Home > Tingtong > Pak Lah Ooiii

Pak Lah Ooiii

Macam mana ni,…dah lama pendam perasaan marah , ini tak boleh jadi , budget dapur tak cukup. Harga brg kat supermarket semua dah naik. Kepala dah pening, Kenapalah Pak Lah tak fikir panjang2. Dia dah nyanyuk ke? Dah naikkan harga bahanapi pastu nak bagi subsidilah, bagi rebate, nak tukar itu dan ini. Kenapa ni, menyusahkan kita, malah menambahkan kos tu adalah…

Pak Lah Oi!!.. Kan lebih baik turunkan semula harga minyak tu.. Tak yah susah2 lagi. Bagaimana org kampung yg tak ada gaji tu.. Harga makanan dah melambung. Siapa nak tanggung? Rebate tu tak bermakna..lah. Hentikan saja majlis perasmian itu ini.., jamuan.., seminar kat tempat mewah tu…, kat pejabat bukan tak leh buat, takyah bagi cenderamata yg entah apa-apa, beg2 kulit tu pun tak yah sediakan, masing2 dah ada berlambak kat rumah….

Kami dah lama berjimat, tapi nilai duit kat bank tu nampaknya makin turun… Hai… janganlah jadi macam Rupiah sudahlah…Tak sanggup nak heret Ringgit dalam guni semata2 nak pergi kedai..

Wah , kakitangan kerajaan dah boleh buka bisness ke? Siapa nak membeli tu… Semua orang terpaksa berjimat. Nak jual kuih? Tepung dah mahal, takkan tak tahu.. Pak Lah Ooiii…. Semuanya kena buat sendiri, kuih, roti, roti canai pun dah pandai buat.., tak pandai tebar pun tak apa, penyek je.. janji anak2 kata sedap….

Nak jual apa lagi? Barangan kesihatan, dah berlambak…., pakaian,…perkhidmatan? Hmm ..Ingat nak start jaga anak org lak. Bukak nurseri kecil2an. Entah boleh ke… Dah lama tak pegang budak kecik. Takut terlepas lak….

Pak Lah OOiiiii Tolonglah kami. Rasa macam sesak nafas ni.. Sejak dah kahwin ni semakin hanyut Pak Lah ooii., dah lupa ke tanggungjawab terhadap kami ni?

Pak Lah Oii, sebelum Pak Lah berundur, cepat2lah betulkan kesilapan tu…Takkan tak sedar lagi. Baik cepat mengaku salah daripada dikutuk orang hari2.

Pak Lah Ooii, dulu masa jadi PM semua orang (hampir semualah) suka, senang hati, dan harapan kami tinggi menggunung. Tapi sebaliknya terjadi.. Macam mana boleh jadi begini.

Tak tahulah Pak Lah oii, tak tahu nak cakap apa lagi…….

Maaflah Pak Lah oii… Tie tak sengaja nak berkasar…., Tie bukan jenis orang begitu.. tapi dah tak tahan lagi…, ni …siapa2 nak babysitter, bolehlah dtg rumah. Tie boleh jaga ikut office hour je….

Categories: Tingtong
  1. Syam
    June 24, 2008 at 4:16 am

    terasa emosi marah di dalam entri saudaricheerssyam @ http://aeropama.blogspot.com

  2. Tie
    June 24, 2008 at 4:40 am

    Memang dah lama marah, syam… Akak dah tension, nak urus brg dapur ni, tak leh buat kuih sekerap dulu..Budget dah kurang..Semua org rasa begitu agaknya..

  3. shopforshoppers
    June 24, 2008 at 5:35 am

    Salam Tie…Tie bukan Tie jerr yg rasa mcm tu, akak pun sama, org lain pun sama, marahnya bukan main kat Pak Lah tapi Pak Lah tak peduli pun kat marah kita, tak buleh buat apa katanya sebab harga minyak dunia dah naik!!!!Salam – Akak

  4. kamar hati
    June 24, 2008 at 6:22 am

    hmmmmmmmmmmmmm…hmmmmmmmmmmmmm…hmmmmmmmmmmmmm…

  5. blackpurple @ jowopinter
    June 24, 2008 at 8:48 am

    Entah-Lah!

  6. waterlily
    June 25, 2008 at 1:37 am

    Woo..marah sungguh ni.Salam kenal. Terima kasih kerana menyinggah kat laman akak🙂

  7. Ajzie
    June 25, 2008 at 2:24 pm

    sabar sabar.. tp saya pun marah gaksss hihihi… serba serbi mahaiiiiii

  8. Monster Mom
    June 26, 2008 at 3:07 am

    Tie sayang…oii.. sabaq na!!!!

  9. asharulda6
    June 26, 2008 at 8:22 am

    tu la malaysia. Malaysia boleh… hahahhaha.. sape lah nk dengar rintihan hati insan kerdil seperti kite nie,… hehe

  10. Jun :)
    June 27, 2008 at 4:39 am

    marah gak..wahaha..tp nak wat camner, mcm marah kat patung..bukan ade kesan mende pon..x pasai2 dosa tambah ni..ari2 dok ngutuk dia…aLahhai…

  11. hafizanbukitabal
    June 27, 2008 at 2:16 pm

    kak tie.. assabru minal iman…kita dah lama diulit kesenangan dunia..hingga ada yang alpa.. ini adalah ujian Allah untuk hamba2Nya yang dikasihi… Bersabarlah..Allah jadikan sesuatu itu adalah bukan sia-sia..

  12. intan
    August 4, 2008 at 2:08 pm

    betoi..betoi…semua org terasa bahananyer…harga brg kat luar tu naik mencanak canak, diaorg besar bole lar,itu claim ini mna nk terasa claim…kt nk claim amendanyer..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: