Home > Hantu > Ayah

Ayah

Dah lama Tie tak bersembang dgn ayah . Biasanya bila talipon , mak yang angkat. Ayah walaupun dah pencen sentiasa sibuk aje.. Dia memang minat membaca dan menulis. Tapi tak pernah publish pun.

Dulu ayah banyak hobi. Antaranya bermain piano, bertukang (tapi meja yg dibuatnya bergoyang lak), photography, mengail, dan memburu..(yang paling bahaya tu..) Alat bertukangnya lebih dari cukup, begitu juga alatan memancing. Gambar pun pandai cuci sendiri. Masa tu mana ada camera digital. Cuma ‘air rifle’ nya aje dah dijual. Sebab bimbang benda tu senjata. Dia pun dah tak berburu lagi.

Cite pasal berburu ni, ayah telah lalui macam2 pengalaman pelik. Sekurang-kurangnya seingat Tie, dia dah 2 kali terjumpa dengan hantu.. He.. Cite hantu lak ni…

Masa tu hujan, dlm hutan , rasanya kat mawai, Johor. Dia dan kawannya cari tempat teduh. Kebetulan jumpa bangsal buruk, jadi mereka pun menuju ke situ. Tapi, sampai situ kelihatan seorang perempuan duduk dgn wajahnya berpaling ke arah lain. Ayah ni, jenis suka ambil tahu, jadi dia pun pergilah bertanya kerana dirasakan pelik , seorang perempuan berada dlm hutan, malam hari lak tu…

Haa… bila ditanya, tak dijawab, tapi kali ketiga perempuan tu pun memalingkan mukanya ke arah ayah. Ayah dgn segera pergi duduk dekat kawannya. Kawannya pun tanyalah , apa hal.
Ayah jawab perempuan tu malu nak jawab sebab tak de wajah…. Hee… Kalau Tie terus pengsan gak! Tapi ayah boleh relax je..

Masa kat tepi pantai dia terserempak dengan 2 org gadis sedang mengheret kotak kayu. Kedua2 nya berwajah serupa, berpakaian putih tapi ayah tak serik2 lalu pergi bertanya. “Tangkap ketam..” kata salah seorang dari mereka. Lepas beberapa langkah berlalu, ayah toleh ke belakang. Tapi keadaan lengang je, kesan jejak mereka pun tak nampak.. Agaknya saja syaitan2 tu nak main2kan mereka..He he…


Categories: Hantu
  1. Hashim
    June 26, 2008 at 10:46 am

    Ornag yang biasa pergi memburu mesti kuat dia orang punya semangat tak bole main main dalam hutan nanti x balik rumah nanti, tak jupe jjalan pulang

  2. asharulda6
    June 26, 2008 at 9:54 pm

    satu hobi yg menarik tu….đŸ™‚

  3. kamar hati
    June 27, 2008 at 6:14 am

    huhuhuhu…hantu la plak…manusia : hantuuuuuuuuu….lariiiiiiiiiii…Hantu : manusiaaaaaaaaaa…kejaaarrrrrrr…hihihihi…

  4. Tie
    June 29, 2008 at 12:07 am

    Hm.. ayah memang selalu sesat dlm hutan, berpusing2 tmpt yg sama. Bila dah subuh baru jumpa jalan, tu pun mesti ada barangnya yang hilang.Kelakar bila teringatkan . Sampai rumah muka pucat pastu sibuk nak gi sekolah lak sebab dia tu dulu guru..

  5. Tie
    July 3, 2008 at 10:33 am

    Agaknya pak cik tu kesian kat ustat, takut terlepas waktu solat dek asyik tunggu ikan tak timbul2. Rezeki lah tu…

  6. hafizanbukitabal
    July 3, 2008 at 9:33 am

    saya penah memancing kat gombak awal tahun ni, sama tu dah senja, satu ekor ikan pun tak jamah umpan, dekat2 kul 8 malam, tiba2 datang orang pakcik yang saya sendiri pun tak tau bila plak orang tua tu duk belakang saya, dia tegur saya..”dapat ikan?” saya jawab la tak.. dia pun dengan selamba bagi ikan dalam plastik yang dia bimbit, besar2!!(setahu saya kat sunagi tu payah sangat nak dapat ikan saiz mcm tu punya besar)banyangkan, ikan talapia besar pinggan nasi!! saya tanya dia.. pakcik dapat kat mane? dia cakap dia tangkap, tp yang peliknya,kat tangan dia satu alat tangkap ikan pun tak de, seluar plak kering je.. pas dia bagi ikan tu kat saya, dia trus masuk hutan kat terpi sungai.. setahu saya, dalam hutan tu mane ada orang tinggal!!! sampai sekarang saya dah tak jumpa pakcik tu kat tempat tu,sedangkan hari2 saya mancing kat situ.. siapa la agaknya pakcik tu??

  7. puspawangi
    December 30, 2008 at 7:16 am

    tie,comelnya anak tie…tentu tie pun come gak..hehe

  8. Tie
    January 5, 2009 at 10:38 am

    puspawangi – semua budak2 comel je..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: