Home > Kampung > Jenjalan kat kampung

Jenjalan kat kampung

Sebelum bertolak balik ke ganu, tie sempat ‘tangkap’ beberapa ekor peliharaan mek ni..

Rasa berat hati nak meninggalkan kampung ni walaupun hanya tumpang kampung hubby. Tie suka sangat dok sini kerana rasa bebas dan aman sekali. Tie dibesarkan di bandar JB jadi memang kekok dan takut bila bertemu pertama kali dengan penghuni2 di bawah ini..he he..

Ini diperkenalkan sepasang kekasih yang kuat berjalan tu bersama seekor teman yang dipinjamkan untuk membiak oleh jiran mek..Malangnya sampai sekarang tak juga ada anak, entah2 mandul tak..ish pikir bukan2….

Ini kesayangan mek, lembu jantan ni pemalu lak gi sorok belakang pokok nyior….macamlah dia tu kecik sangat…he he….

Yang ni pulak beberapa ekor biri2…mek kata lebih senang bela biri2 dari kambing sebab ianya tahan lasak, kalau hujan pun tak rasa sejuk sebab bulunya tebal…Kalau kambing kena buat bangsal khas…ooo manja sangat… Rasa biri2 tak sehamis kambing…kira okeylah tu…Hmmm bila pulak mek nak sembelih biri2 ni…teringin nak makan lah…Masak gulai biri2 sedap tau….Tapi tak cukup kalau sembelih seekor.. Keluarga hubby besar…nanti ada yang kempunan lak.

Oh ya..lembu tu nampak aneh sebab ia tiba2 bangun bila diambil gambarnya..so tak sempat dia nak posing betul2..he he…

Biri2 ni tak nampak ayu macam di negara asal mereka..Agaknya disebabkan cuaca yang kurang nyaman. Takpelah..apa yang penting dagingnya. Hmmm………

Kambing ni kepunyaan adik ipar, tu laa…kena buat bangsal untuknya…Kalau tidak sakitlah, selsema lah…manja sangat… Kambing ni sedap kalau dimasak briyani…Ooooo menjilat jari…..Kalau tau tuannya mesti marah… he he…Tuannya sayang sangat, bagi susu botol dgn puting macam baby lagi.. lain kali boleh ambil gambar. Kambing ni makan apa saja. Kalau nampak sesiapa makan atau pegang biskut mesti dia datang nak mengendeng. So kena hati2 takut tercekik benda2 yang tak sepatutnya dimakan. Tu laa memang leceh bela kambing. Tapi kambing ni comel dan manja terutama ketika masih kecil.


Dalam perjalanan balik ganu kami singgah di Agro Resort Setiu. Budak2 tu geram tengok ikan2 talapia. Konon2 hulur tangan pastu yang kecik tu terpekik2 kerana jarinya termasuk dlm mulut ikan yang ternganga luas tu… Tak jadi nak buat fish therapy… he he.. Ganas betul ikan2 tu, kuat makan . Entah dah berapa bungkus dedak dilemparkan, tak juga kenyang2 .

Begitulah ceritanya… hmmm…dah balik kampung banyak kali…bila lagi nak balik Johor , yek. Rasa rindu pada mak dan ayah tak boleh nak dikata. Kena tunggu budak2 tu habis exam..Yang abang tu ambil PMR tahun ni. Dulu study kat MRSM KotaPutra, Besut, tapi lari balik sebab rindu kat mama. Teruk betul. Yang kakak pulak baru form 1(sengaja tak antar asrama takut lari balik lak), tapi sibuk mengalahkan org kerja. Ingat hujung tahun baru boleh jumpa mak dan ayah….hu..hu….

******************************************************************************

AWARD DARI TIRANA , AKAK DAN SUZI

Terima kasih Tirana kerana bagi award yang comel ni…ingat dah habis musim award.. Tie belum fikir lagi nak bagi siap lagi award ni…nanti senang2 tie buat anouncement..he he.. Sebagai tanda terima kasih sudilah tirana ambil di bawah ni sebagai tanda ingatan dari tie.

Tie juga baru terima award tu dari akak…he he..mewah betul rezeki tie pagi2 ni…Mekasihlah akak cayang…nak bodek lagi…tu kat bawah tu akak ambil ye sebagai tanda penghargaan yang tak ternilai..

Wow…dapat lagi award di atas tu dari suzi….Ooooo sukanya…thanks alot suzi…kalau ada lagi hulur2kan lah ke sini yek…hi hi.. Suzi..pastu ambil hadiah kat bawah ni yek..tak seberapa pun, boleh gantung kat rumah tu.. he he…

A PLACE TO RELAX


After a short visit to kampung Selising, we took a few hours break at Agro Setiu Resort on the way back to Kuala Berang. It’s a nice place to stretch our legs and the kids, were eager to take a ride on the raft.

This is where I became a “makcik burger‘ for a day. There’s another cafe for others who prefer a more comfortable eatery. That’s my hubby alone in the dark, ha ha……
The chalets here are at standard rate. Quite a few to choose from. And it’s very quiet here.

It’s so peaceful, is’nt it?

This is for the kids.

Ha ha…look at the clouds….. It’s going to rain………..

These are talipia fish. They just can’t stop eating. A loaf of bread will dissapear in seconds….!!

  1. zino
    August 26, 2008 at 1:53 pm

    best nya balik kampong…. ilur le kaki kat ikan tu.. nak tau apa jadi lepas tu hehe

  2. zino
    August 26, 2008 at 1:54 pm

    ilur=ulur.. hehe

  3. Adila
    August 26, 2008 at 2:55 pm

    wahh!! best nye balik kampung!aman je!dah besar anak2 kak tie😀

  4. Tirana
    August 26, 2008 at 9:20 pm

    Alamak..tengok gambar-gambar binatang ni teringat pulak kat kampung..rindunya

  5. Akak
    August 27, 2008 at 1:40 am

    Salam Tie….seronoknya jalan2 balik kampung, uishhh banyaknya ikan…(dlm kolam ke Tie?)

  6. Tie
    August 27, 2008 at 1:57 am

    zino-haa..cubalah hulur kaki tu..nanti bilang jari2 tu cukup tak..he he..adila-mmg best dok kg..walaupun kg tumpang je..budak2 tu mmg dah besar tapi perangai tak matang lagi..hu hu..tirana-mehlah ikut akak balik klate..he he..akak-ikan2 tu org bela konon nak buat therapy tapi tak sesuai langsung.. besar gak kolamnya..

  7. Cat Cat
    August 27, 2008 at 2:13 am

    Tie,Lembu tu, kita sembelih buat rendang. Kambing pulak, kita masak merah… Biri? Eh, biri tu nak masak apa ya…?? Ikan tilapia tu kena lah tunggu ya Tie… Kecik lagi… Bila besor2 esok, kita masak tilapia sweet sour, eh..??? Hehehe.

  8. Tie
    August 27, 2008 at 3:22 am

    cat cat-wah..bagus cadangan tu..pandai masak rendang ke..nak rasalah rendang cat tu..hi hi..

  9. Suzi
    August 27, 2008 at 3:57 am

    salam kak tie…suasana kg kat tie tu sama mcm kg saya masasaya sekolah dulu2…sekarang dah tak mcm tu lg dah…rindu suasana tenang dulu2…oh ya..tq for the award …bebalas2 pula mcm berbalas kuih bln posa…

  10. Tie
    August 27, 2008 at 4:12 am

    Suzi-ye laa..tak lama lagi puasa..nak balas kuih ..jom..he he..

  11. Neeza Shahril
    August 27, 2008 at 5:11 am

    hahaha!! baru nak tanya.. kenapa lembu tu pelik sangat rupa dia..Kak Tie.. baru ni neeza tengok biri2 dalam lori.. lebat betul bulu dia.. masa lalu sebelah lori tu, neeza ingatkan kerusi mahal berbulu tu.. rupanya biri2.. hahahah!!!kat sini banyak sangat jual daging biri2.. (lamb) sampai naik muak la pulak…

  12. kamar hati
    August 27, 2008 at 5:40 am

    uikssss…makin banyak la award akak ye…🙂

  13. ahmoi
    August 27, 2008 at 8:50 am

    salam akak..hehehe..maaf laaa..bz cikit..ermmm..bestnyer kmpg n.abg kak tie nih..mcm2 ada…good luck tuk ank akak yg nak ambik PMR..ank kak tie baya ngan ank sedara moi lah…hehee

  14. bozzobattousai
    August 27, 2008 at 11:27 am

    blik kg memang sentiasa best. tak pernah tak best. bnyk jugak hewan peliharaan mek. mak aku bela ayam je…

  15. Abang Long
    August 27, 2008 at 6:05 pm

    Agaknya bulan ini bulan pesta … banyak betul anugerah dan award diberikan.

  16. Shais
    August 27, 2008 at 6:35 pm

    salam Kak Tie,seronok kampung kak Tie.tengok angsa….saya pernah kena kejor, tak cukup tanah lari.

  17. U.Lee
    August 27, 2008 at 8:57 pm

    Hi Tie, those iteks look similar to our Canada iteks, ha ha.Love your beautiful photos.And couldn’t help smiling read your shortcut Bahasa re Trengganu becomes ‘ganu’.I noticed everyone now uses shortcut bahasa, so different to my time…now got to scratch my head to figure out the meaning, ha ha.You keep well and have a nice day, Lee.

  18. Tie
    August 27, 2008 at 10:45 pm

    Neeze-mesti comel2 biri2 kat sana.. tgk gambar je rasa nak picit2.Ooo selalu ke makan daging biri2..murah ke kat sana…kamar-Oooo award masih lagi diterima…tetiba popular lak kat tie ni..he he..ahmoi-mmg best dok kg, thanks ucapan tu …samalah goodluck utk anak sedara ahmoi tu..bozzobattousai-mek saje bela untuk sibukkan diri..baik untuk kesihatan..abang long-hmmm skrg ni masih lagi bulan award..abang long sihat ke..shais-angsa tu dah jinak..dulu masa mula2 kenal agak garang juga..selalu kejar anak2 akak..sekarang ni buat tak tau lak..malas nak layan agaknya..u.lee-photos tu tak berapa cantiklah, nanti ada budget lebih nak cari camera canggih sket. Ooo pasal ‘ganu’ tu..hi hi..orang sekarang nak cepat je..semua nak ringkas..Instant dan shortcut adalah amalan kini..he he…

  19. umie@kakyong
    August 28, 2008 at 1:00 am

    salam tie…cantik nya angsa2 tu… lembu tu terkejut kot tgk tie dtg bawa kamera nak snap gambar. hihihi…apa pun kan tie.. kat kampung memang seronok sgt2… nyaman dan aman…

  20. manje
    August 28, 2008 at 4:10 am

    salam hehe kite tumpang seronok tengok gambar2 kampung kak tie…🙂

  21. Intan Rosnitta
    August 28, 2008 at 4:11 am

    Salam Kak Tie,Kampung Kak Tie ni kat mana? Intan kalau balik Kelate pun susah nak jumpa semua ni, anak2 pun tgk binatang dlm buku & tv je, x macam kita dulu2… huhu

  22. Tie
    August 28, 2008 at 7:13 am

    Umie@kakyong-Memang seronok dok kampung…kalau boring tak de kawan boleh kecek dgn angsa,kambing,lembu dll…he he..manje-kak tie pun tumpang suka..kat kampung hubby ni..dah ngaku kampung sendiri..intan rosnita-ni kampung hubby kat selising,alor hijau…kalau sebut nama hubby kat sini mesti orang kenal…kononnya raja kalah perang..hihi…

  23. Mak Su
    August 28, 2008 at 8:56 am

    wah… xtvt bumi hijau.tahniah, dpt awards, seronok skit nak sambut ramadhan ek

  24. cHeRyNa PiReS
    August 28, 2008 at 5:59 pm

    lawanye awards kak tie nie…geram sha tgk!

  25. Shais
    August 28, 2008 at 7:19 pm

    salam Kaktie,senang-senang singgah blog k…

  26. Monster Mom
    August 29, 2008 at 7:59 am

    Tak tau sampai bila situasi macam ni akan ada… Suasana kampung mmg best!

  27. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    August 29, 2008 at 5:00 pm

    uih ni mmg kampung habis..walaupun saya dok kampung tapi dah pinggir bandar so suasana kureeng skitlah hehe..

  28. achiema
    September 1, 2008 at 1:35 am

    Salam Tie,Selamat menyambut Ramadhon, moga mendapat amalan yang diberkati.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: