu pun cute.Hehe😀

  20. Tie
    September 15, 2008 at 4:22 am

    lee lin- janganlah ketawa…kita cuma curi periuk je…dah pulang pon..(jenuh kena marah dgn mak, hu hu..)Intan rosnitta- Cutenya masa kecik je..skrg dah tak cute lagi..hu hu..

  21. Mak Su
    September 15, 2008 at 9:16 am

    camner plaks boleh tetiba boleh gi amik belanga orang ek?

  22. Adila
    September 15, 2008 at 1:04 pm

    lawak la!! hikhikkalau curi dengan niat baik, kira curi gak ke? hehehecomel la kak tie dengan adik kak tie tusepet je😛

  23. Tie
    September 15, 2008 at 11:46 pm

    mak su-tie pun tak tahu camna , yek..mak yg cerita..mak malu gak sebab anak cikgu curi periuk!!adila-ye laa..kami teruk kena leter tau…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: