Home > Bincang > Ikhlas

Ikhlas

Ikhlas adalah perasaan yang lahir dari hati..dapat dirasai walaupun tak semuanya kerana ikhlas sebenarnya hanya diketahui oleh empunya diri dan Allah tentunya…

Adakalanya pemberian, pertolongan atau perlakuan seseorang diragui keikhlasannya, walaupun bukan sengaja untuk merasa curiga …atau mungkin syaitan yang menganggu hati..

Bagaimanapun tie telah melalui beberapa peristiwa…yang mungkin boleh diambil ikhtibar semua…Bukan niat untuk memburukkan sesama manusia tetapi sebagai pengajaran …

Hidup berjiran memang ada pahit manisnya…Jiran A suka sangat hantar juadah…Tak kiralah lauk ikan kering masak lemak kuning, goreng pisang, kerabu, gulai, dan macam2 lagi.. Niatnya mungkin baik , untuk eratkan silaturahim…Tapi tie tak larat nak balas…Dlm masa 1 minggu pinggannya bersusun menanti untuk dibalas.. Maklumlah masa tu budget kurang…tie pulak tak sampai hati nak masak lebih kurang utk balasannya..

Jadinya, setiap minggu kena fikir menu , utk pulangkan pinggannya..Jadi tak ikhlas kan.. Hubby pun bising, dia pernah sakit perut dek masakannya…Jadi hubby takkan sentuh juadahnya…

Jiran B pulak (Tempat lain) orangnya cermat, hidup mewah, baik orang nya.. Tapi pernah bagi tie sayur yg dah kecut…Katanya sayang nak buang… Rasa terhina lak tapi tie terima aje..Bila hubby nampak, dia tegur..suruh buang je…

Jiran C juga baik orangnya (semua jiran tie baik2 belaka). Masa dia nak pindah dia bagi tie pokok buluh yg separuh mati…Dia cabut dari pasunya… Tie terus tanam kat sini…Hidup subur dan cantik lak… Tapi tie tersinggung bila dia bagi beberapa pasu pokok bunga pada jiran sebelah (Pangkatnya lebih tinggi dr hubby). Bukan tie nak pokok tu… tapi kalau dia tak bagi pokok buluh tu tie taklah rasa terhina…Rasa sangat kita ni 2nd grade…So keikhlasannya tak dihargai..Tie pulak rasa berdosa..

Jiran D surirumah mcm tie gak tapi hubbynya ada motor je…Tapi dia tak lokek dgn senyuman dan ramah sekali… Dia suka bagi tie pokok bunga utk ditanam.. siap bagi nasihat lagi..Tie dapat rasai keikhlasan dia…

Beberapa minggu yg lalu anak bongsu tie bawa balik cupcake yang dibelinya kat sekolah.. katanya untuk mama…sambil dihulurkan 2 bungkus cupcake yang penyek dek buku sekolah..Tie tak dapat menahan ketawa… Haa ingat juga kat mamanya yg hobinya makan ni.. Mama dia pun makan ..takut kecik hati lak.. penyek pun tak ape… Mungkin dia tak sangka cupcake tu boleh jadi pancake lak…

Pengajarannya….

1. Jika kita hendak beri sesuatu pada seseorang, berilah yang terbaik, yang kita sayang, bukan yang dah buruk… supaya pemberian kita dihargai…,

2. Jika kita hendak beri juadah pada jiran (tak lama lagi bulan ramadhan), gunakan bekas polisterin ke atau bekas microwave yg murah tu, supaya dia tak merasa terpaksa nak balas dan ini takkan menyusahkan dia..dan kita pun tak mengharapkan balasan..Mesti ikhlas baru dapat pahala…

3. Jika kita menolong atau berbuat baik pada seseorang, jangan pulak mengungkit2 nanti tak ikhlas lak..

Tu sebabnya bila tie nak beri sesuatu pada seseorang, siap belek lagi takut tak sempurna atau ada yang tak kena… Maklumlah mata ni rabun sikit.. Tapi barang nya tak semestinya mahal atau berharga…

Tie hanya mengingati diri sendiri dan sesiapa yang sudi menerimanya. Tie ni pelupa dan kena tulis baru masuk dlm memori… Macam masa study dulu.. nota berjela-jela… Tapi kalau ada sesiapa yang terasa maafkanlah.. tie tak berniat pun.. Dan kalau nak tambah lagi pengajarannya pun bagus gak… Dah habis idea ni.. he he..

Peringatan
========

Entry ini bukan untuk mempertikaikan keikhlasan jiran2 tie atau sesiapa pun tapi hanya untuk menguji dan menyedarkan keikhlasan diri sendiri..

Categories: Bincang
  1. Suzi
    August 8, 2008 at 8:58 am

    salam kak tie…memang mcm2 pengalaman hidup berjiran..kan?sifat ikhlas memang susah kita nak pastikan…antara seseorg tu dgn Allah je yg tahu.Blh diibaratkan seperti seekor semut hitam diatas batu yg hitam dimlm yg gelap gelita…maka kita kenalah selalu bersangka baik…

  2. Tie
    August 8, 2008 at 11:15 am

    Ya lah suzi..sifat bersangka baik tulah selalu tie cuba terapkan dalam hati..Thanks..

  3. Akak
    August 8, 2008 at 1:32 pm

    Salam Tie…Akak setuju sangat2 dengan kata2 Suzi tu.Kita kena bersangka baik, orang memberi kita merasa, ikhlas atau tidak pemberian mereka itu hanya sipemberi & Allah sahaja yg maha mengetahui…

  4. Tie
    August 8, 2008 at 11:58 pm

    Betul tu akak..tapi entry ini bukan nak mempertikaikan keikhlasan seseorang tapi menguji keikhlasan diri sendiri..

  5. mama ranggie
    August 9, 2008 at 2:09 am

    salam dr mama..gitulah hidup berjiran kak tie..kena banyak bersabar ye..hiks..

  6. ku tak sempurna
    August 9, 2008 at 2:58 am

    salam tie…jiran ni mmg mcm2 kerenah… ada tu yg skjp ok ngan kt… jap lg mcm nak gaduh… tak fhm dgn dorg ni… mak slalu pesan, klu nak bg org sesuatu, bg biar yg sempurna… thanks for the entry… ikhlas…

  7. Neeza Shahril
    August 9, 2008 at 4:41 am

    pernah juga neeza ada jiran yang berperangai pelik sikit. Bukan yang pompuan tapi yang lelaki. Nak cerita panjang sangat dan nanti jadi mengutuk pulak. Yang pasti, kami ingat, dia pinjam husband neeza punya apa tools tapi tak pulang sampai sudah.. halal je la kan.. heheheh..

  8. MamaFaMi
    August 9, 2008 at 7:05 am

    Tak apalah Tie, buang yang keruh ambil yang jernih. Sentiasalah berfikiran positif ya….

  9. Tie
    August 9, 2008 at 7:17 am

    mama ranggie- berjiran dan bersahabat mmg gitu..kdg2 tak perasan lak perangai kita , yek..ku tak sempurna- mak akak pun kata gitu gak..neeza- biasalah bab pinjam meminjam ni susah nak komen.. he he..mamafami- sebenarnya tie tak kisah sangat cuma tie taknak ulang kesilapan org buat pada tie.. itu aje..terkilan rasanya…..thanks alot.

  10. hafizanbukitabal
    August 9, 2008 at 9:42 am

    sori..dah lama tak ngomen.. saya ada pengalaman berjiran ngan sorang makcik dan anak pompuannya(janda rasanya). perangai 2 beranak ni memang pelik, suka marah2 kami pada benda yang kami sendiri pun tak tahu apa salah kami. pastu penah tuduh kami pecahkan pasu bunga diorang,jatuhkan kasut yang kami jemur kat pagar,tuduh kami curi kerusi plastik diorang padahal demi Allah kami tak buat. Muka tak penah senyum walau kami cuba untuk senyum pada diorang. kalau tak percaya.. tanya asharulda6. dia pun penah kena marah.. hehehe. so.. kita yang waras ni…bersabar je laa..

  11. Kujie
    August 10, 2008 at 3:55 am

    salamsaya kadang2 nak hantar pakaian anak2 untuk di derma pun rasa serba salah..bagi kita mungkin dah cukup elok..masih boleh digunakan tetapi penerimaan orang lain berbagai..sbb masing2 dari berbagai latar belakang..sosiol budaya.yang no 2 tu..mmg saya amalkan sejak lama dulu..saya ada 3 jenis bekas pilisterin , sekecil bekas burger. Siap gelang getah, plastik membungkus. Rasa serba salah nak bagi dalam bekas . Paling mudah pun bekas ais krim..siap pesan tak payah pulang kan..p/s terimakasih kerana singgah blog saya.

  12. Qasih
    August 10, 2008 at 7:59 am

    keikhlasan sebenar tidak memerlukan kata-kata untuk mengungkapkannya. ianya lahir dari hati dan berbekas di hati lalu ikhlasnya terukir di jiwa…

  13. Adila
    August 10, 2008 at 11:31 am

    bukan jiran je..org yg jual makanan slalu bagi konon nye sedekah makanan2 yg smalam klo tak pun ade la cacat cela sket (hangit sikit ke)kalo nak bagi, bagi la yg elok kesekurang2nya tak la rasa tawar hati nak pegi kedai tu lagi, kan?

  14. Siti Khuzaimah
    August 10, 2008 at 3:25 pm

    Salam, keikhlasan hati ni terletak pada individu…mmg sukar utk menilai keikhlasan seseorang…rambut sama hitam tp hati lain2…kadang2 kita da ikhlas tp mgkn tanggapan orang lain tidak..maka, berbaik sangka ler selalu…waullahualam

  15. Tie
    August 11, 2008 at 1:50 am

    ustat- mungkin jiran ustat tu ada problem sikit..jadi ustat dan as tu yg jadi mangsa..kujie-tie selalu bagi pakaian anak2 terpakai pada org2 kpg yg susah melalui adik2 ipar…tapi yg anehnya mereka lak ambil utk anak2nya..tak tau nak kata apa..Tentang bekas makanan tu mmg tie pun ada stok..senang kan…qasih-ada point tu..adila-mmg betul pun..peniaga bagi buah dah nak busuklah..karipap basi pun ada..haa durian yg ditebuk tupai pun nak jual..bagi diskaun katanya..tapi hubby terus laser kat dia…siti khuzaimah-kita sesama insan pun perasaan..sebenarnya ikhlas pun dapat dirasai hanya dari renungan mata dan perbuatan..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: