Archive

Posts Tagged ‘kacang parang’

Kacang parang

January 8, 2010 58 comments

Dulu pernah tunjukkan kacang parang , kan…? Haa…. hari tu masa balik kejap, sempat snap gambar kacang parang ni . Masa gini la sedap dibuat ulam (rebus kejap) atau di masak sayur . Rasanya lemak. Makan sekali nak lagi, hi hi hi………

.

.

Orang kata, anak-anak tak elok makan kacang parang. Jadi Tie pun googlelah sebab nak tahu gak. Rupa-rupanya kacang parang mengandungi bahan kimia kanavilin dan sekutu dengannya serta ureas yang merupakan sebatian yang merencat pertumbuhan.

Sebatian kimia konkanavalin A melekat kepada sel-sel usus dan mengurangkan keupayaan tubuh menyerap nutrien dari usus. Jadi, jangan beri anak-anak makan kacang parang samada dalam bentuk sayur ataupun dalam bentuk kacang. Takut nanti jadi ketot , macam makcik ni, hehehe….

Jangan makan biji kacang parang yang tua jika tak tahu cara memasaknya dengan betul. Ianya beracun.  Bagaimanapun, biji atau buahnya mempunyai khasiat. Ia direbus dan airnya diminum membantu penghadaman.

Kacang parang bersama bijinya boleh merawat sakit pinggang dan bengkak setelah dibakar, diambil abunya sebagai salap dengan mengosok ke tempat yang sakit.

.

.

3 hari di kampung

October 19, 2009 67 comments

Tie sekeluarga pulang ke kampung Kelantan pada malam Jumaat lepas. Err……. tiada apa2 yang menarik berlaku dalam perjalanan, hi hi… cuma geramkan seorang pemandu tu yang suka main2 tukar lane. Rasa nak cucuk je punggung keretanya, ekekeke………..

Oh ya… Nekcun…., bukan merisik, tetapi dirisik !! Shh…… Nanti boleh cerita bila projek perintis Tie berjaya. Hi hi… sejak jadi mokcik ni, makin ‘laku’ pulak ! Mentua dan ipar inginkan bantuan Tie untuk majlis penutup mereka. Kembang kempis pulak idung ni. Tapi tak boleh cerita banyak-banyak. Kalau ada rezeki, Tie akan kisahkan di sini. Tunggu akhir bulan depan, ya.  Sabor…….

.

.

pucuk ubi, terung, kacang parang, lada kecil

Sebelum balik tu Tie sempat intai-intai keliling rumah atap biru . Banyak habiskan masa di rumah mentua, jadi bila nak balik baru teringat nak jenguk kebun. Kutip pucuk ubi sebab teringin nak masak sayur lemak. Kacang parang tu sedap digoreng je… Lada kecil tu Tie ambil sikit . Ada banyak lagi. Tinggalkan yang selebihnya untuk mentua, hehe…

.

.

Setelah selesai packing, kami ke rumah mentua adik Tie. Adik ipar sedang berpantang di sana. Jadi, untuk melepaskan rindu pada Damia, Tie cium dan peluk puas-puas… walaupun rasa tak puas pun.

Napalah rupa maklong macam nak tidor… hehe….

.

.

Damia - 18 Oct 09

Rupa Damia dah berubah sikit. Dia sedang enak lena di pangkuan maklongnya, hehe… Sila abaikan jari-jari montok tu , ya….

~ Nanti Tie akan mula rempit ke blog teman-teman.

.

.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers