Home > Tingtong > Rahsia hati

Rahsia hati

Entahlah kenapa minggu ni rasa sentimental sangat.. Walaupun ia sudah sering terjadi tapi tie selalu elak dari memikirkannya. Tapi tak tau lah. Susah nak kata. Kita hanya boleh merancang , berdoa dan mengharap yang baik2 saja.

Kadang2 cuba juga memujuk hati kerana bukan kita sorang yang diduga oleh Nya. Kalau merasa susah mungkin ada orang lain lebih susah. Tapi rasa takut kerana bimbang tak cukup tabah untuk menghadapinya.

Tak taulah.. apalah tie merungut pagi2 ni. Kadang2 ingin sangat pergi jauh…. bukan untuk lari dari masaalah tapi sekadar untuk rehatkan minda. Paling jauh dapat pergi hanyalah ke atas sejadah, mengadu dan memohon agar segalanya akan berakhir.. Cuma hanya menunggu masa.. mungkin ia akan berubah sebagaimana yang diharapkan atau terus ….

Puas cuba berfikiran positif…dan cuba memahami ….tapi mengapa ia terus mengulangi …….menghantui diri…. menganggu hati….

Bimbang… itulah perasaan yang sering hadir…. bukan tidak redha akan ketentuanNya … hanya khuatir…….kiranya hati ini tidak bersedia ….untuk menerima hakikatnya….

Mungkin hanya dengan mengukir senyuman… atau menyibukkan diri … dapat meredakan hati … kerana itulah yang dilakukan selama ini….

Categories: Tingtong
  1. suara
    July 20, 2008 at 7:17 am

    Salam…Ngapa ni tie? Lain macam je catatan kali ni… Apapun, su doakan agar Allah berikan kekuatan untuk Tie..

  2. kamar hati
    July 22, 2008 at 5:29 am

    salam…kenapa ni??? relekskan diri k…tenangkan fizikal & mental k…moga rasa yg tak diingini itu cepat berlalu k… (",)

  3. KAKTINY
    July 22, 2008 at 8:50 am

    salam tie..belajar utk kuat.. andai berita yang didengar, cerita yang diterima, khabar yang disampaikan tidak seperti yang diharapkan atau seburuk yang diduga.. kuatkan hatimu – cekalkan mindamu.. setiap org ada dugaannya.. dan sentiasa ingat “Allah memilih hamba2Nya yang terpilih shj utk diduga.. dan ujian-Nya pada adalah mampu menggalas..”

  4. Akak
    July 22, 2008 at 9:23 am

    Salam Tie…Kenapa sedih ada perasaan mcm nie Tie..Sebaik tempat untuk kita mengadu adalah dlm solat dan melalui doa2 kita pada Allah, yg selebihnya pasrah, insyaAllah….semuga Tie kuat yea..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: