Home > Anniversary > Hari Istimewa

Hari Istimewa

Mula-mula tie ingin ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan ini kepada semua bloggers Muslim. Moga-moga amalan kita diberkati Allah, amin..

Juga pada 1 September ini genaplah usia perkahwinan tie dan hubby selama 16 tahun…Happy aniversary to me… he he… Hmm biasanya hubby beli kek aje , tapi bulan puasa ni tak ada apa2 yang istimewa kecuali rasa bersyukur teramat sangat..

Hidup kami bermula dengan perasaan kasih , saling memahami , saling mempercayai dan yang paling penting ialah kesabaran dan tolenrasi, ewah… Walaupun kami berasal dari berlainan budaya dan didikan yang berbeza kami dapat menerimanya diri masing2 seadanya. (hubby org kelate, tie orang johor..)


Macam mana pula kami berkenalan, yek…Ni gara2 jadi student ITM laa… Tapi memang tie tak de niat nak couple2 tau… Hubby yang kacau tie study kat kelas tu…(eh..nak salahkan hubby lak…) Dulu tie berangan nak dapat kekasih ‘tall, dark and handsome’..tapi dapat yang ‘dark’ aje…he he…Jadi laa….1/3 tu kira ok lah..

Tie memang tak suka org kelate…Bagi tie, kelate boys ni suka kacau girls, bising lak tu…dan mereka memang bangga dengan bahasa dan adat mereka… Malah mak dan ayah pun rasa begitu….Tapi kenapa lak tie boleh terima hubby dengan mudah…Mak dan ayah pun tak kisah.. Dah jodoh agaknya…

Masa kenal pun dah sibuk nak study untuk last exam..Pastu tak jumpa, hanya dengan surat dan talipon..Masa tu tak de handphone, tak leh sms laa… Hampir 5 tahun kami berhubung(tapi tak terasa lama pulak), tup tup dia dpt posting kat JB, datang rumah jumpa mak dan ayah.. Pastu kami bertunang dan 6 bulan kemudian bernikah.. Tak ada pun kata2 cinta dalam surat atau talipon, cuma bertanya khabar dan kata2 rindu je… He he…

Oleh kerana masa tu hubby baru saje dapat kerja tetap , hidup kami amat sederhana. Ada motor suzuki, eh tak pernah naik motor, gerun juga…Pregnant anak sulong pun masih lagi dgn motor tu..Masih ingat lagi…masa kami bertiga (anak sulong umur setahun) naik motor nak ke bandar, hujan pulak…berteduh kat stesen minyak Petronas.. Basahlah sikit2…Tapi tie tak terfikir nak merungut cuma sedikit cemburu tengok org2 berkereta..

Masa dah sarat mengandung anak kedua, tiba2 hubby bawa balik kereta(second hand je), beli mesin basuh dan sofa, (masa tu kami dok atas tikar lagi)…wah rasa suka sangat…Dia benar2 faham isi hati tie walaupun tie tak pernah menyuarakan kehendak tie..Dia guna duit elaun masa dia kena kursus separuh mati kat KL.

Rasa bertuah kerana hubby begitu kasih dan sabar dlm menghadapi kerenah tie.. Tie pun jenis tak suka meminta2(puji diri sendiri lak), jadi bila dia bawa pulang sesuatu untuk tie, rasa seronok betul. Sekarang ni kami dah ada 2 buah rumah (sebuah banglo kecil di tepi sawah di klate, satu lagi rumah teres di gong badak, ganu). Kereta ada sebuah, motor ada 3…, 2 motor buruk kat kampung, boleh ronda2 makan angin..he he..

Sebenarnya hidup kami kini pun amat sederhana, tiada barang2 mewah pun…tapi tie amat bahagia . Bagi tie rumah kecil di tepi sawah tu sudah cukup mewah. Mungkin satu hari tie akan pamirkan isi rumah tu , yek….tiada yang istimewa pun…tiada siling kapur atau lampu chandelier seperti kebanyakan rumah di sini.. malah perabut pun kami tak beli kerana nanti jadi sempit pulak.

Tie bukan nak menunjuk2 tapi rasa bersyukur kerana hidup kami bermula dari tiada apa-apa…. Kerana itu tiap kali tie terlihat sekeluarga naik motor, tiba2 teringat kisah kami dulu..Rasa sayu dan amat bersyukur.

So…terima kasih pada hubby, kerana dialah tempat tie bermanja, sabar menunggu tika tie sibuk menyopping, belikan macam2 makanan kegemaran tie bila tau tie nak diet, sedia jadi driver kalau tie nak ke mana2…, tak kisah time tie malas masak..selalu puji tie depan anak2 , dan macam2 lagi…..Sayang…hubby…

  1. bozzobattousai
    August 31, 2008 at 4:36 pm

    slamat berpusa tie…klu kita tak sayang pasangan kita sapa lagi?

  2. Shais
    August 31, 2008 at 4:56 pm

    salam kak Tie,selamat berpuasa.***happy Aniversary***”hidup kami bermula dari tiada apa-apa….” kak Tie, best betul ayat ni…buat saya terkenang masa baru-baru belajar hidup berumahtangga.

  3. Al-BIMA SAKTI
    August 31, 2008 at 5:03 pm

    salam;selamat berpuasa…

  4. Musliyana and family
    August 31, 2008 at 10:24 pm

    salam kak tie…happy anniversary buat tie and hubby..moga kasih sayang yang subur makin subur….best kan ingat kenangan2 masa nk kahwin dulu..bnyk yg kita belajar masa baru2 mendirikan rumahtangga….

  5. Suzi
    August 31, 2008 at 11:50 pm

    salam kak tie…happy anniversary…semoga kekal bahagia hingga akhir hayat…mujahadah dan pengorbanan dlm sesuatu hubungan tu akan menguatkan lg ikatan sesuatu perhubungan tu…kan?teringat dulu masa baru2 kahwin saya pun lebih kurang kak tie juga…hubby tengah buat master..naik motor je juga awal2 tu…

  6. zino
    August 31, 2008 at 11:56 pm

    selamat berpuasa selamat bersahur dan selamat bertarawih..oops selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 16.. semuga kekal bahagia sehingga ke ahir hayat..

  7. Cat Cat
    September 1, 2008 at 1:27 am

    Happy Anniversary Tie. Seronok baca kisah hidup Tie & Hubby… Many more happy years to come ya… πŸ™‚

  8. Tirana
    September 1, 2008 at 2:24 am

    Salam Tie…selamat berpuasa..Happy Anniversary..mudah2an bahagia selama2nya

  9. KAKTINY
    September 1, 2008 at 10:19 am

    wah.. sama ler kita yer kak tie yer.. kawin budak itm.. kih kih kih .. selamat ulangtahun perkahwinan.. ke-16? hebatnyer.. tahniah tahniah..semoga jodoh saya ngan cik abang saya tu pun panjang gak.. amin..

  10. lady pot pet
    September 1, 2008 at 1:43 pm

    Happy Anniversary Tie..semoga panjang jodoh, dimurahkan rezeki dan diberkati selalu…

  11. Adila
    September 1, 2008 at 10:13 pm

    happy anniversary!!! πŸ˜€ :Dslamat berposa gakπŸ˜€

  12. Tie
    September 2, 2008 at 12:40 am

    Terima kasih atas ucapan semua..tie baru balik dari johor.. letih naik bas,dah lama tak naik bas ni..nanti senang tie akan lawat blog semua..

  13. ahmoi
    September 2, 2008 at 2:59 am

    happy anniversary kak tie..semoga akak akan terus bahagia disamping insan tercinta..kaya tak bermakna bahagia..ada yang hidup susah tapi bahagia dan ada yang kaya harta tp miskin kasih sayang..biarlah kita kaya dengan kasih sayang..

  14. ku tak sempurna
    September 2, 2008 at 3:50 am

    happy anniversary…may you love as long as you live & live as long as you love…untungnya dpt hubby yg penyayang dan penyabar… semoga aku beroleh suami yg begitu jua… aminnnn(doa utk diri sendiri pula)πŸ˜›

  15. suara
    September 2, 2008 at 5:20 am

    Salam Ramadhan TieSelamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke 16. Su doakan agar kehidupan rumahtangga Tie sentiasa dalam rahmatNya dan selalu dipenuhi dengan kasih sayang yang melimpah. Bila kita dan pasangan saling melengkapkan dan saling menerima kekurangan, pasti kehidupan berumahtangga lebih mudah. Bersyukur dengan apa yang ada, memberi dan menerima seadanya, secara automatik ia akan menjadikan hidup kita cukup lengkap. Tak gitu Tie?

  16. Nek Cun
    September 2, 2008 at 8:46 am

    Tahniah Tie… semoga kebahgiaan rumah tangga yang dibena kekal abadi sehingga ke Syurga…(Itulah kata-kata atok pada nekcun selalu..)Memang beruntung kalau dapat hubby yang penyayang… tidak terasa bahawa perkahwinan telah menjangkau lebih 30 tahun…terasa seperti baru semalam mendirikan mahligai bahgia!(nekcun ler tu…hehehe…)

  17. cendawanintim
    September 2, 2008 at 2:32 pm

    Hepi anniversary tie..saya doakan tie sekeluarga dilimpahi kasih sayang berpanjangan dan dikurniakan kesihatan yang baik2 ajer…amin.

  18. silversarina
    September 2, 2008 at 10:32 pm

    salam ziarah kembali ,wah, bset baca kisah cinta tie dan hubby , tulah dinamakan jodoh .happy anniversary !!

  19. Jun
    September 2, 2008 at 11:57 pm

    salam ramadhan Tie..n happy anniversary yer…muga bahgia selalu…

  20. Akak
    September 3, 2008 at 3:33 am

    Salam Tie…Selamat Berpuasa & Happy 16th Anniversary, semuga kekal bahagia hingga kehujung nyawa & semuga sentiasa berada dalam keredhaan & keampunan Allah SWT sentiasa..

  21. Intan Rosnitta
    September 3, 2008 at 3:37 am

    Salam Kak Tie,Salam Ramadhan & Happy 16th Anniversarry.Moga berkekalan hendaknya…

  22. kamar hati
    September 3, 2008 at 4:06 am

    happy anniversary kak…semoga berkekalan & berbahagia sentiasa…best dpt baca citer cintan cintun akak ni….hihiihih…biar sederhana kak…yg penting kita bahagia… (",)salam ramdhan al mubarak…semoga beroleh keberkatan yg berkekalan… (",)

  23. Mak Su
    September 3, 2008 at 5:29 am

    maksu pun 16 tahun, tahun ni. mmg biasa ler bab naik motor ramai2, macam buat tattoo pulaks

  24. ~Cinta Milo Ais~
    September 3, 2008 at 6:10 am

    happy anniversary kak tie…semoga berkekalan hendaknya dan berbahagia selaluπŸ˜€

  25. no need to reveal
    September 3, 2008 at 1:53 pm

    happy anniversary kak Tie…semoga berkekalan hendaknye dari dunia sampai akhirat :)Amin

  26. cHeRyNa PiReS
    September 3, 2008 at 3:13 pm

    hepi anniversary kak tie!sha dah link kan blog akak so senang la sha nak lawat2 nanti…smoge kekal ke anak cucu:D

  27. dnasura
    December 28, 2008 at 7:10 am

    terharu bace post ni..kak tie mmg bg inspirasi & moral to me. TQ

  28. Tie
    December 28, 2008 at 9:12 am

    dnasura – Oh…ye ke?? kak tie tulis ikut perasan je..hi hi..Blog ni memang luahan perasaan makcik emo. Datanglah selalu selagi ianya menghiburkan…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: