Home > buah, Pengetahuan > Buah Tin

Buah Tin

Hari ini kita belajar mengenai buah pulak, ya….. Buah Tin. Kenapa pulak makcik ni tetiba timbulkan soal buah tin, ni?? Kerana nak tambah sedikit pengetahuan sahaja… sama2 lah kita beroleh kebaikan darinya….

(Yang ini muda lagi……kelat tau!!)

Seperti yang sedia maklum buah tin ini disebut2 dalam surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun. Apakah keistimewaannya?

Ada riwayat yang mengatakan, iaitu dari Abu Zar r.a. :-

Bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi Muhammad SAW pun mengajak sahabat2 nya makan bersama. Kemudian baginda pun bersabda,” Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturun dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah2an syurga tiada biji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir dan bermanfaat untuk sakit2 badan.”

Setengah2 ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana daun buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di syurga ketika Allah singkap aurat kedua2nya selepas memakan buah larangan dari syurga.

(Tak terliur ke?)
Buah Tin (ficus carica L.) adalah sejenis buah yang berasal dari Asia Barat. Ia juga dikenal dengan nama ‘Ara’ dan dalam bahasa Inggeris disebut Fig. Buah Tin terdiri dari pelbagai jenis species….mungkin yang kat malaysia ni lainlah sikit dari yang Nabi kita makan.

Dulu masa tinggal di rumah Tok Bah, Tie selalu main2 di bawah pokok ara dan makan buahnya…. Boleh tengok Tie naik basikal kat pokok tu….hi hi….

Ini gambar Tie dengan adik tu…..nampak tak daunnya yang besar tu? Masa ni pokok tu baru nak berbuah…..Seronok betul main2 kat bawah pokok ni, walaupun selalu digigit semut, hi hi….

Ooo………rindu pulak masa kecik2 tu. Bergayut2 kat pokok ara tu bersama2 adik sambil mengunyah buah tu…. Manis betul! Buah ara dan kenangan itu……..

Buah Tin manis dan lazat serta harum baunya dan ia juga mengandungi sedikit air. Ia mengandungi antioksidan, Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung. Juga sangat sesuai untuk penderita kencing manis.

Antara khasiat buah tin ini ialah,

  • Dapat menyembuhkan penyakit buasir (insyaallah)
  • Menghilangkan sakit2 dan bengkak2 di badan.
  • Mengurangkan batuk yang berpanjangan.
  • Melawaskan kencing.
(Buah Tin kering)

Hmm……..eloklah kita ramai2 gi cari buah tin ni, ek. Kalau susah nak cari yang segar, cari je kat kedai atau supermarket (jenis kering)…… Tapi Tie teringin lak nak makan buah tin yang segar, teringat masa kecik2 dulu. Belum cukup masak pun dah telan, hi hi hi…….

About these ads
Categories: buah, Pengetahuan Tags: ,
  1. Tie
    August 5, 2009 at 10:42 am

    #
    azza

    5 months ago
    salam kak tie..
    azza dh 33 tahun..ni first time rasanya tgk buah tin fresh yg dibelah..gitu isinya ek..merah menyala. yang kering bese dh tgk..
    sgt2 comei gamba itam putih tu…iskk..terkenang dulu2 la..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Masa kecik je kak tie pernah makan fresh. Rasanya manis berjus laa….sedap bila makan bawah pokok tu…..
    reply
    #
    kakelle

    5 months ago
    Tie tau tak fig kering is my faberet…
    masa di US kat rumah Maria ada tanam pokok ni dah ada buah juga tapi sebab winter daun nya seme jatuh.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Oh, ye ke?? Tapi manis kan? Kadang2 sampai sakit gigi bila banyak sangat makan….

    Buah ni banyak speciesnya… Kat kelantan Tie tengok buahnya kecil je. Berbeza dengan buah yang pernah Tie makan kat rumah tok dulu….
    reply
    #
    aloy

    5 months ago
    buah ni layan kalau makan sambil tengok samarinda..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Minat samarinda?? Tie kurang sikit bab2 drama ni…..Tapi kalau cerita kelakar tu , ok laaaa…..

    Makan bawah pokok lagi best tau!
    reply
    #
    ain

    5 months ago
    saya pun suka buah tin ni gak…anak2 tak berapa la..tp x pernah mkn yg fresh , yg kering tu je le.

    p/s…amboi kak tie…comelnya dia masa kecik2…seksi lagi..hihihi
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Masa kecik, kak tie memang comel…hi hi……

    Sekarang kalau tengok mesti pengsan!! Terlebih comel!!

    Susah nak cari yang fresh…. Tak ramai tanam pokok ni….. Mungkin ada kat kampung2, kot…..
    reply
    #
    Neeza

    5 months ago
    neeza suka yang kering tu.. payah nak dapat yang kering kat sini.. kena tunggu musim.. yang fresh banyak pulak jual.. tapi neeza suka yang kering jugak hehee..
    hari tu masa balik malaysia, bawak balik la sikit yang fresh.. diorang makan tapi macam tak berapa suka aje gaya muka masing2 hehehe..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Laa….gitu pulak kat sana, eh……

    Sekarang kat sini dah berlambak dijual buah tin yang kering. Dulu kena tunggu orang pulang dari Mekah baru boleh rasa.

    Yang fresh tu kalau betul2 masak baru sedap. Agaknya lain orang lain pula citarasanya….he he….
    reply
    #
    eida

    5 months ago
    Kak tie yg basah tu nampak sedapla.. apa rasanya kak tie? eee geram tgk freshh gitewww. ida tak penah jumpa pokok tu n buah yg basah tu…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Rasanya manis laa…….tapi kena betul2 masak. Kalau tak rasa kelat sikit. Tak semua orang suka yang fresh tu..

    Kat kelantan ni ada orang guna buahnya masak dalam gulai daging. Kak tie rasa mereka ambil yang muda. Entahlah… belum jumpa lagi pokok ara tu kat klate. Nanti kalau balik, kak tie ajak hubby cari dan snap gambarnya.
    reply
    #
    nekcun

    5 months ago
    Tie, nekcun memang suka sangat buah tin ni… setiap kali kalo nekcun pi Mekah, tak misss mesti beli banyak-banyak. Kat sana ada yang kering dan yang masih basah. Tapi nekcun suka yang kering, sedap dan manis… Tapi separuh orang tak suka sbb biji-biji dia tuh… tetapi yang sebenarnya biji-biji tu lah yang banyak khasiat…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    He he……..sekarang ni banyak dijual kat sini. Senang je kalau nak makan. Tak tahu la kat KL tu.

    Tie suka gigit biji2 tu……..khasiatnya kat situ, ekk?
    reply
    #
    callister

    5 months ago
    susah sebenarnya nak cari buah ni KL..
    tapi kadang2 kalo balik kampung ada gak mak belikan..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Eh……susah ke??

    Kat sini ada kat pasar payang tu… Masa balik kota tinggi pun ada di Plaza KotaTinggi tu…. heran gak….
    reply
    #
    callister

    5 months ago
    hm….mcm jarang nmpak je..
    tapi maybe gak sb jarang cari sb 2 jarang nmpak..
    betul x??
    reply
    #
    hashim habeed

    5 months ago
    Buah tin kurang skit kicknya… Ari tu adik ipar saya dari saudi ada kirim fresh dates dengan dates katanya rm 60 sekilo menang best compere dengan buah tin….

    Gambar bawah pokok tu memang nostalgia betul… teringat gambar keluarga kami yang dulu dulu
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ye ke?? Tak pernah rasa fresh dates tu……

    Ada lagi tak? Hi hi….

    Tu gambar kira2 39 tahun dulu……..
    reply
    #
    cinta cukulet

    5 months ago
    pernah makan yang kering je…tapi saya lagi suka makan kurma huhu
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Kak tie pulak kurang minat kurma… Kena paksa diri sendiri makan untuk dapatkan berkat, he he…
    reply
    #
    zino

    5 months ago
    tak pernah tengok buah tin ni… ustaz ada cerita khasiat buah tin ni.. menyembuh pelbagai penyakit.. baru2 ni dia bawa kopi yg ada campuran buah tin..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Laa……..kesian gak……Ni boleh tengok laa…..

    Ada juga kopi yang bercampur dengan buah tin? Pelik gak…..Nak cuba cari laa…hi hi…
    reply
    #
    manje

    5 months ago
    salam

    emm buah tin ni, isi dia nampak mcm delima eik???

    >> comei tol gmbr tuh :p kiut miut
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Isi delima lagi besar bijinya…..

    Tu pun tak sama dengan buah ara di malaysia…..
    reply
    #
    Adila

    5 months ago
    buat tu rasa mcm mana ek?
    sy xpenah makan buah tu hihihi

    lapar la pulak tgk buah tu…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Tak pernah makan? Cuba cari kat supermarket bahagian buah2 kering…. (dried figs)

    Rasanya manis laa…..
    reply
    #
    shais

    5 months ago
    sedap buah tin ni…baru-baru ni silih berganti dpt buah tin sebab ada sedara yg baru balik buat haji.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    He he…..biasa orang balik dari Mekah baru dapat rasa macam2 makanan dari sana, kan….

    Kadang2 kat ekspo pun ada dijual……
    reply
    #
    Kujie

    5 months ago
    Tie, musim haji dpt merasalah buah tin dgn mewahnya…
    erk..buah ara tu…. kenangan masa kecik2 tu
    memancing bawah pokok arah..petik buah
    plummppp…! campak dlm air
    dah jemu lah tu…dok tunggu ikan.
    hehehe
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Wah…….kira Kujie ni ganas gak, gi memancing tu……Tie cuma dapat panjat pokok jambu dan pokok rambutan je…… tu pun takut lak nak turun…hihi…
    reply
    #
    Abang Long

    5 months ago
    Tentu banyak fadilat dan barakahnya apabila mengikut Sunnahnya. Walaupun dengan hanya memakan sebiji buah.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Insyaallah….. Mudah2an begitulah.
    reply
    #
    nrina

    5 months ago
    wow!! seksinye kak tie…nampak peha hehehe…

    mmg best buah tin nie..ada rasa cam bijan sikit biji dia..gigit2 cam best jer..

    tp jarang nak beli pasal nak kene g bandar dan cari kedai yg ada jual tu..malas sikitlah hehe..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi….tu zaman innocent. Sekarang pun innocent lagik!

    Hah! Samalah kita, suka gigit2 bijinya…..hihi…
    reply
    #
    jm

    5 months ago
    alamak..tak penah mkn la kak buah ni..elok tok batuk yek..insyaAllah nnt JM nk carik le..thanks ye kak kongsi info
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Aiik?? Macam mana tak pernah makan ni?? Cubalah cari…..masa bulan puasa dulu, banyak dijual di bazaar 2…… Tapi sekarang kena cari kat kedai2 tertentu…
    reply
    #
    chekdenoor

    5 months ago
    Salam,

    Buah tin …hmmm chekdee suka gak makan buah ni…biji-biji kecik dia tu…bila kena gigit…..sedapppp.

    Terima kaseh kerana berkongsi makluman…bagus juga bla dapat tahu kelebihan makan buah tin ini.

    Comelnyer tie masa kecik….cute sangat.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi….memang best dapat gigit2 bijinya….Silap2 sakit gigi lak, dah tua ni banyak lubang laa….hu hu…

    Masa kecik memang comel, chekdee…..tu nampak baik je…hi hi…
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    Uiks…. banyak2 tulisan yg dipahatkan…..hanya gambar #### singkat tu jugaklah yg menyegarkan otak maza yg letih nie…huhuhu

    hahahhaa
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ooiitt!!

    Tie tak perasan yang tu gambar sexy laa…..

    Bila ditegur oleh teman2 barulah sedar, he he……Malu pulak ni…..hi hi…Memang makcik ni nak buang tebiat!!!
    reply
    #
    nadinezuharra

    5 months ago
    mm, tak pernah lagi makan buah ni..
    Banyak khasiat yang kak Tie senaraikan tu..ni yang rase nak cari kat kedai ni.. : )
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha…..

    Cubalah cari…..Biasanya ia dijual bersama kurma, kismis dan makanan kering lain dari Mekah tu….
    reply
    #
    framestone

    5 months ago
    oh tue rupenye buah tue ek..xpernah tau pun huhuhu yg tau makan je
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Hai…….ramai juga yang tak kenal ni……dasat……
    reply
    #
    Pearls

    5 months ago
    Macam terliur plak..
    ngeee…

    nak skit?

    **cute masa kecik2.. Mix ker? mata sepet jer..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Kak tie kan Korean…….tak tahu ke???

    Ha ha…….gurau je…..
    reply
    #
    framestone

    5 months ago
    dah mmg xkenal kak..xtau name die..ingatkan bnde diebuat dari buah ape la..tp sedap n manis gitu

    out of topic–> tue la pasl huhu… mmg dorg tau pompuan suke membeli..tue pasl dorg bg yg nipis..lgpun pompuankalau pakai ken cm laki punye..gamaknye leh nmpk bile pakai ken..betul x kak
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha ……kelakarlah ………
    reply
    #
    bozzo

    5 months ago
    saya selalu makan yg dah jadi prun je…sedap…tak pernah rasa yg mentah…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Kalau ada peluang boleh cuba rasa…… Tapi kena yang betul2 masak.
    reply
    #
    Jitegha Blogger

    5 months ago
    Wah, ni ke buah tin? xpenah tgk la… yang dh kering org bwk blk dr mekah taula…. ooo cmtu ye…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Haa…….dah pandai pun…..hi hi……Boleh godek2 dalam internet ni…
    reply
    #
    iza~de~bintang

    5 months ago
    Buah tin segar tak pernah rasa.
    Buah tin kering bila gigit bunyi krik krik krik..tapi iza suka jugak makan hehee.

    Cumil sungguh gambaQ tu…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    He he…….memang best gigit bijiknya…..

    Pokok ara sekarang susah nak cari…… Mungkin ada lagi kat kampung.
    reply
    #
    nazilyn

    5 months ago
    salam…

    pokok tin sama nama dengan pokok ara rupanya… pernah nampak zaman dulu-dulu ramai orang tanam dia orang bawa biji benihnya dari tanah suci bila mereka pulang dari sana tapi belum pernah cuba rasa… pokoknya nampak cantik daun yang lebar dan dahannya yang redang memang sesuai menjadi tempat bermain dan panjat-panjat…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi……kak tie memang suka panjat2 pokok tu. Tapi dahannya taklah kuat sangat. Masa kecik tu boleh laa……
    reply
    #
    kin

    5 months ago
    OOO..buah ara tu = buah tin ye? tak tau la plak saya…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Kak tie baru betul2 pasti lepas godek2 dlm ternet tu……

  2. mat razi abdul hamid
    September 18, 2010 at 11:43 pm

    saya ada pokok ara mekah.dah berbuah..apa kasiatnya

    • Syed
      June 24, 2012 at 11:21 am

      Boleh Tak cik mat Amil gambar Dan hantar kepada email saya..syedfadhley@hotmail.com

      • kak yah
        December 15, 2012 at 10:32 pm

        macamana nak dptkan anak pokok ara? saya teringin tanam

  3. haika;
    January 27, 2012 at 11:00 am

    sedap ke buah tu?

  4. matrazi
    December 15, 2012 at 10:22 am

    saya sepokok buah ara m

    h ni.buah nya sangat banyak.terbiar begitu saja

    • kak yah
      December 15, 2012 at 10:32 pm

      macamana nak dptkan anak pokok ara? saya teringin tanam

      • liza
        January 9, 2013 at 11:48 am

        kak yah dah dpt anak pokoknya? saya nk gak….

    • liza
      January 9, 2013 at 11:47 am

      matrazi kat mana ye? teringin lak buah yg byk tu…kalu dpt pokoknya lg best.

  5. July 5, 2013 at 4:10 am

    Good site you have here.. It’s hard to find quality writing like yours these days. I really appreciate individuals like you! Take care!!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: