Home > Antik > Kembali

Kembali

Tie baru balik dari kampung klate kelmarin..Aduh letihnya, rasa nak tercabut kepala lutut ni tapi seronok lak bila sama2 menjayakan kenduri naik rumah adik ipar tu.. Malangnya tie tak ada masa nak ambil gambar…sibuk sangat…lagi pun malu lak orang tgk makcik ni terhegeh2 nak ambil gambar..

Jadi, bila dah selesai, tie ada sedikit masa selongkar dapur mek tu.. he he…bertuah sungguh menantu ni…Jadi di bawah tu adalah beberapa barang yang boleh dikatakan antik kerana sudah jarang digunakan kecuali di kampung2 aje..


Tempurung yang besar (sekarang ni susah nak cari buah kelapa sebesar itu ) tu dipanggil cupak, guna untuk sukat beras. Yang kecil sikit tu dipanggil leng juga untuk sukat beras. Dua leng sama dengan satu cupak, empat cupak dapatlah satu gantang. Eh.. belajar ilmu kira-kira lak, yek…Saje nak mengingatkan , manalah tau kita ni dah moden..tentu tak guna lagi benda2 macam ni kan….

Tempayan di atas tu (dipanggil genok) pulak diguna untuk simpan beras..atau apa2 lah, Kalau simpan air tentu air akan rasa sejuk…

Yang ini pula badang. Mek guna untuk tampi beras, atau untuk jemur ikan kering, lada atau apa2 saja..Badang ni banyak dijual sekarang..

Ini pula Korae atau kukur, guna untuk parut kelapa…dah lama tak guna tu..Umur pun dah lebih 30 tahun..Sorrylah gambar tak berapa jelas…guna camera antik gak…



Sekarang ni mudah aje…guna mesin parut kelapa ni… Pokok kelapa keliling rumah so tak payah nak beli kelapa, mesin ni lah ganti kukur kelapa tu….

Begitulah beberapa barang lama…., ada lagi nanti tie update yek, sibuk sikit sebab budak2 tu naik sekolah hari ni.. Dok pantai timur naik sekolah hari ahad..

Oh ya, tie ingin ucapkan terima kasih pada semua para bloggers yang sudi hadir dlm blog ni dan memberi komen ketika tie kat kampung tu.. Tentang gambar tu…dulu memang lah comel…(eh..puji diri sendiri lak…) Tapi sekarang lagi ‘comel’ tau… he he…Kalau terpandang mesti tak tidur punya.. he he…

##################################################################



AWARD DARI SITI KHUZAIMAH

Award ni baru tie terima dari Siti Khuzaimah…terima kasih daun keladi…kalau ada lagi janganlah segan2 bagi lagi… he he…

Categories: Antik Tags: , , , , , ,
  1. Adila
    August 24, 2008 at 1:57 am

    wahh!! sy xpernah tgk benda2 tuantik la!😀😀

  2. Suzi
    August 24, 2008 at 3:25 am

    salam kak tie…tengok benda tu teringat kg…sebhgian besar benda2 tu masih ada kat rumah nenek…

  3. Tirana
    August 24, 2008 at 4:25 am

    Salam Tie..Bagus jugak kalau barang-barang antik macam ni dijadikan koleksi. Sekurang-kurang boleh tunjuk kat anak cucu kita..

  4. en_me
    August 24, 2008 at 4:38 am

    maner gambar sekarang yg lagi chomey tewwww.. koser uu

  5. Neeza Shahril
    August 24, 2008 at 7:31 am

    neeza suka sangat dengan barang2 antik ni.. memang mengembalikan nostalgia.. neeza pernah kukur kelapa dengan korae tu kak Tie.. letih tapi best je.. hehee.. sekali sekala boleh la.. kalau hari2, mau naik marah aje hahaha!!neeza mencari tikar mengkuang.. susah dah nak jumpa sekarang kan.. sedap baring atas tikar mengkuang.. sejuk dan selesa.. tak macam carpet yang banyak habuk.. huhuu..

  6. cendawanintim
    August 24, 2008 at 7:34 am

    sangat nostalgia barang2 tu kan, susah nak dapat sekang..

  7. suara
    August 24, 2008 at 8:00 am

    Salam tie… Su penah tengok barang-barang tu masa memuda dulu… korae… suka naik masa arwah mak dan kakak kukur nyor, perasan naik kuda je. skrg rasanya semua brg tu dah tak de. huhu… sedih dan seronok mengingatkan kenangan lama…

  8. Tie
    August 24, 2008 at 8:18 am

    adila-sebenarnya benda begini masih lagi diguna di kampung.suzi-barang begini patut dihargai, yek..tirana-betul tu..kami mmg cuba simpan supaya tidak hilang ditelan masa..en_me-Oooo…malulah…neeza-akak pernah kukur kelapa dulu, mula2 seronok pastu malas lak..hehe.. Tikar mengkuang dah mahal mak ooii…. Tak ramai pandai buat…cendawanintim-kebanyakan yg ada tak sama buatannya..guna mesin ,so tak asli..suara-Tulah..barang lama mengulit kenangan lama..hu hu…

  9. Ibnurashidi
    August 24, 2008 at 11:30 am

    salam..cupak gantang sempat saya tengok dan gunakan semasa era sek ren..kukur nyoq atau kelapa tu masih digunakan dirumah diMalaysia..mungkin ramai juga yg tak pernah tgk kaedah tanam padi zaman dulu?cth sabit menuai,tempat memukul padi,rumah beras,kipas angin..

  10. Nek Cun
    August 24, 2008 at 12:50 pm

    Bila tengok benda2 tu teringat mula-mula jumpa bakal mak mentua dulu… depa test nekcun kukoq nyioq ngan kukok tu lah!… Ketak kepala lutut…hehehe (sajer ikut slang orang utara sbb mak mentua orang utara…)

  11. zino
    August 24, 2008 at 12:59 pm

    betuah punya menantu abis di selongkar nya dapur hehe.. benda2 tu zaman zino kecik2 dulu ada le tengok sekarang dah tak ada..

  12. Kamezaim
    August 24, 2008 at 1:37 pm

    aduh,bila tngok semua ni terasa sayu lah plak..teringat masa zaman kanak2 dulu…skang semuanya hanya tinggal kenangan belaka..

  13. manje
    August 24, 2008 at 2:51 pm

    salamhehe bile tengok kukur kelapa tu teringat masa zaman kecik2 kat kampung dulu huhu sesambil tok mengukur kelapa, kite bertenggek kat belakang… hehe penah guna kukur… luka jari2 tersagat sekali… kenangan sungguh

  14. U.Lee
    August 24, 2008 at 4:07 pm

    Hello Tie, I enjoy read your this posting and even though Bahasa saya ya la Jurassic 1950’s sebelum Merdek, saya boleh faham apa Tie cherita sini….and waa…saya da lamah ta’tengok the words, ‘cupak, gantang’…had to learn it old days in school. Sekarang da lupah, ha ha.And tu kukur…when I was very young we had one in our house and on and off my mom would ask me to korek kelapa. Yes, read this posting brings back old memories.You have a pleasant week and keep well, Lee.

  15. Tie
    August 25, 2008 at 12:16 am

    ibnurashidi-ada lagi barang2 lama..tak sempat nak selongkar habis..he he..nekcun-tie terbayang nekcun ketar sambil kukur nyior tu..zino-he he…memang bertuahlah boleh menantu ni..abis semua nak masuk internet..kamezaim-Eh…jgn sedih lak..saja nak tunjuk brg2 lama..supaya tak lupa nanti..manje-memang gitulah masa kecik2 dulu..konon2 naik kuda yek..ULee-Kira oklah BM you, tie punya Eng dah parah…dah lama tak kerja, so cakap pun campur2lah ..takpe janji faham…Tak sangka your mom pun ada kukur, ingat malays aje yg guna..wah..you ada experience jugak lah…

  16. Akak
    August 25, 2008 at 9:07 am

    Salam Tie…Apa kahbar? semuga sihat yea..Tgk kukur & tempayan tu, teringat masa kecik2 dulu arwah emak selalu suruh akak kukur kelapa & tempayan tu kami simpan air untuk mandi (air jadi sejuk/dingin) bila disimpan dalam tempayan..Sekarang nie dah susahlah nak jumpa benda unik macam nie..

  17. bozzobattousai
    August 25, 2008 at 9:31 am

    salam singgah,aku kat kg memang tak pernah tengok parut2 antik tuh. mak aku pakai parut mesin je dari dulu. nenek aku tak tau la…

  18. Tie
    August 25, 2008 at 12:33 pm

    akak-lama tak dgr cerita…mesti sibuk jenjalan yek..bozzobattousai-amboi pjgnya nama…nak terbelit lidah ni.. ada lagi barang antik..nanti balik kpg nak cari lagi..he he…

  19. Shais
    August 25, 2008 at 7:24 pm

    salam kaktie,masa zaman sekolah dulu (tinggal dgn opah) saya la orangnya tukang kukur nyior, kalo terleka je siap termakan tangan…oooi pedihnya.

  20. kamar hati
    August 26, 2008 at 12:41 am

    kat umah saya still ada lg benda2 lama ni…simpan buat kenangan dan tanda mata…

  21. Cat Cat
    August 26, 2008 at 1:10 am

    Tie,Cupak tu bahasa orang Perak, kan..?? Kalau tak silap Cath, dulu2 pernah dengar orang melayu kat kampung Cath berbahasa guna cupak untuk beras… Ooo, Cath ingat lagi kukur isi kelapa tu… Sekarang takyah dah… Nak santan, gi kat pasaraya, beli yang dalam tin.. Senang cerita Tie… Kekeke.

  22. misah
    August 26, 2008 at 6:48 am

    salam perkenalan..pasal kiraan cupak, gantang tu dah lama tak guna..skang ni bebudak dah tak tau dah sukatan gantang ke cupak ke,, yg dorang tau sukatan metrik kilogram. kalau masak nasi pun skang ni guna pot beras yg disediakan kalau beli rice cooker.

  23. Mak Su
    August 26, 2008 at 9:15 am

    rindu kat tempayan beras

  24. Tie
    August 26, 2008 at 1:22 pm

    shais-salam …akak pun selalu juga terlepas tangan masa kukur tu..tu pun first time mek ajar..he he..selama ni mak guna parut jenis sagat je..kamar hati-eloklah kamar simpan benda2 tu..sekarang ni org sanggup beli tau..cat cat-tak tahulah cupak tu dari mana..tapi masa sekolah dulu ada belajar..misah-skrg ni memang senang. tie sendiri tanak nasi guna cawan je..mak su-dah banyak jual tempayan skrg ni tak tak sama dgn buatan dulu..kan..

  25. Kak Ain
    December 28, 2010 at 2:02 pm

    Saya berminat ngan barang lama cam cupak tuh…agak2nya ada tak cupak lain camtuh utk dijual? Kalau ada sila reply email sy. Tmakacih

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: