Home > herba, Pengetahuan, tumbuhan > Makanan untuk mewujudkan kemesraan dan awet muda

Makanan untuk mewujudkan kemesraan dan awet muda

Masih lagi mood dalam kelambu……….di sini ada beberapa petua untuk menghangatkan pasangan yang dingin, hi hi…. Biarlah sama2 bahagia…… :)


Antaranya ialah

Petua untuk menambah sifat romantik

1. Makanan yang panas-panas dan berempah seperti sup ‘gear box’ ataupun sup kambing. Makanan sebegini dapat  meningkatkan sifat romantik seseorang. Harap2 tak tercirit pulak!

2. Hadiahkan cokelat (pada isteri)……. ooo…

3. Makan madu…. kerana ia meningkatkan stamina.(jadi sihat dan kuat!!)

4. Halia……untuk menghangatkan tubuh badan, ……… Aroma halia  memerangsangkan kerana berbau harum.

5. Makanlah pegaga , yang sememangnya banyak khasiatnya. Ia bukan saja membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis, tetapi…. ehem …ehem……. faham2 aje laa……. he he…..

6.  Pokok kucing galak….. hanya untuk lelaki (kena tanya Kuina), Para isteri sila sorokkannya kalau ada, ya…… kih kih…………..

Tang kacip fatimah tu, Tie ada yang asli (kita duduk dekat hutan)… suami susah payah carikan, Hmm… malam ni malam Jumaat, bagi yang sudah berumahtangga ,bolehlah bunuh setan ramai2 yek! (nasihat dari Maza …….ekekeke..)

Oh ya…. mengenai awet muda tu, Tie rasa ramai dah tahu petua ni… tapi tak pe laa… mungkin ada juga yang tak tahu, jadi… persilakan, ya… hehe..

Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas (amboi.. boleh kembung nih!) sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selawatlah.  Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur.

Selain dari itu, makanlah ulam-ulaman (macam kata Ain tu…) kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas. Antara ulaman yang popular dan berkesan ialah pegaga, timun, cekur, kunyit muda, pucuk kaduk, pucuk gajus (ketereh), pucuk mengkudu, pucuk putat, pucuk betik, ulam raja dan banyak lagi…..

PucukPutat

Pucuk Putat – antara khasiatnya mencegah pening dan darah tinggi, membersihkan darah dan menguncupkan rahim.

Psst – Celery mengandungi hormon androsterone. Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat perempuan. Err……. jangan salah guna pulak, ekk!! (makan untuk pikat isteri masing2 je tau!!)

About these ads
  1. June 25, 2009 at 2:18 pm | #1

    Tie, orang yg dah terlebih kuat lak camno?

    bagun pagi jerk…sihat,
    bila sihat aje, nak bersenam..

    wink! wink! wink!

    wakakakka

    • Tie
      June 25, 2009 at 2:27 pm | #2

      Aaaiiikk??

      Nombor satu woooiiii….!!!

      Ada termakan pokok kucing galak ke??? Waaakakakakaa……………

  2. ain
    June 25, 2009 at 2:19 pm | #3

    malan ni malam jumaat ekh…???adoiiiii!!!!

    • Tie
      June 25, 2009 at 2:28 pm | #4

      Ain, bersiap2 laa……………. uwaaaaa……… :oops:

    • June 25, 2009 at 2:52 pm | #5

      aik! ain beradoi kenapa?

      melecet ke apa ke?

      huhuhuhu
      :)

      • ain
        June 25, 2009 at 6:19 pm | #6

        amboi ekau mazaaaaaaaaa…!!!! brutal sgt tu..!!!

        Kak tie – Tu laa….. malu rasanya… nanti Kak tie pulas telinga pokcit tu!!!

  3. iza
    June 25, 2009 at 2:21 pm | #7

    oooooooooooooooooooooooooo
    ilmu alam ni, botani …belajar pasal tumbuh-tumbuhan wakaka :D

    • Tie
      June 25, 2009 at 2:28 pm | #8

      Belajar Iza……..jangan tak belajar…………. ekekekeke………………

  4. dyg
    June 25, 2009 at 2:35 pm | #9

    hahahahaha sup kambing wat cirit ke kak tie? hahahahaha lawak kak tie nih.. ilmu ni berguna buat masa depan nih. hehehe

    • Tie
      June 25, 2009 at 6:58 pm | #10

      errr…. tak de la dayang… kalau yang pedas dan banyak sangat rempah tu boleh mengganggu ketenteraman perut, hi hi…

  5. jentayutiara
    June 25, 2009 at 2:36 pm | #11

    eeh ulam2 baik utk kesihatan tp x semua ulam sesuai utk badan kita.

    Iza g merantau smpai Beijing pn x jmpa ilmu botani nie… jmpa kat blog Tie… hahaha

    • Tie
      June 25, 2009 at 6:59 pm | #12

      Hmm…… ada juga yang alahan, ya… Tie cuma alahan yang pahit je, ekekeke……

  6. June 25, 2009 at 3:43 pm | #13

    bozzo minum jus celery utk kawal darah tinggi…ada hasiat lain rupanya…he he he patutla cam laku semacam je….

    • Tie
      June 25, 2009 at 7:00 pm | #14

      Uwaaa………patutlah ayang sentiasa sayang, ekekeke…………….

  7. June 25, 2009 at 4:21 pm | #15

    kak tie ni mcm2lah….he he he…mmg bagus makan ulam2an ni….tapi teman tak berape suke…pahit, payau semua ada..ulam raja jer boleh telan tu pun kalau ada sambal belacan…

    • Tie
      June 25, 2009 at 7:02 pm | #16

      Eh, kak tie pun sensitif bab pahit ni, tapi kalau pucuk putat , timun dan pegaga tu okay laa….. Memang sedap bila dicicah sambal belacan….

  8. June 25, 2009 at 5:44 pm | #17

    nice tips for sharing sis! kita patut tahu ni semua ni.. :)

    • Tie
      June 25, 2009 at 7:03 pm | #18

      Godek petua2 ni di internet je dek! Sama2lah kita berkongsi info…

  9. June 25, 2009 at 5:45 pm | #19

    sy baru akil baligh .sy xtau ape itu pokok kucing galak.boleh terangkan tak

    • Tie
      June 25, 2009 at 7:04 pm | #20

      Aiik ? Baru akil baligh…..??

      Kalau gitu kena jauhkan diri dari pokok kucing galak tu…. hanya untuk orang yang dah berumahtangga je …hi hi…

  10. June 25, 2009 at 5:45 pm | #21

    Aisyeeeh… ini sembang apa ini? bunyi macam orang tua-tua punya cerita. Saya lari dulu ya :)

    • Tie
      June 25, 2009 at 7:05 pm | #22

      Eh……….jangan lari…………… mari sini………….ekekeke………..

      Esok2 nanti kena guna petua2 ni….. he he…

  11. June 25, 2009 at 6:02 pm | #23

    Wah…best tu….menambah keromantikan……ukhussss…..kang bertambah umat pulakni……….ukhusss….dah nak pencen……kui..kui

    • Tie
      June 25, 2009 at 7:06 pm | #24

      Errk…!!

      Bertambah umat ?? Tak pe… chekdee muda lagi………….ekekeke………

      Chekdee………. napa blog chekdee kosong…?? Dah banyak kali Tie reload, tapi tetap tak de entry..hu hu… Sidebar je yang ada…

  12. June 25, 2009 at 6:23 pm | #25

    Petua yang amat bagus ni tie. kpah suka jus celery + apple + carrot. Sedap.

    • Tie
      June 25, 2009 at 7:07 pm | #26

      Alhamdulillah…………. suka dapat berkongsi info ni… :P

  13. Jie
    June 25, 2009 at 7:20 pm | #27

    alamak tie…sy tak de tip tgg makanan lah..bedal je semua yg ada…haha

    • Tie
      June 25, 2009 at 10:11 pm | #28

      Tie pun makan ikut suka je…., he he…

  14. June 25, 2009 at 7:21 pm | #29

    kak tie!!!!!!
    huhuhu…riiindu..muahhhh..
    sukanya makan ulam..kacang botol..(ada org cakap kacang botor..ntah..mana2 la..)
    pastu daun salom…pastu timun..pastu..kacang panjang..kubis wat ulam pon sedap..
    tapi tak leh makan petai n jering mentah…kalau wat sambal..ok la…

    malam jumaat????ada keliwooonnn….
    pakcik maza suka layan keliwon kansss…

    • Tie
      June 25, 2009 at 10:14 pm | #30

      Amboi izzah….. ingat dah lupa kat kak tie….

      Daun salom kak tie tak pernah rasa….

      Keliwon ? Kak tie tak berapa gemar…… he he… suka citer antu cina atau omputeh, ekekeke………..

      • June 26, 2009 at 12:20 am | #31

        uiks! ado org sobut namo den rupo eh!

        huhuhu

        eeeeeehehehehehe.. (mengilai giler)… Den dah datangggg! jaga! jaga!

        wakakakak

        tapi malam ni punya cerita keliwoon kurangggg mantoppp sikit ler…. huhuhu

        nak tengok citer keliwoon yg mantop, meh ler ke http://www.mazaaida.blogspot.com

        hehehehe
        tu pun kalau ekau berani la.. huhuhu

        cumo den nak bagi amaran sikit. maso baco an kek blog tu ha, jangan sorang2… takut songal2 perut dan terkoncing2 lak kang..

        wakakakkak

  15. June 25, 2009 at 9:59 pm | #32

    Tie,
    wah, ada petua rupanya.
    Kakak suka semua ulam-ulaman terutama pucuk gajus. Pokok putat tu tak pernah dengar pulak.

    • Tie
      June 25, 2009 at 10:16 pm | #33

      Pucuk gajus memang best!! Pucuk putat tu lagi tak de rasa kelat pun…. budak2 pun boleh makan, rasa lemak2 gitu, hehe….

  16. nahmy
    June 25, 2009 at 10:31 pm | #34

    petua utk awet muda tu boleh le saya ikutkan ttp petua utk romatik tu saya kena simpan ke tepi dulu…bahaya bila isteri masih dlm pantang nih…

    • Tie
      June 26, 2009 at 7:58 am | #35

      Oooooo…….hahaha………Kata orang bubuh getah 100 urat kat lengan isteri, setiap hari buang satu. Senang nak tahu bila line clear….
      ekekeke……..

  17. June 25, 2009 at 11:03 pm | #36

    hai kak tie.. emm,mmg teringin nak makan nasi ngan ulam2 tu semua,mesti sihat kan..tapi payah skit nak beli hari2.. kalau teringin pon,gi pasar besar yang jauh2 skit baru ade.. dah la umah pun tinggi,takde tanah nak bercucuk tanam..hehe..
    tp takpelah,buat sementare ni mula dulu ngan ulam pegaga pon jadilah.. thanks utk semua petua2 hot kat atas tu.. :D

    • Tie
      June 26, 2009 at 8:00 am | #37

      Eh… makan pegaga memang bagus!!

      Baik untuk ingatan juga… Amalkanlah selalu……… :P

  18. cpj
    June 25, 2009 at 11:23 pm | #38

    Ada satu ulam yang kak tie lupa sebut, kalau selalu makan ulam ni memang selalu romantik habis….memang panassss! ulam pucuk daun kari ….tak caya cuba makan dengan sambal kelapa waduhhh!…best!.

    • Tie
      June 26, 2009 at 8:01 am | #39

      Kak tie ada pokok kari ni… biasa buat masak kari je, hi hi.. Tak tahu pulak boleh buat ulam. Tapi sambal kelapa tu macam mana, ekk?

  19. irfat
    June 25, 2009 at 11:59 pm | #40

    salam,,
    thanks ye kak tie,,,
    atas nasihat2 itu,,,
    saya link blog nih kay,,
    thanks again,,,
    salam

    • Tie
      June 26, 2009 at 8:05 am | #41

      Oh Irfat…..!

      Sepatutnya kena membahasakan diri ini sebagai makcik je… tersilap pulak semalam…..he he…

      Blog ni hanyalah blog makcik2 je, irfat…… mungkin tak sesuai, tapi makcik sentiasa alu2kan kedatangan Irfat. Kalau ada apa2, jangan segan2….. makcik akan sentiasa berkunjung ke blog irfat. Makcik dah buat link di bloglist di blogspot (senang nak lihat bila ada update)

  20. June 26, 2009 at 12:16 am | #42

    alamak terlambat baca. Tak sempat nak amalkan utk malam ni. Tapi malam2 lain kan ada ngeh3x.

    TQ for sharing

    • Tie
      June 26, 2009 at 8:06 am | #43

      Ha ha ha….. Tak de yang pantang ke ? Kalau tak de boleh amalkan hari hari…..ekekeke……………

  21. June 26, 2009 at 12:28 am | #44

    ooo..tutup mata lagik…hehehee

    • Tie
      June 26, 2009 at 8:07 am | #45

      Eh…… nanti langgar tiang !!! Waaakakakaa……….

  22. Tirana
    June 26, 2009 at 3:40 am | #46

    Kena mula mencari semua yang Tie suggest di atas tu…hehehe…untuk awet muda…

    • Tie
      June 26, 2009 at 8:08 am | #47

      Paling mudah makan pegaga je,,,, blender buat air.. khasiatnya banyak!!!

  23. June 26, 2009 at 8:15 am | #48

    Salam Kak Tie…..

    I`m homeeeeeee..

    Sy x boleh cuti lama2 ni. Windu kat Kak Tie & n3….

    Uishhhh,ada lg n3 Panassssss….zasssssss!!! Meh kita layannnnnn.

    Klu utk cantik2, segak2, gebu2, tegang2……Sy suka makn ulam2an tp yg tertentu je la. Ulam Raja, Ulam Cekur, Ulam Putat, Ulam Kaduk (ni kira ulam peberet sy la……cari je kat pasar pagi). Sy amal ulam2an sbb nak jg “semangat” tubuh sendiri. Klu kita, org p`puan, tak m`jaga tubuh badan sendiri………siapa lg yg nak m`jaga utk kita? Betul tak,Kak Tie??

    Lagi satu utk meningkatkan stamina & menyerikan malam2 suami isteri ialah, makan BELUT. Ia memanaskan badan serta mudah stimulate (ini bukan info lucah ekkkkk). Biasanya sy akan dapatkan belut di Tanah Merah, Bachok, Tumpat,Kelantan.
    Sincerely good & healthy, Kak tie.

    • Tie
      June 26, 2009 at 8:37 am | #49

      Kak tie pun suka makan pucuk putat, tapi pucuk kadok tu tak suka laa… bau semacam, ekekeke……….

      Eh, tang belut tu bagus untuk kulit tau!! Anak2 kak tie suka makan… kekadang suami beli je yang siap dimasak, sup belut… memang sedap. Kat belakang rumah atap biru tu , di sawah ada gak belut… dulu anak kak tie siap bawak balik… Kak tie yang terpekik2 sebab geli, hi hi hi………..

  24. Kin
    June 26, 2009 at 9:49 am | #50

    Kak tie, kallau pompuan makan celery jadi apa plak?

    • Tie
      June 26, 2009 at 12:33 pm | #51

      Errr………. tak pernah cuba…ekekeke………….. Tapi suka makan, buat sup.

  25. June 26, 2009 at 12:19 pm | #52

    salam kak tie.. aisehmen, camana leh lambat masuk lak nih.. hihi.. kak, pasal pegaga tu kan, mak selalu suh saya makan tapi sampai la nih tak tau apa khasiatnya.. jujur ni, tau.. apa khasiatnya, kak?? ngeeeeeeeee..

    • Tie
      June 26, 2009 at 12:25 pm | #53

      Khasiat pegaga ?? Hmm….. banyak… antaranya ialah menguncupkan rahim, awet muda, memperbaiki peredaran darah, pertumbuhan rambut, memperkuatkan gigi dan untuk kecerdasan otak (bagus untuk daya ingatan).

  26. July 5, 2009 at 10:32 pm | #54

    penah x dengar atau tahu tentang buah tunjuk langit..bnyk khasiat 2..

    • Tie
      July 6, 2009 at 10:28 am | #55

      Buah tunjuk langit tu berbuah setahun sekali. Tie tak pernah jumpa tapi bila google banyak fakta yang dapat diketahui.

      Buah ini lebih baik dimakan begitu saja. Rasanya pahit. Bagus untuk mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.

  27. August 23, 2012 at 6:54 pm | #56

    duh..sy btuh pucuk putat dmn ya tlg krim sms yah… 085714060662

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 45 other followers

%d bloggers like this: