Home > Makan > Steamboat ala Johnny's

Steamboat ala Johnny's

February 24, 2011 Leave a comment Go to comments

Boss kita teringin nak makan steamboat. Jadi kita sediakanlah bahan-bahan tu untuk dinner malam nanti, :P

.

.

.

Semuanya kita dah basuh dan simpan dalam fridge sementara tunggu waktu makan. Lupa lak nak beli kangkong atau sawi ! Sup steamboat tu biasanya kita guna perencah bee hoon sup atau mee hoon sup Adabi. Rebus je air dan bubuh sepeket. Kalau nak rasa bilis tambahlah ikan bilis yang ditumbuk lumat. Garam boleh ditambah ikut rasa.

.

.

.

Sementara sos pedas tu kita guna perencah tom yam Adabi jenis pes ni. Bancuh dengan sesenduk air, 2-3 ulas bawang putih (tumbuk lumat), 1 sudu cuka, 1 sudu gula dan masaklah hingga mendidih dan pekat.

 

 

Kemudian bubuh hirisan daun ketumbar dan bijan yang disagai. Kita biasa dah tersedia bijan yang disagai dalam petisejuk. Kalau nak bubuh kacang tumbuk@ mesin pun boleh. Boleh tambah lada kecik jika suka pedas.

 

Nanti malam baru nak makan, jadi….. kalian boleh mula bayangkan sekarang, hehehe….. :lol:

 

 

About these ads
Categories: Makan Tags: ,
  1. February 24, 2011 at 6:25 pm

    sedap!!.. saya laki bini suka sgt.. tp anak2 tak suka. kalo nak mkn ni biasa time anak2 gi sek.. sblh petang jln2 cari mkn dgn husband. lain kali boleh buat sendiri. TQ bg resepi utk sos pedas tu.. mmg tk pernah buat pun.

    • Tie
      February 24, 2011 at 6:39 pm

      Hehe… kak tie lupa nak tayang udang tadi, ada sedang kedinginan dalam peti sejuk.

      Anak-anak kak tie yang perempuan tu suka makan. Yang lelaki tu suka western food. Ngada-ngada lak!

      Sos pedas tu kena bubuh daun ketumbar baru menjadi. Pastu rasanya kena tambah lada kecik.

  2. February 24, 2011 at 6:59 pm

    aduh masuk blog masterchef…lapar kawe jadinya. Cancel plan nak diet. Kalori tinggi kak. Dr dah marah banyak kali :D

    • Tie
      February 24, 2011 at 9:32 pm

      Hirup kuah je laa, haha…

  3. February 24, 2011 at 8:54 pm

    Macam yong tau fuu klw makan cenggini. Kalau buat kuah tomyam lagi sedapppp…slurpppp. Saya pun baru makan steamboat smlm.:))

    • Tie
      February 24, 2011 at 9:33 pm

      Sos pedas tu kak tie guna pes tomyam. Jadi hasilnya macam tomyam laa… sedap gak!

  4. February 24, 2011 at 8:55 pm

    kak tie,

    yang putih panjang2 tu apa …. kalau buat sayur biasa sedap tak… ada nampak selalu.. tapi tak tau nak masak camane..

    • Tie
      February 24, 2011 at 9:35 pm

      Itu enoki mushroom.

      Boleh buat sup atau goreng bersama sayur. Tapi masak last sekali kemudian terus angkat dan hidangkan. Ia cepat masak dan lembut. Sedap tau Zan.

      • February 25, 2011 at 8:13 pm

        k tie buat sup campur apa fishball ke … kalau goreng pulak campur sayur apa … ok sok pagi zan pi beli … try rasa. selalu takut nak cuba..

        • Tie
          February 25, 2011 at 8:32 pm

          Bolehlah Zan. Bubuh dalam sup tomyam pun boleh. Tapi kena ingat bubuh masa nak angkat. Kalau tak ia lembek je.

          Sayur campur, kobis, carrot,bunga kobis,kacang peas, rencah hirisan ayam sikit.. kira sayur omputih laa.. baru sesuai.

          Jangan takut nak cuba, masak sikit jer..

  5. February 24, 2011 at 9:30 pm

    belum masak lagi dah nampak sedap hehe

    • Tie
      February 24, 2011 at 9:36 pm

      Alhamdulillah.

      Dah kenyang pun kita :P

  6. ima
    February 24, 2011 at 10:59 pm

    assalam kak tie…

    amboi lajunya blog kak tie sekarang…tak sempat ima nak kejar…tapi tetap kena tengok jugak…w/pun ketinggalan bas…hihi

    menu ni ima sekeluarga suka sangat..terutama ima n suamilah…dah lama tak makan..

    • Tie
      February 25, 2011 at 8:29 am

      W’salam Ima.

      Haha… kak tie tulis bila ada cerita je. Kalau tak, jadi silent reader je, :P

      Nanti kak tie nak belajar buat sos yong tauhu lak.

  7. February 25, 2011 at 8:44 am

    kpah suka kuah tomyam..
    malam ni pun ingat nakk makan steamboat gak.. sama pulak menu kita ek.

    • Tie
      February 25, 2011 at 8:50 am

      Memang Tie sediakan sos tomyam tu, berasingan sebab sibujang tu tak suka pedas.

      Sedap, KakPah… boleh makan sambil tengok tv, hehe..

  8. February 25, 2011 at 10:28 am

    maza bercadang di hujng minggu ni mahu berkehmah di PD.. lepas pasang khemah kami menjamu selera dgn steam boat yg itew. hehhee

    kira kita buat sendiri dgn stove dan tong gas bawa dari rumah lor.. hahaha

    • Tie
      February 25, 2011 at 7:44 pm

      Amboi…. bestnya berpiknik satu family.

      Nanti jangan lupa rakamkan gambar-gambar indah tau!!!

  9. February 25, 2011 at 7:05 pm

    kenapalah saya tak terpikir nak buat camni kak tie ?
    boleh cuba nanti…

    • Tie
      February 25, 2011 at 7:44 pm

      Cubalah, boleh terus buat sup tomyam kalau anak-anak tu tak kisah pedas.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: