Home > Kampung > Balik Kampung

Balik Kampung

Tie balik kampung kelate jumaat lepas. Dah lama tak tengok rumah tu, dah naik hutan lak. Entah bila dapat duduk sana, bukan senang darling Tie dapat posting kat sana… Puas cari kabel besar, tak berjaya juga. Bukan apa, kat sana tanah luas gak, dah berangan nak bela ayam, itik dan kambing. Nak tanam pokok pisang, ubi, pokok buah dll. Kalau nak tunggu darling pencen, rasa2nya tak kuat ‘nak pikul cok’! He.. He.. dah boleh kecek kelate sikit2.

Sempat juga makan gulai itik serati, dgn moombear nyior. Sedap gak. Kebetulan ada jiran buat kenduri sambut menantu.. Pagi tu pergi tolong2 sikit, maklumlah org dapur.. Sampai pijar tangan ni buat solok lada..

Kami pun ingat nak buat kenduri …,’naik rumah baru’. Tapi tak tahu bila, budak2 tu sibuk dgn sekolah. Ayahnya lak sibuk dgn kerja. Mek kat kampung dah susah hati sebab lembu dah kurus. Nampak gak tulangnya timbul je, macam badan Arif…Bagi vitamin pun tak naik badannya. Ha.. lembu pun makan vitamin tau.. Mek nak bagi lembunya 2 ekor kat kami untuk buat kenduri. Kat sana tak leh buat kecik2 kendurinya. Kaum kerabat ramai. Takut terjilat2 lak nanti.

Rumah Tie kecil je.. Budget tak banyak. Itu pun kena tipu dek saing sekolah . Dahlah buat rumah 3/4 siap, senget sana sini , bentuk rumah pun hodoh, malu gak pada kawan2 nanti . Sampai sekarang tak jumpa2 lagi. Kata orang dia ambil 2nd wife, keluarga dia huru hara, duit kami dibuat honeymoon agaknya..Dah nasib kami. Harap husband Tie tak terserempak dgn nya , takut terjadi perkara tak diingini.. Hati dia panas lagi, tu…..
P/S : Azza, gambar lama kita tu dah buruk lah, Kalau Azza ada, post kat Tie, boleh gak promote sikit mana tau kot2 ada yg berkenan.. He he…..
Kepada Bangmir dan Asharul tu, akak tak pandai menulis sgt, main hentam je. Subject BM dan Eng paling benci. Tapi, thanks pada cikgu2 dulu, boleh gak karang cerita sikit2. Agaknya mereka mesti sakit kepala bila baca karangan ni. He he…..
Categories: Kampung
  1. Hannan
    June 30, 2008 at 11:59 pm

    adoi…kesian kene buat camtu kat member sendiri…hampes tulkelantan kat mane tu?

  2. Tie
    July 1, 2008 at 1:37 am

    Kat selising. Hannan bila nak balik Malaysia? Mesti sedih nak tinggalkan Moscow….

  3. kamar hati
    July 3, 2008 at 3:29 am

    wahhhh…entry balik kampung la plak….best tu…ni yg nak balik kampung gak ni..rindunyer…. huhuhuhu…

  4. opendebate
    July 3, 2008 at 5:02 am

    lme dh sye x blik kampung!!!!!!!!!!!! rindula……tu la kan..org melayu zaman sekarang dh maju…kadang-kadang lpe asal-usul kita…kampung halaman…akar bangsa yang telah menjadi pokok yang rendang..lupe akar, matilah pokok..

  5. U.Lee
    July 4, 2008 at 4:57 pm

    Hello Tie, wow! I love your house, so beautiful and cozy looking and all that big space around…can put up a koi pond, plant jambu, rambutans, durians, keep rabbits…Have fun your balek kampong…best regards, Lee.

  6. Akak
    July 6, 2008 at 2:53 pm

    Salam Tie…Cantik rumah Tie, luas kawasannya, hurmm seronok kalau rajin bercucuk tanam nie..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: