Home > Pengetahuan, Telur > Telur

Telur

Haa… anak2….. hari ini kita belajar mengenai telur……

3 hari lepas hubby balik kampung hantar ikan2 tu.. so mek kirim telur angsa kat menantu dia ni.. he he…ingat pulak dia.. Haa…siapa2 yang tak kenal telur angsa ni.. meh tie tunjuk..Yang dah kenal tu diam2 aje yek.

Kalau dibandingkan dgn telur ayam, telur angsa ni besarlah sikit.. Telur yang mengandungi omega 3 dapat membantu mengurangkan serangan sakit jantung dan meningkatkan perkembangan otak. Tak tahu pulak kandungan khasiat telur angsa ni.. Sama je kot..Telur perlu disimpan dlm peti sejuk supaya tahan lama. Simpan dalam tempat khasnya dan cara yang betul ialah dengan hujung tajam ke bawah.

Sebenarnya telur angsa ni kepunyaan sepasang kekasih yang hobinya berjalan2. Pagi2 lagi mereka dah keluar ..entah ke mana lak.. ptg baru balik… tahu pulak jalan pulang….Kadang2 bawa balik plastik terlekat kat kaki.. Anak tie kata “pergi shopping ke…”

Tapi, tiap kali si tina tu bertelur.. dan menetas… dia buat tak kisah je.. Tak pandai jaga anak…(Mek yg kata). Asyik berjalan ke hulu ke hilir dgn kekasih dia… Sampai anak dia terbiar dan mati gitu saja…(Eh! jangan pulak jadi macam mereka tu…). Jadi, bila dia bertelur… mek rembat aje.. Haa tu lah cerita dia … Nanti tie cuba ambil gambar mereka ni… besar gak… takut juga….takut kena sudu….

Kuningnya lebih pekat dan warnanya pun terang dari telur ayam. Rasanya lebih lemak…Mesti banyak kolestrol… ni nak tambah tembamlah… tak apa hubby tak kisah isteri tembam asal rajin … he he..

Hmm.. dah siap pun… goreng dadar aje… nampak benar pemalas kan…He he.. tak apelah.. Layan aje…telur dadar ni makan dengan nasi panas memang sedap…

Maaflah tak tahu nak cerita apa lagi.. nak cari idea lah ni..

Categories: Pengetahuan, Telur
  1. Suzi
    August 11, 2008 at 3:11 am

    salam kak tie..fisrt time tengok telur angsa ni…warna dia mcm telur itik…buat telur masin blh kot kan?

  2. Tie
    August 11, 2008 at 4:34 am

    Suzi.. mmg boleh buat telur masin..kulitnya tebal sikit, so kena tunggu lama dari telur itik .

  3. kamar hati
    August 11, 2008 at 5:16 am

    wahhh bestnyer…napa akak tak buat masak lemak telur angsa tu…sure sedapkan…suka sgt masak lemak telur itik…menyelerakan…yummy….tp telur dadar tu pun, nampak menarik gak tu….mengoda2 perut ni dah….huhuuhuh….minta skit bleh tuk berbuka nanti…. (“,)

  4. Akak
    August 11, 2008 at 6:04 am

    Salam Tie..Akak mmg belum pernah makan telur angsa nie, tapi nampak mcm sedap jerr, Tie telur dadar tu sungguh menggoda jiwa raga akak…

  5. Adila
    August 11, 2008 at 6:17 am

    rasa telur angsa tu lain ke?sy xpenah plak mkn telur angsa heheslalu telur itik putati tu ada tnya mak.. telur angsa tu leh mkn ke.. ehehehehehehmaklum la.. pegi pasar tani xpenah plak nmpak org jual telur angsakalo makan telur dadar dgn nasi panas berkuahkan kicap manis.. perghhh!! nikmat nya~p/s : camna nak pukul telur sampai naik ek? bila sy buat je sure lenguh tangan la pukul dgn garfu tu pastu tak naik2 sgt pun hehe

  6. ku tak sempurna
    August 11, 2008 at 8:40 am

    puas makan telur dadar tu… 2 biji telur angsa pun mesti dah besar telur dadarnya…😀

  7. Tie
    August 11, 2008 at 9:08 am

    kamar- masak lemak mmg sedap..entah napa malas lak…tapi dadar pun laku gak..dah abis pun..he he..akak- rasanya lemak sikit..kalau org kurus boleh lah nak tambahkan lemak..adila- org tak jual telur angsa ni..ibunya pun dah mahal..nak bela pun leceh sebab kuat sgt gi ‘shopping’.. Bab nak pukul telur sampai naik tu…putih aje ke? kena guna mixer..campur gula dan cream of tartar(ikut sukatan).. bekas kena betul2 bersih..baru naik cantik…he he pandailah tu…Kutaksempurna- akak goreng sebiji dah cukup makan 5 orang..makan ngan kicap…emm sedap..

  8. Neeza Shahril
    August 11, 2008 at 11:48 am

    dulu masa neeza duduk di rumah lama masa kecik, ada angsa tuan rumah tu. kalau kami balik dari berjalan, bising je dia.. tapi orang kata, kalau ada angsa kat rumah, ular tak datang. tak tahu lah betul ke tak..sedap telur dadar tu… anak neeza yang kecik sekali suka makan nasi dengan telur dadar hehehe..

  9. MamaFaMi
    August 11, 2008 at 1:03 pm

    Lawaklah baca entry Tie kali ni.. bila Tie sebut ‘anak-anak’, terasa la muda diri ini.. ahakss…Telur itik kalau buat telur asin, best oo…

  10. KAKTINY
    August 12, 2008 at 3:44 am

    kolestrol kolestrol.. wakakakakkah… hihihi

  11. Laracroft74
    August 12, 2008 at 8:48 am

    first time i tengok telur angsa…besarnya…makan sorang pun agaknya tak boleh habis…rasa dia sama tak macam telur ayam?anyway buat telur dadar mmg best bila makan dgn nasi panas pastu letak kicap…eiii sedapp…nie yg balik karang nak wat telur dadar..

  12. lol
    August 12, 2008 at 9:11 am

    tulur!!

  13. Mak Su
    August 12, 2008 at 10:37 am

    amvoi… very der ilmiah giteww

  14. RieNa.YuMi
    August 12, 2008 at 12:10 pm

    hi there…salam kenalan ya…telur nih best…klu dah tak der idea nak masak per…telur pun jadi…

  15. akirasuri
    August 12, 2008 at 6:14 pm

    Aduh! Dah la memang tengah kelaparan ni.. Tengok gambaq teluq tu makin la lapaq..Huwaaa!!*berlalu pergi membawa perot yg kebuluq*

  16. cHeRyNa PiReS
    August 12, 2008 at 8:49 pm

    dear kak tie…bestnye bace blog akak nieh…lenkali nak dtg lagik:Dtelur angsa boleh buat gulai tak kak tie? hanyir tak?*thanx sbb visit blog kite:D

  17. Tie
    August 12, 2008 at 11:47 pm

    Pada cheryna,akirasuri,riena,maksu,lol,laracroft,kaktiny,mamafami dan neeza..thanks krn bagi komen..tak ..telur tu hanyir mcm telur ayam..boleh msk macam2 cara tapi tak pernah lak buat kek..,pasal ular tu neeza, akak tak tau lak..nanti nak tanya mek..

  18. hafizanbukitabal
    August 13, 2008 at 9:54 am

    Ni la lauk wajib bagi orang bujang macam saya ni.. mmg sedap!!! eh… nak g beli telur la nak buat telur dadar!!

  19. luqman
    October 9, 2008 at 2:58 am

    SAlam kak telur angsa tuh adelagi x?? angsa warna kelabu,putih? sy nk beli dalam 10-20 biji boleh ke?nk cuba tetaskan dalam inkubator.

  20. September 9, 2009 at 5:17 pm

    katanya khasiat telur angsa bisa meningkatkan kualitas sperma? apa benar ya…?

    mau info kesehatan dan ramalan http://infosehatbugar.blogspot.com

    • Tie
      September 10, 2009 at 10:37 am

      Alamak.. tak tahu pulak khasiat begitu. Tak pernah terfikir pulak!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: