Home > Tingtong > Suara Hati

Suara Hati

September 10, 2008 Leave a comment Go to comments

Sebenarnya sudah lama tie ingin perkatakan soal ini tapi selalu tak kesampaian..Tak apa lah..kali ini tie ingin memberanikan diri…Kata2 ini mungkin akan membuat beberapa bloggers yang begitu mesra dengan tie akan tersinggung tapi bukan sekali2 niat tie ini….


Tie tidak suka membicarakan soal politik, malah tie benci melihat dan mendengar keadaan Malaysia sekarang. Rasa sedih, marah dan kecewa….Memang ramai juga antara kita merasai begitu…Dalam pada itu timbul perasaan inginkan perubahan, dan ianya seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang positif.


Sifat kita orang Melayu yang begitu beradab, tidak buruk sangka dan itulah tuntutan agama selalunya punca kita merasa kecewa, ini bukan nak salahkan agama pula…tetapi kita kurang berhati2 dalam menilai seseorang … Sedangkan adikberadik kita pun tidak kita ketahui apa isi hatinya inikan pula orang yang kita cuma dengar nama atau jumpa sekali sekala….


Maksud tie, kiranya kita percayakan seseorang tak kiralah Anwar, Najib, Saiful , Mahathir , Nik Aziz, atau sesiapa pun tapi tentu tak de siapa percayakan Pak Lah lagi (ini mengumpat ke?)…., janganlah kita keterlaluan…tuhan bagi kita akal dan hati…gunakan kedua2nya sebaik mungkin dan serahkan kepada tuhan supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat, bukan untuk diri kita tetapi masa depan anak2 kita.


Tie paling benci slogan ‘Hidup………..’ Siapalah kita untuk memanjangkan nyawa orang? Dan tie paling tidak suka orang2 yang memuji dan mengagung2kan seseorang melebih2, kerana hanya yang Satu layak terimanya….Jika ditanya siapakah pilihan tie…, Tie tak tahu…tie belum ‘merujuk’ kepada Nya.


Kenapa tie tiba2 persoalkan hal ini? Kerana tie tidak mahu orang2 kita merasa kecewa lagi…Tie pernah merasa kecewa dengan seseorang…Dia pernah bersekolah bersama hubby, makan, minum, study di ITM sama2, tidur satu bilik di asrama, bertandang ke rumah, isteri dan anak2 pun kami kenal, malah pernah tolong kami lagi…


Tapi setelah berpuluh tahun bersahabat, sanggup dia menipu kami, melarikan wang kami, meninggalkan rumah kami yang dia beriya2 hendak buatkan , terbengkalai begitu saja…Segala kepercayaan kami terhadapnya hilang sekelip mata…Selepas itu barulah kami sedar…selama ini kami berkawan baik dengan seorang penipu…ramai orang termasuk yang lebih susah dari kami ditipunya…Dan dengar cerita dia masih menjalankan ‘kerjanya’ itu tanpa belas…Malah tie selalu berdoa agar hubby tidak terserempak dgnnya , takut kiranya berlaku perkara yang tidak diingini…


Pengalaman tie ini mungkin tidak seberapa…cuma tie harap kita semua jangan mudah percaya dan taksub pada sesiapa pun kecuali yang sepatutnya yakni Allah.. Kalau kita yakin pada seseorang dan ia mungkin dapat jadi pemimpin yang baik, alangkah baiknya, itu yang di harapkan..tapi janganlah terlalu menyanjunginya kerana kita masih tidak tahu isi hatinya…Hati2lah sebelum kita kecewa sekali lagi…kerana tie tak mahu lari dari mulut buaya tetapi termasuk pula ke dalam mulut harimau…hu hu…


Tie rasa lega kerana dapat menyuarakan isi hati ini…Harap2 bloggers yang dihormati tidak berkecil hati atau menyampah dengan tie..hu hu…Tie pernah komen kat ‘tranung kite’ pasal demo, tapi kena kutuk habis2an…cian tie…bukan apa , tie takut terjadi huru hara…

Tie takut kalau orang benci kat tie…tie tahu tie tak yakin, lemah dan tentu sekali penakut…. tapi selagi yang terbuku di hati ini tidak terurai, rasa sebak sangat2…So, lepas ni kalau sesiapa tak nak kawan dgn tie, tak pe lah , tie dah tekad untuk terimanya..tapi janganlah kutuk tie, yek…nanti tie sedih tak lalu makan…hobi tie kan makan…hu hu….Maaf ye…

**********************************************************

KOPI UNTUK ADILA

Adila…kak tie nak tunaikan janji ni…ambil laa ye kopi ni… buat kopi O je…. Posa tak? Kalau posa kena tunggu waktu berbuka… he he…

Categories: Tingtong
  1. Suzi
    September 10, 2008 at 2:58 am

    salam kak tie…bila dah meluahkan yg terbuku mesti rasa lega kan?…takpe juga tak lalu mkn…blh diet hehehe…

  2. Nek Cun
    September 10, 2008 at 3:14 am

    Salam tie… nekcun rasa bukan tie seorang yang dihambat rasa khuatir itu sekarang ini… malah ramai lagi yang juga masih tertunggu-tunggu akan kesudahan phenomena yang sedang melanda sekarang! Apa yang perlu kita rakyat ‘marhain’ lakukan sekarang adalah mengukuhkan ukhwah antara kita agar kita tidak kecundang walau di mana kita berada kelak… wallahualam.

  3. Tie
    September 10, 2008 at 3:31 am

    Suzi- memang lega…dan memang kena diet..baju dah ketat..hu hu..nekcun- bukan tie sorang ke? jadi tie tak sedirian lah yek..haa senang rasanya…

  4. Adila
    September 10, 2008 at 3:33 am

    … benda jahat yg org buat skali semua org nampakbenda baik yg dia buat org buat tak tau jenak bwat camne..dah memang manusia macam tu.. hikhikp/s : kak tie!! sy dah siapkan jigsaw puzzle sy tu. nak kopi secawan!! kasi kaw2 tau! hehehehehe

  5. ku tak sempurna
    September 10, 2008 at 3:43 am

    rambut je sama hitam, tp hati lain2… jgn mudah percayakan org

  6. Tie
    September 10, 2008 at 3:49 am

    Adila- nak kopi kena mai rumah..akak buat setekoh ni..hihi..Ku tak sempurna- Dah tak percaya kat orang lagi..hu hu..

  7. Adila
    September 10, 2008 at 4:26 am

    hehehehe lawak la kak tie nitgh posa ni..takpe.. kopi o sejuk pun sodap! hehehehe

  8. kin hashim
    September 10, 2008 at 4:30 am

    kak tie, sbb tu lah org kata…bila kita percaya kat seseorg, mesti nka kena reservekan sket utk rasa kesangsian, at least 1%…supaya kita tidak teramat kecewa andainya berlaku perkara di luar dugaan…

  9. Tirana
    September 10, 2008 at 4:32 am

    Don’t judge the book by the cover.. Kadang-kadang manusia ni pandai menyamar sedangkan hati di dalam kita tak tahu samada dia ikhlas atau pun tidak..

  10. Tie
    September 10, 2008 at 5:19 am

    adila- Eh..kak tie betul ni..ambik kopi tu..susah2 kak tie buatkan khas tau..kin hashim- oh ye ke? kalau gitu nak kena reserve 10%, 1% sikit sangat..hi hi..tirana- tu laa…ramai sangat orang undercover skrg ni…

  11. Mak Su
    September 10, 2008 at 6:52 am

    biarkan dia lari, sampai mana dia nak lari? bumi ni bulat…. jawapan pasti akan diminta tak kisah bila

  12. mamaranggie
    September 10, 2008 at 7:27 am

    mama sokong kak tie…

  13. Tie
    September 10, 2008 at 8:13 am

    mak su-tie dah malas nak fikir tentang dia..serahkan pada yg berkuasa.mamaranggie- terima kasih mama, tie hargainya…

  14. Neeza Shahril
    September 10, 2008 at 1:03 pm

    walaupun neeza ada tak puas hati dengan beberapa pihak, rasanya belum fanatik lah lagi kot..macam Kak Tie kata, jangan taksub sangat, nanti kecewa. Neeza setuju sangat tu. Kita mesti ada doubt walaupun sedikit kat sesapa yang kita suka tu..Don’t worry Kak Tie.. rasanya neeza dan lain-lain hormat pendirian Kak Tie tu.. tak hilang kawan nyeee.. hehee.. senyum cikit😉

  15. hafizanbukitabal
    September 10, 2008 at 2:23 pm

    Rasullulah pernah berpesan, andai kita sayangkan makhluk, tinggalkan sedikit kebencian padanya.renung – renungkan…

  16. zino
    September 10, 2008 at 4:26 pm

    zino pun malas nak ulas pasal benda2 ni.. so no komen.. selamat berpuasa.. hehe

  17. Shais
    September 10, 2008 at 5:36 pm

    salam Kaktie,kawan kak tie tu di dunia boleh la dia lari akhirat kelak tak terjawab nanti…terbuka la hatinya utk bertaubat.

  18. Don
    September 10, 2008 at 9:57 pm

    hinak kawan jugak. hehehepolitik, saya masih prefer jadi pemerhati.kene tipu? dengan kawan baik? pernah kene, tapi life goes on lah. tak perlu biarkan dia mengubah siapa kita.

  19. Intan Rosnitta
    September 11, 2008 at 1:33 am

    Salam K.Tie,Jgn la macam tu K.Tie… sedih je Intan baca. Politik skrg mmg memualkan, Intan cuma doakan dpt pemimpin yg jaga kebajikan rakyat & berteraskan Islam utk masa skrg & akan dtg. Tak kira siapa & parti mana… huhu.K.Tie jgn nak sedih2 tau, meh kita cerita pasal menu buka posa ke, pasal shopping baju raya ke… baru best sikit.Moga K. Tie ceria sentiasa.Take care!😀

  20. Tie
    September 11, 2008 at 3:07 am

    Neeza- suka sgt baca komen neeza..tak hilang kawan yek..ni tgh senyum lebar..sampai ke telinga..alhamdulillah..:)Ustat- Oh, ye ke? tak tahu lak gitu..oklah..tie ikut tu..zino- selamat berpuasa..dah beli baju raya ke?don- hi..he he dpt kawan baru lagi..seronoknya…nanti tie dtg singgah blog don, yek..intan- k tie tak sedih lagi..tgh senyum kambing ni..Oooo kuih raya hubby dah belikan sikit2, nanti nak cari kerepek2 lak..Eh..baju raya pun dah siap..Ni nak raya sakan laa..nak raya kat rumah baru kat kelate..Dtglah first day kak tie buat open house..Nanti kak tie buat announcement!!

  21. yushida03
    September 11, 2008 at 8:55 am

    salam.Allah itu Maha Adil.Selamat berpuasa🙂

  22. Al-BIMA SAKTI
    September 11, 2008 at 6:46 pm

    jgn kata orang jauh, yg dekat dgn kita pun sukar nak percaya. yg penting selalu hati-hati. jangan mudah ‘masuk’ dalam perut orang…

  23. Kak Zue
    September 12, 2008 at 12:15 am

    zue setuju dengan pendapat Tie. mak dgn zue kdg2 dah malas nak dengar berita2 yg sensasi ni. Tie tidak berseorangan dalam hal ini..Kita serupa ..hehehe.

  24. Tie
    September 12, 2008 at 12:15 am

    Yushida03- Thanks…harap dia sedar dan PULANGKAN BALIK DUIT KAMI!!! HU HU…al-bima sakti- Dah serik dah…

  25. Tie
    September 12, 2008 at 2:07 am

    zue- sama2 komplot dengan mak, ye..hi hi..kita serupa..he he.

  26. ahmoi
    September 12, 2008 at 3:31 am

    salam akak..moi pun tak suka gak klu ada yang terlalu fanatik ngan politik nih..sokong tu sokong lah gak..tapi biarlah bertempat cikit…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: