Home > Hobi, Tag dan award > Hobi, Tag dan Award

Hobi, Tag dan Award

September 9, 2008 Leave a comment Go to comments

Hubby tie mempunyai kegemaran yang aneh, suka kumpul barang lama….mungkin ramai yang mempunyai hobi sebegini… kat bawah ni ialah kipas antik…rasa2 masih lagi ada banyak di kedai barangan antik…Kipas ni masih lagi berfungsi tapi tie tak berani guna sebab tengok ajelah jaringnya…silap2 kemalangan nanti..ooo takutnya…


Lampu gasoline biru tu dia ambil dari rumah mek… masih lagi boleh diguna rasanya, lampu di sebelah tu dah modenlah…dari Thailand , pemberian seorang teman.

Haa…tahu tak benda kat bawah ni? Inilah Igu . Tak tahu lah orang dari negeri lain panggil apa. Ia diletak atas tengkuk lembu diguna untuk membajak atau mengangkut barang. Igu ni kepunyaan arwah ayah hubby.


Periuk tembaga ini kepunyaan mek, berat juga… macam mana agaknya mereka memasak, ye..kalau jatuh terhempap kaki tentu seminggu cuti umum.. hi hi…

Yang ini pula gasing …. tie memang tak tau nak main…berat juga… simpan ajelah…


Kat bawah ni senjata2 kecil yang dah lama hubby simpan…Yang macam cangkuk tu kerambit, yang lain tu badik, macam keris tapi bukan tau…


Yang ini pula namanya Gobek . Ia digunakan untuk melumatkan gambir, pinang dan daun sireh untuk peminat2 sireh. Hubby beli ni kat ganu. Ia pun diperbuat dari tembaga..

Haa….yang di bawah ni tie punya… Kawan hubby dari Pulau Redang selalu kirim kat tie…
Ada banyak lagi, sampai bertenggek atas almari…tie pun ada bagi satu dua kat kawan . Nama2 nya tie tak cari lagi…nanti kalau ada masa tie nak labelkan koleksi kulit siput ini…he he..


Dan akhir sekali ..di bawah ni batu giling mak…Tie sempat snap masa balik hari tu… tak larat nak angkat ke atas tikar…gambar tak berapa jelas sebab sama warna dengan simen..
Dulu mak selalu guna utk melumatkan bawang, kacang, lada, atau rempah2. Rempah kari pun mak buat sendiri dengan batu giling ni…Kalau dah tumpul, ada seorang india (namanya Wa Te Tek!) akan asahkan nya dengan memakukan pada permukaan batu tu dengan paku puaka.. he he.. Dia akan berjalan dari rumah ke rumah dengan memekik ‘wa te tek!!’ Tie cukup takut dengannya…

Sekarang ni mak guna blender….dah canggih kan…so batu giling tu terperuklah kat tepi dinding..cian ia..

Begitulah cerita klasik tie…

*****************************************************
TAG DARI LIYANA

3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH

Tie seorang yang pendiam..tak aktif pun, kalau cikgu tanya soalan tak pernah volunteer nak jawab, sampai cikgu panggil baru terketar2 bangun…penakut sangat..
3 FAVOURITE SUBJEK ANDA… KENAPA?

Sains, terutama biology, mudah faham sebab nampak jelas..

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA… KENAPA

BM, Eng dan sejarah buat tie mengantuk. Chemistry, physics dan maths pulak susah nak faham.., PE , tie tak suka sebab tak minat sukan dan berpeluh, Seni pulak sebab tak pandai lukis…hu hu… Zaman sekolah kak tie memang menyedihkan…

MENARIK PADA KAMU

Sukakan keindahan alam, taman2 bunga , haiwan2 yang cantik seperti burung merak dll..

KAMU PALING SUKA…?

Makan, berkebun, shopping, surfing the internet…

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA

Hubby, anak2 dan PC semput ni..he he…

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI

Tak de siapa pun, pastikan anak2 selesai homework, baju2 siap digosok, lampu dan pintu ditutup dan dikunci…
So…liyana bolehlah senyum ye…hutang dah bayar..he he…

******************************************
Award dari Kin

Terima kasih Kin….kerana sudi bagi award ni pada kak tie….he he….macam glamour gitu… Kak tie ni asyik terima je…bila lak nak memberi ye…sebenarnya malas nak buat link banyak2…Nantilah bila datang angin rajin Kak tie akan buat kenduri award habis2an…he he..terima kasih sekali lagi Kin….
  1. Adila
    September 8, 2008 at 5:57 am

    byk nye barang antik!!!kipas tu sangat cantik!kak tie letak kat mana koleksi2 ni kat umah?

  2. Tie
    September 8, 2008 at 7:33 am

    adila- ada kat rumah di kpg…dah macam muzium laa…

  3. -ctz-
    September 8, 2008 at 8:21 am

    salam kak tie :)nice blog.. luv to read.Salam Ramadhan AlMubarak.

  4. Intan Rosnitta
    September 8, 2008 at 8:37 am

    Salam kak tie,Akhirnya dapat jugak komen setelah beberapa kali masuk sini..fuhhh.Terkenang dekat arwah moyang intan bila tgk gobek sireh tu. Masa kecik2 dulu selalu tolong dia gobek sireh. Mulut dia sentiasa merah penangan mkn sireh & muka selalu berbedak sejuk yg tipis…Rindu la pulak… Huhu

  5. Tie
    September 8, 2008 at 9:07 am

    ctz-salam …selamat datang…nanti kak tie jengah blog ctz pulak…Intan-kak tie kenal gobek tu lepas kahwin dgn hubby..dia bawak jumpa tok dia..kak tie lak buat main gobek tu..macam budak kecik lak..he he.., Intan ada gambar arwahnya tak..kalau ada boleh lepas rindu…

  6. hafizanbukitabal
    September 8, 2008 at 11:07 am

    wow!!! banyaknya barang antik.. saya pun suka barang2 macam ni..jam dinding antik ada? yang guna pakai pulas tu?

  7. zino
    September 8, 2008 at 4:42 pm

    boleh buat muzium kat rumah ni.. nanti boleh buka utk publik.. sekali masuk caj 10 sen hehe

  8. U.Lee
    September 8, 2008 at 7:32 pm

    Hi Tie, saya suka tu fan lama, ha ha. Tentu ada bunyi macham kereta api KTM masuk station bila pakai? Ha ha.Wa…saya suka kerambit and badik dia. Chantek kerambik tu.Dulu saya ada simpan Keris dari Kedah, Trengganu, and Malacca, as well, ha ha, the knuckle duster.But the keris saya gantong for show only.Oh ya, I had two Gurkha kukri too.I only carry the Gurkha kukri bila pergi fishing, camping dalam hutan.But, sebelum datang sini, semua saya present kawan. You have a nice day, Lee.

  9. PuteriSatu
    September 9, 2008 at 12:18 am

    salam kenal….tinggi valuenya bebarang lama nih…

  10. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    September 9, 2008 at 1:16 am

    uih dasyat gak simpan barang lama tu…kat rumah mak saya pun ada tapi nak cari tu hmm payah mau cerita..senang cerita benda tu semua dah jadi hak milik tikus kot hehe..

  11. Tie
    September 9, 2008 at 1:16 am

    ustat-jam dinding ada,kunci pulas dah tak de..kak tie tak ambil gambar sebab tak jumpa cari dlm stor tu..zino- boleh gak buat muzium..free aje..tapi kalau nak minum kena charge lak..hi hi..u.lee- barang2 tu hubby bawa balik sikit2..sampai pening nak letak kat mana..rumah tie lak sempit..kena buka galeri nanti..he he..Hubby pun ada bermacam2 jenis parang..tie simpan bawah almari..takut lak anak2 sedara yang kecik buat main..kena suruh hubby beli almari khas utk brg antik dia ni..puterisatu- belum lagi ada nilai..mungkin 100 tahun lagi..he he..

  12. cendawanintim
    September 9, 2008 at 2:34 am

    wahhhhhhh, sangat menarik barang2 antik tu, tinggi nilainya tu..lega hutang tag dah abis..kan!

  13. Tie
    September 9, 2008 at 2:50 am

    cendawanintim..cuma ada satu dua je yang dikira bernilai..rasa ramai yang ada yg lain2 tu…Haa hutang tag dah jelas..he he..takut dtg lagi lak..hu hu..

  14. cHeRyNa PiReS
    September 9, 2008 at 9:21 am

    suke tgk batu giling kak tie!bestla blog kak tie nieh…dah la seronok bace, byk award lak tuh:D

  15. Tie
    September 9, 2008 at 10:15 am

    nrina-mmg banyak lagi brg2 lama tu..tak larat nak cari…ni saja simpan mana2 yang patut, buat kenangan dan pengetahuan sendiri dan anak2..cheryna pires- batu giling tu mainan kak tie masa kecik…nasib baik tak pernah hempap kaki..hihi..Blog ni biasa aje kalau dibandingkan dgn yang changgih2 tu..kak tie bukannya pandai IT pun..nak buat blog ni pun terhegeh2..Tujuannya hanya untuk hiburkan diri yang kesunyian…akhirnya dpt ramai teman2 bloggers yang mesra..hi hi…

  16. Neeza Shahril
    September 9, 2008 at 1:04 pm

    barang2 lama memang banyak nostalgia.. dan harga pun sama.. lama2 nanti.. benda2 tu akan berharga berbelas ribu Kak TIe.. hehe.. tapi masa tu owner pun sayang nak jual kan..boleh buka muzium cam ni.. Neeza pun suka tengok gak barang2 lama tu..🙂

  17. bozzobattousai
    September 9, 2008 at 3:37 pm

    bnyknyer brg antik… mak saya pakai blender ngan mesin parut klapa je…..

  18. Shais
    September 9, 2008 at 4:46 pm

    salam kaktie,bagus la hobi husband kaktie ni.barang-barang antik ni boleh tunjuk kat anak cucu pulak.

  19. Tie
    September 9, 2008 at 11:35 pm

    neeza-Oooo…dah berangan nak jadi kaya lak..he he..batu giling tu agak2 berapa boleh dpt? ha ha..bozzo-barang antik kadang2 menyemak je…tuannya tahu bawa balik , kita juga yg kena bersihkan dan jaga..hu hu..shais- hobi ni sepatutnya hubby yg buat, napa pulak tetiba kak tie yang kena tempiasnya…hu hu..

  20. Natrah &Helmi
    September 10, 2008 at 9:32 pm

    Bestnya tengok barang2 antik tue..sama macam abah kte, suka kumpul barang antik:)

  21. ANUAR
    March 14, 2009 at 10:44 am

    Dear Tie, saya baru berjinak jinak dengan blog ni. Dah buat dah, tapi gambar takder. Boleh tak pinjam gambar gobek untuk hias blog saya…. baranglama-antik.blogspot.com! Nanti bila saya dapat tangkap sendiri gambar gobek saya, akan saya tukarlah gambar itu. Boleh tak?

  22. Tie
    March 14, 2009 at 1:56 pm

    Oh…Anuar…Boleh aje…ambil la apa2 gambar pon…Tie tak kisah….Tie rasa bangga bila dapat sama2 menyumbangkan sesuatu..hi hi….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: