Home > Tag dan award > Tag dari Siti Khuzaimah

Tag dari Siti Khuzaimah

Nama timang-timangan orang tersayang?

-Mak , ayah, adik2 dan saudara-mara panggil Tik(tak tahulah kenapa, mak kata panggilan manjalah tu…)
-Kawan2 kat itm panggil Tie ( sbb ada seorang lagi classmate nama serupa)
-Kawan2 dan bos kat tempat kerja (masa kerja dulu) panggil Nor (Chemist tu yg mula dulu )
-Hubby panggil Adek..pada hari2 biasa, Sayang (tika romantik), he he…dan ‘ Adek Ooi..‘.tika tak dengar…
-Anak2 panggil mama.., mami (kalau nak sesuatulah tu), maaa…(kalau mengada2)

Anda seorang yang ?(Personaliti anda…)

-Pemalu …bila mula2 kenal
-Pendiam… bila org lain pun diam, atau hati disakiti
-Peramah…bila jumpa dgn org peramah
-Rajin dan suka tolong orang lebih2 lagi buat kerja dapur (perasan pulak)
-Tak suka tangguh kerja..
-Suka tepati masa.. Biasanya tie yang tunggu masa..
-Seorang yang teliti tapi bukan cerewet…
-Pemaaf tapi kalau dah kena banyak kali…barulah serik
-Pemalas bila dtg angin malas…
-Mudah menangis…mudah lak ketawa..
-Sederhana…dari segi pakaian.. biasa aje, pakai tudung pun tak tau nak hias2 atau belit @ tonjet sana sini.. Macam makcik je..
-Mudah lupa atau susah nak cam wajah seseorang..so kdg2 org tanya..tak kenal ke….eee malunya..

Insan Teristimewa?

Hubby (namanya rahsia…jeng jeng jeng..), Mak, ayah, anak2, adik2, seluruh ahli keluarga .

Makanan dan minuman kegemaran

Semuanya suka (memang minat makan).tapi paling suka tentunya ais krim…eh macam budak2 lah…..minuman lak – limau nipis, barli suam, dan fresh orange.

Warna kegemaran

Warna2 lembut (pastel)

Lagu kegemaran

Banyak sangat..

1. Gurindam Jiwa (favourite hubby gak)
2. Lagu2 dlm drama korea (semuanya best)
3. Lagu2 Sudirman (mengulit kenangan masa muda2 dulu)
4. Doa taubat dan selimut putih (rasa insaf sekali)
5. Smile (charlie Chaplin)… dan banyak lagi..

Siapa yang selalu buat anda gelak?

Kerenah anak2 dan hubby….

Sikap yang selalu buat anda tertekan

-Bila anak2 tak ikut arahan atau tak disiplin..
-Bila janji tak ditepati…
-Bila org mengumpat kita atau orang lain
-Bila lihat anak2 menangis…tak kira anak siapa pun

Tiga perkara yang selalu ada dlm handbag

Eh susah lah .. ada banyak ni…kunci rumah kat kpg tu, purse, panadol, vicks, mopiko, tuala kecil, buku nota, pen, handphone, handyplast, Kunci kereta spare(mcmlah kita drive), duit emergency (sorok dlm handbag takut terbelanja),dan kalau boleh nak sumbat lampu picit dgn lighter sekali..(manalah tau tetiba sesat mlm2 )

Kali terakhir anda beriya-iya menangis

Bulan lepas…

Perkara yang paling lucu atau paling memalukan dalam hidup anda

Bila ‘pampers’ yang disorok dlm lipatan kain tercicir dpn adik ipar (lelaki lak tu )…masa tu nak gi mandi ..malu gak.. dan semua orang ketawa…(sampai hati mereka suka kat tie). Lepas tu kena pastikan sorok betul2 bila nak gi bilik air..Peristiwa lama tu masa anak sorang lagi…tapi tak boleh lupa hingga kini. Sekarang ni baru boleh ketawa…he he..

Categories: Tag dan award
  1. Akak
    August 13, 2008 at 12:53 am

    Salam Tie…hehe sessi menjawan tag yea, akak masih berhutang 2 tag…segannya dgn org yg tag akak..

  2. TokMa
    August 14, 2008 at 8:03 am

    Salam Tie < huweeeeshh!! banyaknya item dlm beg tangan tie tu..macam ni kena panggil 'handfullbag'lak. Tak beratkah bila sangkut kat bahu, takut bahu tie senget sebelah…!!!hehehehe!

  3. Tie
    August 14, 2008 at 9:52 am

    Akak-slow and steady laa.. he he..Tokma-bahu tie mmg terasa senget..jln pun senget..tgk tapak selipar..haus sebelah…he he ….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: