Home > Kampung, Kenduri > Kenduri arwah

Kenduri arwah

Haa… cuba teka apakah benda yang jejaka handsome ni bawa..siapa betul dapat lada sebutir..

Abang ipar tie ni adalah antara yang paling rajin… kerja tak payah disuruh tapi yang tak tahan dengar ceramah dia tu… He. he.. Dia juga agak mesra dengan tie, cuma tie rasa segan lak….

Jumaat lepas kami pulang ke kelate kerana nak buat kenduri sikit. Tie sebagai tuan rumah (tuan punya kerja- kata org kelate) hanya jaga makan minum orang2 yang menjayakan majlis tu… Mek , abang serta adik ipar yang uruskan segalanya.. dari para jemputan hinggalah tukang masak dan tukang cuci pinggan.

Kaum bapa ramai2 tolong uruskan daging. Tie tak sempat ambil gambar lembu tu..

Tu.. tinggal kepalanya je..

Kaum ibu lak buat acar dan hiris umbut nyior. Sambil buat kerja sambil mengunyah…. Wakaf tie ni tak siap lagi sebenarnya.. bubuh atap sagu dulu sebab tak cukup budget. Nanti ada rezeki barulah makeup lawa2 macam dalam ‘Anjung Seri’ tu… berangan je….

Ni sebenarnya bukan tetamu tapi orang2 yang buat kerja… Jamu dulu… baru boleh layan tetamu..

Yang kiri sekali kat pintu rumah tulah tie… Tengok dari jauh boleh… kalau tengok dekat2 takut susah nak tidur lak.. he he………

Sekarang dah rasa lega bila kenduri dah selesai. Mek pun dah tersenyum lebar, tak yah runsing pasal lembu dia lagi.. Tapi badan ni sakit2.. maklumlah lepas kenduri rasa nak demam.

Categories: Kampung, Kenduri
  1. Akak
    July 28, 2008 at 7:03 am

    Salam Tie…Bestnya, buat kenduri arwah pun dah meriah mcm nie.Seronok tgk penduduk kampung yg ada semangat kejiranan mcm nie, bergotong royong, kalau kat bandar jgn harap lah nak ada suasana mcm nie..Nie yg buat akak rindu kat kampung halaman..

  2. Faizah
    July 28, 2008 at 7:42 am

    lamanya x makan kenduri..tak sempat balik pulak untuk arwah kenduri mak su..huhu

  3. hafizanbukitabal
    July 28, 2008 at 7:47 am

    salam kak tie.. ewah2.. banyak update yee.. bagusla.. ni menandakan emosi tu dah stabil kan? benda itam atas keta sorong tu ialah kulit siput gegasi!! bukan?”Tu kawah laaa…”

  4. Tie
    July 28, 2008 at 8:47 am

    Haa… betul lah kawah tu.. ingat kura2.. he he hanya org kpg je yang tau. Memang meriah kenduri kat kpg ni akak,faizah.. rasa malas nak balik ganu semula.. Letihnya toksah cakap, macam nak putus urat ni.. bukannya buat kerja sangat, kuat berjalan.. kakinya entah berapa km meternya, tu pun pusing2 keling rumah je… Jadi mandurlah katakan…

  5. kamar hati
    July 28, 2008 at 9:07 am

    bestnyer kenduri kendara ni…makanan sure sedap bangat…bestnye… (“,)

  6. Kak Elle
    July 28, 2008 at 12:09 pm

    best kan bergotong royong bersama…

  7. Siti Khuzaimah
    August 4, 2008 at 4:04 am

    Salam kak tie, hubby orang kelate yer…kat mana tu? Kakak saya pun kawen dgn orang kelate, Bachok…mmg tiap kali wat kenduri meriah mcm tu ler…

  8. Tie
    August 5, 2008 at 12:14 am

    Kamar..kenduri memang best tapi letih lak layan tetamu..Kak elle..gotong royong memang amalan org kampung..Yg seronoknya kat sini mereka dtg bawak gula 1@2 kilo..saje2..sebagai buah tangan.. Boleh bukak kedai jual gula …Siti..hubby org selising..meriah dan kecoh kat sini.. he he..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: