Home > Uncategorized > Mula Bekerja

Mula Bekerja

Lepas grad, ayah suruh cari kerja. Ingat nak sambung study. Ramai yang sambung study di UPM. Rasa sedih terutama bila Zainal telefon bertanya khabar. Katanya puas dia cari Tie di UPM. Nak buat macamana, walaupun result membanggakan, rezeki tak ada. Tie merana kerana masa tu susah nak dapat kerja.

Setelah hampir setahun, barulah dapat kerja di Seamaster sebagai assistant chemist. Mr. Yong yang menemuduga, terus terima kehadiran Tie di makmalnya. Dia, seorang chemist yang aneh . Kadangkala lucu tapi ada masanya menyakitkan hati. Walaupun begitu, Tie amat terhutang budi kepadanya.

Tie ada ramai kawan di sana, selain dari bahagian pentadbiran (Rahimah, Yeo Chow dan Asma), Asokan (Lab Assistant), dan production (Ah Boon dll). Tie tak ingat nama merekalah.

Mr. Yong tu pelik , ada sekali dia ajak Tie pergi honeymoon kat Genting. Tie buat-buat tak dengar je. Dan ada sekali Tie bertelagah dgnnya kerana dia tak mengaku kesilapannya . Esoknya Tie dengar cerita dia mabuk di pub. Hai… macam-macam hal.

Namun, Tie tetap menghargai persahabatannya. Selain dari dia, ada seorang trainee chemist , namanya Lau. Dia bagai seorang abang yang penyayang. Dia selalu tolong Tie. Katanya, kalau Tie ni Chinese, dah tentu kita boleh jadi abang adik! He..He… Tie tak berani bertanya maksudnya. Bila Tie berhenti dari Seamaster, dia dan seorang lagi abang chinese yang Tie dah tak ingat namanya menghadiahkan Tie seutas jamtangan emas, hingga kini Tie ada menyimpannya.
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: