Home > haiwan > Bagaimana nak menghalau katak?

Bagaimana nak menghalau katak?

Sekarang ni dah gamat.

Mula-mula ada sepasang anak katak sebesar kuku di dalam bilik air. Kita berjaya membuangnya nun jauh di tengah-tengah padang belakang dapur ni.

Yang menjadi masalah ada sepasang lagi katak sebesar ibu kaki. Aderk! Abang dah buang seekor tapi tetiba Wanie pekik sebab nampak 3 ekor pula.

Haish! Dari mana pula datangnya 2 ekor tu ? Kita punyalah susah nak buang, sebab dia main sorok-sorok di ceruk dapur.

Adakah itu katak yang sama ? Atau sepupunya datang menziarah ?

Kalian ada petua tak ? Macam mana nak hapuskan katak-katak ni ?

Berjaya snap gambar seekor ni je. Tengoklah betapa gemuknya dia, kah kah!! Eee….. macam mana nak buang ? Abang dah pergi. Kita geli !!

Walaupun kita tutup rapat pintu dapur tu , masih lagi ada katak yang suka bermalam di dapur kita.

Dan baru je malam tadi datang pula katak pisang (jenis yang boleh lompat tinggi) duduk dalam bilik air. Abang kata kecik je, tapi kita tetap tak suka, huhu… Macam mana nak relax dalam tandas kalau tetiba je ia terjah, kan……

~ Agak-agak katak tu ada GPS ke ? Sebab seolah-olah ia datang balik walaupun kita dah buang jauh-jauh…….. Adoi laa…….

 

About these ads
Categories: haiwan Tags: ,
  1. January 23, 2011 at 10:48 am | #1

    dah cuba kiss katak tu??

    hihihi…

    .
    .

    errr.. angie sanggup tak mandi klu ada katak ni..

    • Tie
      January 23, 2011 at 11:09 am | #2

      Angie kiss dulu laa…

      Nanti bila jadi putera katak, mama tolong pinangkan, ekekeke…..
      .
      .
      .
      Err.. kalau Angie tak mandi, tentu lagi ramai katak yang datang, haha..

  2. nahmy
    January 23, 2011 at 11:04 am | #3

    salam…hehah..heh..he..lawak plak baca komen kutaksempurna tu. kena letak sendal bawah pintu kot utk elak katak dr masuk

    • Tie
      January 23, 2011 at 11:11 am | #4

      Dah sendal , pun mereka ni datang jugak. Entah dari mana puncanya kita tak pasti. Mungkin mereka lompat masuk masa kita dok basuh kain kat luar…

  3. January 23, 2011 at 4:50 pm | #5

    oohhhh tidaaaakkkk..!!!!! cari kayu atau lari dulu…!!!

    • Tie
      January 23, 2011 at 7:54 pm | #6

      Kak tie guna penyapu lidi. Tu pun susah sebab dia nak lari menyorok lagi, aderk!

  4. January 23, 2011 at 4:54 pm | #7

    uhuhu, tak tahu nak buat cemana, hi hi hi

    • Tie
      January 23, 2011 at 7:55 pm | #8

      Tie dah berjaya buang sekor,
      tapi tak tahulah kot-kot esok pagi dia datang semula. :mrgreen:

  5. January 23, 2011 at 5:24 pm | #9

    hahahahah.. comel je. sorry kak tie saya tak tau nak kasi tips or petua apa.. tapi cam kelakar je baca kaktie nyer post nih..

    • Tie
      January 23, 2011 at 7:59 pm | #10

      Ehehehe….. tapi, bila Nono tengok katak-katak tu, baru tahu tau!!

  6. January 23, 2011 at 11:13 pm | #11

    1) buang melepasi sungai… maksudnya pergi buang katak melewati seberang sungai.. kalau jarak sungai dari rumah itu 100 km, lagi elok.. hehehhe

    2) taburkan kabur barus di depan pintu!
    errr.. harap2 tak der org cabut lari malam2 pulak..hahahha

    3) taburkan garam sambil cakap kat katak.. ko pergi ler main jauh2.. hahaha

    4) tanda ada banyak nyamuk atau serangga kat kawasan rumah…. apa lagi, Pest Control ler.. hahahha

    sekian petua maza yg entah apa2 entah itew.. hahahaha

    • Tie
      January 24, 2011 at 3:56 pm | #12

      Masalahnya nak tangkap katak-katak tu. Susah betul. Takut ia melompat ke arah kita, huhu… gelinya, berdiri bulu roma…

      Nyamuk tak de, mungkin semut kot. Dulu ada anai-anai, tapi abg kita dah bubuh ubat, entahlah… Semalam kita terpijak seekor dalam bilik air. Mujur tak pitam kat situ. Err… katak tu hidup lagi laa.. kita pijak sikit jer :lol:

      • January 25, 2011 at 10:15 am | #13

        tontulah katak itu merana sbb kaki dia patah remuk Tie yg pijak.. hahahahah

        lepas ni agaknya geng2 katak itu insaf slps terpijak dek Tie.. hahahhha

        • Tie
          January 25, 2011 at 12:33 pm | #14

          Hahaha….. (dalam hati rasa nak pulas telinga tu…)

  7. January 24, 2011 at 2:12 pm | #15

    putera katak kot ni.iskkk..

    • Tie
      January 24, 2011 at 3:57 pm | #16

      Mehlah tolong kiss katak-katak tu. :mrgreen:

  8. January 24, 2011 at 2:47 pm | #17

    teringat kecik2 dulu main berudu… tak tahu pun berudu tu akhirnya jadi katak.. siap pegang2 tuuu… kalau sekarang suruh buat gitu… idok leee teman.. hehee…

    • Tie
      January 24, 2011 at 3:58 pm | #18

      Haha……
      Ye la Neeza,
      Kak tie pun pernah main dengan berudu. Sempat belek-belek kat bawah badannya, macam rupa ubat nyamuk jenis coil tu, hihi….

      • January 25, 2011 at 10:16 am | #19

        uiks.. lain macam jer ayat, belek di bawah badan ni…

        hahahahha

  9. zue
    January 24, 2011 at 5:18 pm | #20

    salam tie,
    mmg susah ek bila katak dah nak brumah tangga kat umah tie ni..nengok rupa katak tu dah brkurap badan dia. eee zue pun geli..simbah dgn air panas..ee x usah brdosa lak esok gi haji katak2 serang nanti.

    katak tu nak teman tie x sbb cek abg x ada umah..hehehe.

    • Tie
      January 25, 2011 at 7:16 am | #21

      Tie tak sampai hati nak bunuh katak2 tu… Kalau lipan dah lama Tie balun.:P

  10. January 24, 2011 at 7:09 pm | #22

    Ramai puteri kat rumah Tie tu, tu le sebabnya katak-katak tu sanggup mencuba nasib untuk menjelma jadi putera katak…

    • Tie
      January 25, 2011 at 7:17 am | #23

      Hehe….. kelakorlah Kak Long ni :lol:

  11. January 24, 2011 at 7:11 pm | #24

    Katak si katak lompat… bubuh ajer air dalam baldi, bila dia lompat dalam baldi tu, tutup baldi tu dan buang jauh-jauh dalam sungai… hehehe…

    • Tie
      January 25, 2011 at 7:18 am | #25

      Mereka tu cerdik la Nekcun. Nampak kita je terus lompat menyorok…. Tak sempat nak buat apa-apa pun.

  12. January 24, 2011 at 8:44 pm | #26

    Pindah ke apartment tingkat 60. Sure dia tak dapat dtg punya.. he he :D
    Amacam dah settle ke? Harap2 dah berjaya cari petua yg sesuai..

    • Tie
      January 25, 2011 at 7:19 am | #27

      Err……
      Kita tak suka tinggal di apartment. Nanti susah nak angkut barang-barang dapur, hehe…. Lagipun kita gayat naik lift.

  13. January 24, 2011 at 9:34 pm | #28

    salam tie,
    jangan katak2 tu sampai mati katak dah le ye.. haha

    • Tie
      January 25, 2011 at 7:20 am | #29

      Waaakakakaa…… :lol:

      Kita takut terpijak lagi!

  14. January 25, 2011 at 4:39 am | #30

    geliiiii!!!!!
    kalau sy sure dah terpekik panggil mak hihihi

    kalau tak pun.. ntah2 dah guna shieldtox
    xtau la boleh ke tak… hentam saja la…. hihihi

    • Tie
      January 25, 2011 at 7:20 am | #31

      Hah…. bila susah baru nak ingat mak, ya….. hehe…

  15. January 25, 2011 at 7:45 am | #32

    opocott.. ahaha

    • Tie
      January 25, 2011 at 9:26 am | #33

      Amboi….
      Melatah lak awak ni, hihihi….

  16. January 25, 2011 at 9:01 am | #34

    Salam tie ….

    Cecair halau kucing….adalah jumpa….tapi…cecait halau katak…..macam belum pernah dengar …..memang menggelikan kalau katak datang berkunjung……

    • Tie
      January 25, 2011 at 9:27 am | #35

      Salam Chekdee,

      Cecair halau kucing ? Eh.. tak pernah dengor pun… Nanti kita google. Boleh gak kita guna, kat sini dan kat rumah atap biru tu…

  17. November 1, 2011 at 12:49 pm | #36

    rumah saya pun byk katak juga, biasanya kat dapur lah jadi tempat tinggalnya, saya pun masih mencari2 cara nak halau katak ni, walaupun pintu dapur dah tutup rapat tapi katak tu boleh masuk lagi dgn cara mengecilkan badannya. sbb saya dah tengok. tolonglah kawan2 kalu tahu cara nak halau haiwan ni

    • November 1, 2011 at 6:16 pm | #37

      Alaahai… samalah dengan Tie.. tapi sekarang dah hilang entah ke mana. Tie tak tahulah caranya.. minta maaf banyak2.

  18. grethyfyj
    April 8, 2012 at 8:30 am | #38

    adoyai… katak ke ko yang pishang…..

  19. Mizah
    February 22, 2013 at 8:27 pm | #39

    Samalah dengan saya

  20. aida
    March 7, 2013 at 8:37 pm | #40

    rumah sy baru mlm ni la ada katak. masa blk keje ptg td, mls nk pasang lampu sbb masih cerah kan…pas2 anak mintak coklat. nk dijadikan cerita, coklat2 dlm peti ais. ms sy nk amik2, nampak cm daun kecik jer dpn peti ais, sy ni rabun. sy igt sampah or kulit bawang sbb sy baru siang bawang mlm semalam….apa lg, g sepak je la yg di sangka sampah or kulit bawang td…tetiba melompat..sy pn ikut melompat la gak sbb sy mmg geli sgt dgn katak dan binatang yg berkaki byk…2 try crik dlm google cara utk halau katak2…bkn ape..sy mmg jarang de umah, x kisah klu si katak2 nk tumpang berteduh, tp yg sy kisahnya bila dh ada katak, of course la mesti ada pemakannya..(ular)..2 yg wat sy runsing ni….

  21. ahmed
    June 23, 2013 at 1:44 am | #41

    mmg la..katak ni dah halau berpuluh kali..masih masuk juga..pening kepala..tidak ada petua ke..nak halai katak nie

  22. pn.nita
    December 15, 2013 at 7:48 am | #42

    saya baru pindah..tiap2 hr gaduh ngan katak..xde petua ke?

  23. yoe
    January 22, 2014 at 7:10 am | #43

    rumah i pun..plzzzz..help me……

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 45 other followers

%d bloggers like this: